Kali kedua Athira menangis-nangis beberapa bulan lepas. Semasa bercerita dengannya waktu gadis itu berjumpa dengan Rania. Punyalah dia gembira sebab sahabat baiknya itu sudah sedar dan telah pulang ke tanah air. Ziqri pun rasa gembira juga. Dia pasti waktu tu Tengku Adrian masih tak tahu pasal hal tu. Dia hanya diamkan dulu. Tak mahu masuk campur urusan mereka.

Tak lama lepas tu. Tengku Adrian pula yang menghubunginya, bercerita yang dia ada bertemu Rania. Kebetulan. Dekat pejabat abang gadis tu. Dari nada suara Tengku Adrian. Ziqri tahu lelaki itu sedang diulit perasaan bahagia. Ceria saja. Berbeza dengan sebelum tu.

Kau tahu tak perasaan bila terserempak dengan crush lepas tu kau cerita pasal crush kau tu dekat kawan baik kau. Ha macam tulah perasaannya. Teruja, gembira, rasa nak nangis.. Ha macam-macamlah!

“Dia dah ok dah. She remembered me. Tapi Thira tak pasti kalau dia ingat ke idok dekat abang. Hahaha.. Sebab muka abang tu memang tak patut untuk diingati!” Kalau dulu Athira memang risau kalau Rania tak mengingati dirinya. Tapi sejak dia jumpa dengan Rania. Rupanya Rania mampu memutar kembali memorinya untuk mengenali diri Athira sendiri.

“Eh apa pulak. Muka macho macam ni. Sekali pandang dah masuk dalam ingatanlah.” Bantah Ziqri. Mendabik dada bidangnya. Sesedap rasa je bakal tunang dia ni mengata. Eh bakal tunang ke?

Yelah bakal tunang. Awek aku tu. Mestilah nak sampai ke jannah doh!

Haa.. Yelah suka hati kaulah!

Bicara hati dan minda berbalas soalan. Ziqri abaikan je.

“Dia ada cerita pasal Ryan ke? Or..” Pertanyaan Ziqri tergantung. Dia tahu Athira memahami maksudnya. “I don't think she remembered him.” Bingo! Athira memang memahaminya. Athira tersenyum kelat.

Its okey. Nanti mesti dia ingat jugak. Kita doakan ye.”

                          *****

Aku ingin engkau selalu,
hadir dan temani aku.
Di setiap langkah,
yang meyakini ku,
kau tercipta untukku..~

Bunyi nada dering Smartphone membantutkan jemari Rania dari terus menyelak helaian novel yang sedang dibaca. Dia mencapai Smartphonenya yang sudah tergolek di atas katil.

Tanpa melihat identiti si Pemanggil Rania terus menjawab. “Assalamualaikum.” salam diberikan.

“Waalaikumsalam. Darling. I miss you!” Suara seorang lelaki menyapa deria pendengaran. Tak perlu melihat identiti si pemanggil pun Rania dah tahu siapa gerangannya.

Sengihan melebar di bibirnya.
“Kimi... I miss you too. What are you doing. Tak habis kerja lagi ke?” Rania dah meletakkan penanda pada muka surat yang dibacanya. Lantas dia terus menutup novelnya. Suara lelaki itu lebih menarik perhatian. Dah lama dia tak bersua dengan teman lelakinya. Hakimi Amsyar.

I baru habis operationlah Darling. Penat gila. Tu yang I call you tu. Nak cari semangat.” Suara Hakimi kedengaran lesu.

“Kesiannya You. You dah makan ke?” Rania bertanya. Prihatin dengan keadaan Hakimi.

I tak makan apa-apa lagilah Darling. Tak lalu. I rindukan You...” Kedengaran suara Hakimi merengek. Mengada-ngada.

Rania ketawa kuat. Hakimi kalau dah masuk mood clingy gedik sakan dia. Macam tulah. Mengada-ngada lebih.

“Jangan nak gedik sangat boleh tak? I baru hilang dua tiga bulan je tau. You tu! Kena jaga makan. Kerja.. Kerja jugak. Tapi kesihatan you pun kena jaga.” Sempat dia menasihati Hakimi. Jangan sampai dia masuk mood membebel. Berasap telinga nanti!

          

“Sayang juga You dekat I kan? ” Gurau Hakimi di hujung talian. Melebar sengihan lelaki itu.

“Mestilah I sayang. You jangan lupa makan tau!” ujar Rania. Sempat mengingatkan Hakimi agar menjamah makanan. “Ye Darling ku sayang. Lagipun I tengah buat Intermittent Fasting ni. You jangan risau tau.” Hakimi di hujung talian cuba meredakan kerisauan Rania.

