Bab-12

1.3K 49 0
                                    

   Bab 12

“Weyh! Nish,Naz! Cepat la kata nak intai baby tadi. Tu diaorang dah balik tu.” panggil Zhafran separuh berbisik separuh menjerit. Dia awal-awal lagi sudah mengambil tempat Belakang pasu bunga besar sebelah taman bunga Datin Sri Anida.

  Tercengang seketika Danish dan Naziem.

   “kejap lah. Yang kau over excited daripada kitorang ni dah kenapa?” tanya Naziem pula. Ye lah mana taknya. Tadi masa Dia dengan Danish tengah plan-plan nak kenakan Rania, Zhafran bukan main bantah lagi. Siap kena paksa bagai. Tapi tengok sekarang siapa yang lebih.

    “Tah tu. Tadi bukan main lagi. Tak baiklah,nanti baby marahlah,itulah, inilah.” Danish mengajuk cara abang sulungnya bercakap semasa didalam rumah. Lantas dia dan Naziem cepat-cepat ikut menyorok dibelakang pasu besar yang menjadi tempat Zhafran menyorok.

Port yang strategik!

  Dengan laman rumah mereka yang seluas separuh padang bola sepak itu. Ditambah lagi dengan taman bunga Datin Sri Anida.Serta gazebo besar untuk mereka sekeluarga, Memang tak akan ada sesiapa akan nampak mereka menyorok dibalik pasu bunga besar mama mereka.

   Semasa kecil, Mereka empat beradik selalu bermain tak kira dimana. Didalam rumah mahupun dihalaman yang luas itu.

   Kadang-kadang bersama Tengku Adrian dan adik beradiknya yang lain,Tengku Farrizh dan Tengku Azrina.

   Bola sepak ke kejar-mengejar, masak-masak,nyorok-menyorok semuanya bersama-sama. Mereka semua juga selalu bergilir-gilir sekejap dirumah Tengku Adrian sekejap dirumah sendiri. Kerana mereka tinggal berjiran pada ketika itu.

    Tetapi nyorok-menyorok itu lebih kepada menyorok ditaman bunga Datin Sri Anida. Sehinggakan ada suatu hari tu habis pasu-pasu bunga Datin Sri Anida pecah disebabkan Rania mengamuk sakan dengan Danish kerana membaling tanah kearahnya.

   Tengku Adrianlah yang menjadi tukang pujuknya. Namun kini semuanya hanya tinggal kenangan. Selepas sahaja insiden Pergaduhan Tengku Adrian tanpa sengaja mencabut kepala teddy bear Si Rania tu mereka selalu bergaduh. Kalau bermain pun mesti akan ada pergaduhan yang berlaku.

    Tergelak Naziem bila mengenangkan semula memori mereka semasa kanak-kanak. Tetapi, yang dia pelik tu kenapa Di Adrian tu tidak mengganti saja teddy bear itu. Kan senang!

   Dilihatnya Rania keluar dari perut kereta Tengku Adrian.

“Ryan! Thanks sebab belanja baju and makan tadi.”

“Sama-sama. Thank you jugak sebab teman aku pilih and beli baju. Dah pergi masuk sana. Bye-bye. Assalamualaikum my sweetheart!

“Bye-Bye. Waalaikumsalam too sweetheart

  Terlopong mereka bertiga yang sedang mencuri dengar perbualan diantara adik perempuan mereka dan Tengku Adrian.

    Mereka menoleh sesama sendiri. Aik! bila masa pula mereka berbaik ni! namun, masing-masing menjongketkan bahu tanda tidak tahu sambil tergelak tanpa mengeluarkan suara. Ye la kang kantoi pulak!

Yang lagi lawak apabila mereka melihat Rania mengomel sendirian sambil menampar lembut mulutnya.

Bye-bye,assalamualaikum, my sweetheart!”

bye-bye,waalaikumsalam too, sweetheart

Zapp...

   Terhenti pergerakan Rania. Dia yang baru saja ingin masuk kedalam rumah pantas menoleh kearah suara yang berbunyi tadi. Dilihatnya abang-abangnya  sedang memandang dia sambil tersengih.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now