48. Blindfolded

2.7K 326 9
                                    

"Mana Farzin?"tanya Hailey semasa perhatikan kereta yang mereka naiki, dipandu oleh driver sedang gerak masuk ke laman utama untuk di parkir.

"Rumah."jawab Lazaro sewaktu memandang helaian kertas di tangannya.

Tidak sabar nak keluar dari kereta, Hailey menggoncang kakinya melemparkan pandangan keluar cermin kereta.

"Kenapa dia tak lawat aku dekat hospital?Dia dah lupakan aku ya? Dia tak nak kawan dengan aku lagi?Sebab aku asyik sakitkan diri je?"tanya Hailey tanpa berhenti. Dua hari dia duduk dalam hospital. Tapi sekalipun Farzin tak jenguk dia. Balik-balik orang tua Lazaro ni.

Lazaro angkat kepalanya memandang Hailey bersama senyuman nipis di bibir. "Farzin jatuh sakit. Dia nak lawat kamu tapi dia tak larat.." beritahunya dengan nada memujuk. Tidak mahu susahkan hati Hailey memandangkan emosi Hailey baru saja stabil.

"Sakit?"membutang mata Hailey lepas dengar. "Kenapa?Dia sakit apa?Farzin tak apa-apakan?"tanya dia yang tiba-tiba jadi cemas.

"Demam biasa. Jangan risau. Kereta dah berhenti. Kamu masuk la ke dalam sana."aju Lazaro apabila menyedari kenderaan itu siap di parkir.

Hailey apalagi, dia buka pintu kereta itu lalu berlari keluar dari situ dengan langkah yang lekas.

Masuk saja ke dalam, langkahnya di atur ke arah tangga. Dan terus naik ke tingkat dua sebelum berhenti di sebuah pintu bilik. Tanpa ketuk tanpa bersuara, tombol tersebut di tolak ke bawah lantas dia menyerbu masuk.

"Farzin!Mana kau?!"tanya Hailey dengan lekas sebaik masuk ke ruangan luas itu. Matanya memandang sekeliling bilik lalu ke katil. Tiada kelibat Farzin. "Farzin!!"jeritnya kebengangan.

Tidak semena pintu bilik air terbuka lalu muncul la Farzin hanya bertuala disekeliling lower body dan rambut berbuih  dengan syampu.

"What?Apa?Asal?"tanya Farzin yang ikut cemas sebab dengar suara Hailey menjerit.

Lepas Hailey nampak Farzin, tak fikir apa dia terus lari menerpa ke badan yang masih basah dan bersabun itu.

"Kau okay!"peluk Hailey pada sekeliling leher Farzin.

Tangan Farzin yang kotor dengan buih syampu itu terdepa kanan dan kiri sebab terkejut.

"What the hell!Hailey...seriously?" tanya Farzin dumbfounded dengan keadaan itu.

Lalu Hailey lepaskan pelukan tu. Dia pegang muka bersabun dengan pencuci muka dan bersyampu Farzin pula. "Kau okay?Sakit dekat mana-mana?Lazaro kata kau demam!?Nak jumpa doktor ke?"tanya dia yang bersungguh risau akan Farzin.

"Apa yang-"mulanya Farzin nak nafikan yang dia tak sakit apalagi demam. Lepas dengar nama ayahnya di sebut, Farzin tersengih sendiri. Jahat tau ayah dia ni. Ada masa jugak nak menyakat si Hailey.

"Lazaro cakap kau demam sebab tu tak dapat jenguk aku dekat hospital... Kau dah okay ke?"Hailey mencebik bibir sedih susah hatinya sewaktu pandang Farzin tanpa menyedari sama sekali keadaan Farzin ketika itu bagaimana. Otak dia hanya fokus satu perkara saja iaitu Farzin.

"Aku okay la..."Farzin tolak Hailey jauh darinya dengan perlahan-lahan. Bahaya pulak bila Hailey dengan dia. Lagi-lagi dengan keadaan dia macam ni. "Apa kata...kau tunggu aku dekat katil tu..sekejap je." mintanya. Kejap lagi dia kena mandi dengan air sejuk la gamaknya.

"No!"Hailey peluk semula tubuh half-naked Farzin dengan erat.

Kejung terus badan Farzin dibuatnya. Dia kaku menjadi patung setelah tangan Hailey melingkar ke sekeliling tulang rusuk dan belakang badannya.

"Aku belum habis mandi ni..kalau ya pun bagi aku berbaju dulu."keluh Farzin sambil gigit bawah bibirnya.

Hailey menggeleng kepala. Dia tak mahu. Dua hari dia terperuk dalam hospital dan tunggu Farzin datang. Tapi Farzin tak datang. Tahu tak betapa teringinnya dia nak jumpa Farzin selama dua hari ni?

"No!Kau takkan ke mana-mana." protes Hailey. Dia takut. Dia takut Farzin tinggalkan dia sebab tak tahan tengok dia cederakan diri. Hailey takut Farzin taknak berkawan dengan dia lagi sebab dia tak nak berhenti sakitkan diri sendiri. Dia tak nak Farzin tinggalkan dia!

Farzin pun melepaskan keluhan panjangnya.

"Fine...kau ikut aku masuk bilik air sekali kalau macam tu..."ajak Farzin yang gerak ke tepi rak kecil yang terdapat pelbagai barang miliknya antaranya blindfolded. Siap memakaikan blindfolded itu dia pimpin Hailey masuk bersama dengannya memandangkan Hailey tak reti nak menyabar. Nanti kalau Hailey dah sedar akal emosi yang rasional guarantee Hailey akan menyesal bila mengingatkan semua ni!

"Kenapa tutup mata aku?"tanya Hailey sewaktu dia di dudukan atas mangkuk tandas.

"For your own good."jawab Farzin sebelum masuk semula ke tempat mandi.

Hailey gerak mahu membuka blinfolded itu.

"Kau bukak aku hilang eh. Kau nak ke aku hilang?"tanya Farzin sambil bilas rambutnya dan pandang akan Hailey melalui dinding kaca tempat mandian itu.

Hailey tak jadi nak buka. "Jangan hilang. Aku takkan bukak. "Dia turunkan tangan ke bawah lalu duduk di situ dengan diam seperti budak yang baik.

Dengan tenang Farzin pun menghabiskan sesi mandiannya.

Dan sepanjang masa tu Hailey ajak Farzin berborak dari awal sehingga la lelaki itu selesai mengenakan pakaian dalam keadaan mata tertutup.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now