6. Si Peniru dan Maddeath

3.3K 354 11
                                    

SLAP!

Tercampak badan Budak lelaki ke lantai tu lepas dirinya ditampar kuat dengan pelajar perempuan di situ.

Gisle Tracey,19 tahun Princess Copy and Paste. Budak pelajar terbaik yang selalu dapat nombor satu dalam akademi sejak tahun pertama sehingga la tahun terakhir. Anak kepada Badan Lembaga Akademi. Cantik tapi hanya seekor iblis yang bertopengkan muka barbie. Semua orang tahu side baik dia, bukan yang jahat. Kalau ada yang dah tahu, kebanyakan mereka tidak bertahan lama dekat akademi ini. Sama ada di buang keluar atau di gagalkan terus dari akademi ini.

Pelajar contoh dan kebanggaan Akademi Oakwood High.

"Kau cakap apa?Tak ada?"tanya Gisle yang terus mencekau rambut tu dan di rentap kuat rambut tu untuk paksa Budak lelaki sama tahun dengan dia bangun. "Hei.kau jangan buat-buat tak eh?Kau nak ke aku suruh ayah aku hapuskan kau dari senarai pelajar cemerlang tahun ni?Nak mak kau yang tua dan sakit mati kena heart attack?"

Akagi Nariakira, toyol rasmi Gisle selama tiga tahun ni. Dan pelajar ini sering peroleh tempat kedua di bawah Gisle dengan bantuan otak geliganya. Anak kepada pembantu rumah keluarga Gisle sendiri. Sehingga sekarang Akagi tak pernah melawan kata Gisle sebab dia tahu kalau dia melawan, Gisle akan susahkan hidup keluarganya yang sedia susah ini. Kerana itu dia gagahkan diri untuk turutkan saja permintaan Gisle.

"Saya tak sihat beberapa hari ni, jadi kerja sekolah awak saya tak sempat siapkan."jelas Akagi.

Gisle berdengus tak percaya. Dia hayun kepala tu depan belakang sambil cengkam rambut tu. "Pe.ni.pu."sebutnya satu persatu untuk setiap hayunan tu.

Berdesis menahan kesakitan Akagi di buat cekauan pada rambutnya itu. Dia ketap gigi sekuat hati semasa nafasnya naik turun.

"Ianya bukan alasan untuk kau biarkan rekod aku tercela 'anjing'...nak aku pesan berapa kali!"tanpa belas Gisle campak dengan kuat Akagi ke barisan kerusi yang di susun dekat dalam bilik simpanan tu.

Berlanggar saja Akagi pada barisan kerusi di situ, habis tumbang kerusi-kerusi itu ke atasnya.

Melihat keadaan itu Gisle julingkan mata tak pedulinya lalu keluar dari bilik simpanan itu. Meninggalkan Akagi sendirian di dalam bilik itu tidak sedarkan diri.

Keluar saja dari bilik tu Gisle ubah karakter diri badass dia kepada gadis ayu yang lemah lembut dan manis di pandang. Yakin tiada sesiapa yang melihat dirinya di situ, dia jalan merentasi koridor itu dengan langkah yakin dan mendabik dada.

Pada masa Gisle melintasi satu Lorong, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang berkumpul mengerumuni tiga orang pelajar perempuan di depan pintu lokar pula.

Di harassed tanpa izin mereka, pelajar-pelajar perempuan tu bergelut sendiri nak jauhkan tangan dan mereka yang gatal di situ.

"Alah, jangan la malu-malu"

"Hei...kongsi nombor je pun...tak salahkan.."

"hahaha...nak segan-segan pulak. Macam la tak biasa."

"Jangan nak acah suci la."ujar Rafael Diaz. ketua kumpulan ganster akademi, 19 tahun. Pelajar tahun akhir yang suka timbulkan masalah dengan membelasah pelajar ikut suka, kutip duit yang kononnya 'cukai keselamatan' dari para pelajar akademi, jual barang terlarang dan banyak perkara tak baik yang di lakukannya kerana dia anak lelaki kepada director akademi ini.

Selain menganggu ketenteraman pelajar perempuan, Rafael dan kumpulannya yang di gelar sebagai Maddeath. Satu-satunya kumpulan yang boleh menyebabkan kematian terjadi tetapi tiada tindakan yang di kenakan ke atas mereka ini.

Sampai pensyarah sendiri jadi mangsa terror mereka. menggunakan kemahiran mengugut yang membawa maut mereka ini la mereka dapat kekalkan rekod kurikulum mereka tanpa terjejas sikit pun. Kalau mereka tamat belajar dari akademi ini. dengan mudah mereka dapat sambung belajar dimana-mana menggunakan rekod 'bersih' yang diberikan kepada mereka ini dari pihak akademi.

"Malam ni kau orang bertiga kena keluar dengan kita orang atau video 'seksi' kau orang kita orang sebarkan dekat family kau?Nak ke?"ugut Rafael kepada tiga orang pelajar perempuan di depannya.

Sambil buat muka sedih dan takut masing-masing pelajar perempuan tiga orang itu hanya mampu mengangguk kepala patuh tak dapat nak melawan. takut kalau nyawa dan maruah mereka yang jadi cagarannya.

"Good...sekarang berhambus."arah rakan Rafael di situ.

Tanpa tunggu di suruh pun mereka lebih dari rela untuk pergi dari situ!Tiga orang pelajar perempuan di situ lari dengan langkah lekas mereka tanpa menoleh kerana terlalu takut. Oleh kerana mereka lari sambil pandang ke bawah, mereka tak perasan akan orang yang mereka lewati itu.

Bila Rafael dan gengnya hendak beransur pergi dari Lorong berlokar itu, mereka bertembung dengan pelajar lelaki berkemeja akademi dan lengan baju di lipat hingga ke siku itu. Taken back sekejap mereka, tapi tidak pelajar lelaki tu. Dia malah dengan berani jeling ke Rafael dan lewati mereka begitu saja tidak terusik dengan kumpulan itu.

Rafael hanya buat muka bengang dia semasa pelajar lelaki tu jeling dia. Tak dapat nak komen apa-apa sebab pelajar lelaki ni bukan orang yang dia patut cari pasal, sebab dia dah kena sekali penangan dari pelajar lelaki tu tak lama dulu. Mujur la tiada siapa yang tahu mengenainya.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now