Bab-62✓

1K 40 3
                                    

Bab 62.

      Petikan kamera masih rancak berbunyi. Menandakan sesi photo-shoot di Garden Ville masih berlangsung. Cuaca panas terik tak mengganggu langsung. Meskipun waktu ini, Jam sudah menginjak pukul dua setengah petang. Sesekali angin  bertiup lembut. Menyejukkan tubuh yang rasa berbahang dek sinar matahari yang memancar.

    “Pusing kanan.. Twist. Okey cantik!”

“Duduk dekat buaian tu, Sarra. Hold the rope. Mata pandang kiri.. Nice!

“Senyum manis for camera.. Pejam mata. Okey.. Good.”

Last sebelum take five.. Show your beautiful bracelet and half smile.. Perfect!”

Azhan berpuas hati dengan gaya Rania. Lagi tadi dia begitu rancak memberikan arahan kepada Rania untuk membuat gaya yang diingininya.

“Okey! Take five!”  tangan diangkat tinggi. Memberi tanda supaya semua kru pengambaran boleh berehat sebentar. Lagipun take five dia tu bukannya lima enam minit. Itu cuma tanda saja. Kru yang lain pun memang tahu. Kalau Azhan jerit take five maknanya mereka ada empat puluh minit untuk berehat, makan dan solat. Nak tidur sekejap pun boleh. Dah biasa sangat dengan Azhan ni.

Azhan melihat kembali gambar yang diambil pada kamera. Kepala terangguk-angguk. Berpuas hati dengan hasil kerjanya yang boleh dikatakam memang superb tu. Dia memang nak gambar-gambar ini terlihat sempurna. Tak mahu ada cacat-cela langsung. Tambahan pula, Photo-shoot kali ini adalah hasil kerjasama AZF fashion dan Sebuah syarikat perhiasan wanita terkenal di Kanada, Hunterstar and Co. Jadi Rania sebagai duta perlu memperagakan hasil rekaan beberapa orang pereka fesyen yang terpilih dan juga hasil rekaan barangan kemas milik Hunterstar and Co.

Melihat gambar-gambar Rania, Azhan yakin gambar Rania yang paling sempurna. Mana taknya, Walaupun terik mentari memeritkan kulit. Rania tak merungut langsung. Malah, semakin giat melakukan aksi-aksi menarik di hadapan kamera. Siap bergurau senda. Boleh dikatakan kalau bekerjasama dengan Rania. Hari-harinya sentiasa ceria dan gembira.

Sekilas, kepala menoleh Fifi dan Jira yang sudah selesai photo-shoot. Kadang-kadang dia tak berapa suka dengan mereka tu. Baru berpanas sikit dah minta berehat.  Mulut pula tak berhenti berzikir panas.. Panas! Azhan yang dengar pun naik panas hati. Dah namanya kerja hadap sajalah. Ini komplain tak menghabis. Ikutkan hati nak aje dia sound sorang-sorang. Tapi dia malas. Kang ada je yang bawa mulut. Lagipun model-model tu semua bukannya boleh ditegur sangat. Ada kena jelingan maut nanti. Haih! Kang tak pasal ada je status yang di up dekat instagram ataupun facebook. Dia orang ingat Azhan ni tak ada ke sosial media tu semua. Tak boleh tengok mereka punya status. Alah kalau kena block pun. Ada je staff Azhan yang akan tunjuk. Tak caya tengok jelah nanti.

Azhan melangkah kearah kanopi. Dia pun nak berehat kejap. Panas terik ni dapat minum air sejuk dah cukup nikmat dah. Anak mata dia tak lepas tengok sebekas Air Cincau ais yang berdiri megah di atas meja. Seperti memanggil-manggil dirinya.

Rania berjalan ke kanopi yang tersedia. Nak duduk sekejap sebelum masuk dalam rumah banglo dua tingkat  yang dipanggil Garden House. Banglo mewah yang tersergam indah itu memang dibenarkan masuk.

  Punggung dilabuhkan sebelah Raf. Rania pandang Raf yang khusyuk melihat kembali gambar-gambar Rania di dalam komputer riba di atas meja.

Tangan naik mengipas wajah. Walaupun ada kipas sedang berpusing laju. Bahangnya jelas terasa sampai kepala. Raf hulurkan beberapa helai tisu. Kesian tengok wajah Rania. Maacam udang bakar dah.

Raf bangun. Air cincau di atas meja diambil. Lantas dihulurkan pada gadis itu.

“Thanks abang Raf.” gelas bertukar tangan. Rania hadiahkan senyuman manis buat pengurus slash bodyguardnya itu.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now