Rania tergelak kecil. “I dah agak dah!”

Dia tahu Hakimi memang selalu mengamalkan Intermittent Fasting. Intermittent Fasting ni adalah teknik berpuasa. Kebanyakan Doktor memang gunakan cara ni sebab mereka terlalu sibuk dengan pesakit. Sampai nak makan pun tak sempat. Tapi sekarang bukan saja Doktor tapi seluruh dunia pun ada buat teknik berpuasa ni. Nabi sendiri pun ajar cara ni sebelum orang putih buat kajian. Kalau nak kurus cara sihat memang boleh amalkan teknik ni. Memang berkesan. Kurus dapat, sihat pun dapat!

Sebenarnya Intermittent Fasting ni bukan kawal selera makan je. Tapi kawal pola pemakanan jugak!

Ada banyak cara untuk mengamalkan Intermittent Fasting ni. Yang paling popular ialah 16:8. Enam belas jam puasa, lapan jam makan. Kita sendiri tentukan waktu berpuasa dan waktu berbuka. sepanjang puasa tu boleh ie minum air. Dan waktu berbuka tu yang paling best. Makanlah sampai perut meletup. Kalau tengok dekat luar negara yang berpuasa sampai 16-17 jam. Biasanya waktu berbuka, mereka cuma makan sedikit saja. Tapi rasa kenyang tu lain macam.

Ada dua lagi cara popular untuk buat Intermittent Fasting.  selain cara 16:8 iaitu  cara 5:2. Dua hari puasa, lima hari makan macam biasa. Lagi satu cara 4:3. Yang ini cara puasa selang-selang. Hari ni puasa esok tak. Ha macam tu. Yang lain tu hang pi lah google sendiri. Selamat beramal!

Lepas ni tak payah kau nak telan produk-produk untuk kuruskan badan tu semua. Pil ke minuman ke, apa-apalah yang claim boleh kuruskan badanlah senang cerita. Kesan sampingan dia bahaya woo. Rosak organ dalaman baru padan muka. Either kau akan jadi kurus dengan buah pinggang rosak ataupun kau tetap tak kurus dengan buah pinggang rosak. Lepas tu hadaplah dialisis tiga kali seminggu. Satu sesi sekurang-kurangnya empat jam. Hambekk. Orang dah habaq tak nak dengaq sangat kan. Itu je makan dia!

Ada suara orang memanggil Hakimi.
Rania tersentak. Dia agak pasti ada kecemasan lagi. Boleh pulak dia mengelamun sekejap. Adehh! Dahlah dia baru nak bermanja dengan Hakimi.

Darls.. I'm sorry.. I kena pergi dulu. Ada emergency.  Saranghae.” Hakimi terus memutuskan talian.

Me too..” Bisik Rania perlahan. Haih! Kesian sayang aku. Baru habis operation ada lagi operation lain! Keluh hati Rania. Lumrah kehidupan seorang doktor macam tulah. Nak tak nak kena hadap jugak.

Sayang ke? Tanya minda Rania.

Gila tak sayang... Dialah orang yang selalu tolong aku dulu. Dia ada bila aku perlukan bantuan. Dia yang menjaga aku bila mama dan papa tak ada. Tiga tahun bukan waktu yang sekejap. He is a Doctor and my love! Kata hati Rania menjawab persoalan yang bermain di fikirannya.

Hakimi merupakan seorang doktor pakar. Satu hari dia perlu berhadapan dengan beratus orang. Sampai tiada masa untuk menjamah makanan. Kadang-kadang bila ada banyak sangat tugas. Dia sampai tak dapat mandi. Kesian..

Tapi.. Orang tak tahu. Yang mereka tahu hanya mengeluh bila petugas kesihatan lambat memberikan bantuan kepada mereka. Ada tu sampai memaki hamun. Itu baru dekat sebuah hospital di Korea selatan. Tempat Hakimi bekerja!

Tak tengok lagi di Malaysia. Bila petugas kesihatan lambat buat kerja sikit. Viral. Berbual sikit. Viral. Kata mereka makan gaji butalah. Tak endahkan pesakit yang tengah menunggu untuk di periksa oleh doktorlah. Dah kakitangan perubatan juga yang salah. Minda Rania melayang saat dia membaca keratan akhbar minggu lepas. Kisah tentang petugas kesihatan dan waris pesakit. Berbalah!

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now