Bab-25

1.1K 26 1
                                    

 Bab-25  

Sudah seminggu berlalu sejak kejadian Tina menyerang Rania di kantin. Selepas itu memang jarang dia nampak Tina.  Tapi bila dah terserempak pasti Tina akan menghadiahkan jelingan tajam kepadanya. Entah apa lah yang dia tak puas hati sangat. Aku pun tak taulah labu!

  Tina gila!

    Tina tak tau Rania lagi bijak dan licik. Bagi Rania fasa balas dendam dia ada banyak peringkat. Lagi Tina duk jeling-jeling lagi dia panaskan hati perempuan tu. Suka betul Rania tengok muka Tina yang tak puas hati tu. Tulah sapa suruh buat aku marah. Cari pasal lagilah!

   Dan yang pasti Rania lagi suka kalau dia terserempak dengan Tina masa bersama-sama dengan Tengku Adrian. Memang tersenyum sinis dia dekat si Tina tu. Makin galak dia buat Tengku Adrian bergelak ketawa dengannya. Lagi meroyan si gila tu bila nampak Ryan mengendeng dengan aku!

    Kalaulah bebola mata Tina tu boleh pancarkan sinaran lazer, entah-entah tubuh badan dia dah kena kerat empat belas agaknya.

   Rania mengeluh perlahan. Pandangannya dipusatkan pada kipas yang berpusing. Bosan!

    Suasana di dalam kelas 4 Emerald riuh rendah. Mentang-mentanglah semua cikgu ada mesyuarat. Makin galak dia orang semua bising. Ketua kelas yang sepatutnya menjaga kelas dah jadi 'tukang karut' pulak. Dia yang over!

   “Thirah... Boring ah!” Seloroh Rania malas. Dia dah tersandar kebosanan diatas kerusi. Gaya macam orang baru lepas mabuk ketum. Kah!

   “Aku pun... Tapi Aku lagi ngantuklah beb. Semalam aku marathon drama Gangnam beauty tu. Perh memang naik lah aku punya mata panda!” jawab Athirah. Jari telunjuk dibawa naik menggosok-gosok bawah matanya perlahan. Sesekali dia menguap kecil. Ngantuk gila!

   “Dah tu tido lah! Bukannya ada cikgu pun.” ujar Rania. Dia pun rasa macam nak tidur juga. Tapi apakan daya mataku tidak mahu terpejam!

   “Memang aku nak tido pun. Ngantuk seyh. Kau tak nak tido ke?”

“Kau tido ah dulu. Aku tak ngantuk. Kalau kau mimpi best roger aku eh. Nanti aku sampai!” Rania bermain-main dengan handphonenya. Sempat dia melawak walaupun agak hambar.

Pekk! Tak semena tangan Athirah laju saja menepuk lengan Rania. “Kan dah mendapat. Sapa suruh 'bijak' sangat. Kau ingat mimpi ni boleh main pas-pas ke?”

    “Adoii... Sakitlah!” jerit Rania perlahan. Dia menggosok-gosok tempat yang dipukul Athirah. Tak sakit pun!

Athirah pantas menyangkal. “Kau jangan nak over eh. Aku tak pukul kuat pun eh!” Dapat kawan bongok macam Rania ni memang best. Kepala masuk airrrr.. Tapi bila dah sampai sengal dia Athirah pun boleh kojol awal.

“Eleh... Baru nak berdrama dah kena santau!” ujar Rania selamba.

“Santau wak lu.” Athirah sudah tergelak. Ada ke dia cakap santau!

“Eh cantaslah. Aku belum habis cakap kan...” dalih Rania membela diri. Boleh pulak dia tersasul. Jauh nau beza cantas dengan santau dia tu.

“Malas nak layan kau. Wa cau dulu!”
Athirah mengalas kepalanya dengan lengan yang disilangkan diatas meja. Tak sampai lima minit dia dah sampai bulan. Mengantuk betul gamaknya!

“Weyh!... Aik tido dah?”

Rania yang kebosanan terus mati kutu bila tengok Athirah sudah terlena. Buku novel bahasa inggeris dia keluarkan dari dalam beg dan letak di atas meja. Alang-alang dia dah kebosanan baik dia baca buku. Walaupun bukan buku sekolah tapi masih menambahkan ilmu kan?

Tak sampai beberapa helai muka surat dibaca, dia sudah menutup kembali bukunya. Tak ada mood nak bacalah pulak!

Memang taklah dia nak baca buku kalau mood tak ada. Kena cari mood baru ada feel nak bacalah. Kau apa tau!

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now