Bab-43✓

950 22 0
                                    

Bab 43

“Thira.. Sini!” Ziqri mengangkat tangan. Memanggil Athira agar datang kepadanya. Athira tersenyum dan mendekati Ziqri.

“Hai abang.. Lama ke tunggu?” Athira melabuhkan punggung di hadapan Ziqri.

Lelaki itu menggeleng kepala. “Baru je. So.. sayang nak makan apa?”

“Sayang nak makan nasi campur jelah. Baru boleh kenyang. Hahaha.” Ahtira dah bangun. Dia mendekati meja yang menyediakan pelbagai jenis lauk pauk untuk makan tengah hari.

Usai dia dan Ziqri mengambil makanan. Mereka duduk kembali. Suasana di restoran yang menjadi pilihan mereka sedikit lengang. Mungkin kerana waktu makan tengah hari sudah hampir ke penghujung.

Mereka berdua pula lambat makan tengah hari kerana urusan kerja yang belum selesai.

Menu makan tengah hari yang menjadi pilihan Athira ialah Daging masak kicap, Sayur kacang, sambal belacan dan nasi putih. Manakala Ziqri memilih juadah Ikan pari asam pedas, Sayur kailan bersama taugeh dan nasi putih. Mereka hanya memesan air kosong sejuk sebagai minuman.

“Bismilah...” Doa dibaca dan mereka menjamu selera dengan tertib.

Usai menjamu selera mereka berbual-bual.

“Abang terus masuk ofis ke lepas ni?”

“Tak.. Abang nak pergi Damansara kejap. Tengok tapak projek yang dekat sana pulak.” ujar Ziqri. Satu hari ni memang dia perlu melawat beberapa tapak projek syarikatnya. Dia tak masuk ofis langsung.

“Lepas tu nanti... Bolehlah kita pergi dating.” Sambung Ziqri. Athira tersenyum lebar bila kening Ziqri dah menari ronggeng. Masuk dah mood gatal dia...

“Mengadalah!” Ziqri ketawa kuat bila Athira tutup muka guna tisu. Malulah tu!

Rasa macam tak percaya dah hampir dua tahun mereka menjalin hubungan cinta. Rasa macam cepat sangat waktu tu berlalu. Lepas tamat sekolah menengah. Ziqri sambung belajar di Moscow, Russia.

Lepas tu mereka terpisah. Walaupun masa sekolah tu cuma kawan biasa-biasa je. Tapi dia adalah juga simpan hati pada Athira. Tiga tahun lepas baru berjumpa kembali.

“Yelah. Ala.. Janganlah tolak.. Janganlah tolak... Puhleaseee...” Rayu Ziqri. Dia buat muka kasihan. Nak memancing simpati Athira.

Mengadalah orang tua ni. Hish.. “Bila masa Thira kata nak tolak. Werkk!” Gurau Athira.

“Yesss..” Ziqri bersorak sakan. Dah lama tak keluar bersama Athira. Dia rindulah jugak dengan makwe dia ni. Ehemm..

“So.. Nia macam mana. Dia ok ke?” Tanya Ziqri. Soalan tu tiba-tiba terlintas di fikirannya. Dia sedia maklum akan kepulangan Rania ke tanah air.

Dia sendiri tahu tentang kemalangan yang melibatkan Rania. Itu pun tanpa sengaja dia terbuka portal berita dalam talian. Waktu tu dia terbaca headline bertajuk 'CAR RACERS SISTER NEARLY KILL IN THE CAR ACCIDENT.' Tak sengaja dia tertekan. Dia membaca sekali lalu saja. Tapi bila nama Rania terpapang pada skrin Smartphone, dia terus terpaku. Walaupun tiada gambar yang ditampal di situ. Tapi dia tahu nama panjang Rania.

Cepat-cepat dia menghubungi Tengku Adrian. Tapi panggilannya tidak berjawab. Akhirnya dia menghubungi Athira. Waktu itu suara Athira serak-serak basah. Mungkin kerana banyak menangis. Barulah dia dapat kepastian yang dicarinya. Rania kemalangan dilangar pemandu mabuk yang melawan arus.

Beberapa bulan kemudian. Baru dia dapat menghubungi Tengku Adrian semula. Ingatkan dah hilang dari radar terus! Tapi dia perasan perangai sahabat baiknya itu sudah banyak berubah. Tak seperti sewaktu mereka sekolah menengah. Rasa pelik tu memang ada. Tapi dia abaikan. Mungkin waktu tu mereka semua dalam proses menjadi dewasa. Tapi.. Entahlah!

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now