53. Honey I love you.

3.8K 400 86
                                    

Bip!

Bip!

Bip!

Jam tangan yang terpasang pada tangan kanan Hailey berbunyi dan mengeluarkan cahaya merah dengan tiba-tiba. Buatkan mata itu gerak memandang jam di tangannya dengan kening terangkat. Ya...sehingga sekarang jam ini masih terpasang di tangannya. Dan tidak boleh di tanggalkan melainkan empunya jam sendiri yang tanggalkan, baru la dia bebas dari jam ini. Yang mana dia tak kisah sekiranya mengenakan jam ini sampai bila-bila.

"Kau baca diari tu lagi?"tegur satu suara dari sebelah bangku dengan tiba-tiba.

Hailey berpaling pantas.. Dia yang masih tersedu-sedu sedih berkedip hendak jatuhkan air mata yang mengaburi pandangannya.

"Sudah-sudah la tu...kau baca kemudian kau nangis...apa functionnya?"

"Suka hati aku la...aku boleh baca...aku bacalah...memangnya ada masalah ke dengan kau?"sentap Hailey sambil memandang lelaki yang gerak mengambil tempat di sisinya dengan secawan kopi hangat di tangan.

"Masalah aku adalah kau akan sedih setiap kali baca isi dalam diari tu..."

Tidak dapat membendung rasa sedihnya, Hailey gerak menyandarkan dahinya ke bahu itu dan menyambung nangisnya. "Aku still tak boleh nak move on dari memori lampau...nak buat macam mana.."

Lantas tangan berjam tangan pada tangan kiri itu naik memegang kepala Hailey lalu mengusapnya dengan lembut. "It okay...tak salah kalau nak ingat pada masa lampau. Ianya tak salah sebab dari situ kita boleh belajar untuk tidak lakukan kesilapan yang sama.."

Sambil menyedut hingusnya, Hailey angkat kepala lantas memandang wajah bercermin mata dan sedap di pandang mata dengan renungan berkaca. Hatinya sedih namun gembira pada masa yang sama. Berasa bersyukur dengan keistimewaan yang dia miliki. Kalau bukan kerana darah dia mempunyai genetic istimewa yang boleh menyembuhkan sebarang penyakit. Pasti dia sudah kehilangan insan di hadapannya ini.

"Kenapa pandang aku macam tu?"tanya Farzin sambil seka air mata yang mengalir turun dari pipi Hailey dengan ibu jari perlahan-lahan.

"Please...jangan buat aku macam dulu lagi. Kalau kau sakit beritahu aku, kalau kau susah beritahu aku. Sekarang aku dah kuat...aku dah pandai nak jaga diri sendiri. jadi kau jangan susahkan diri kau untuk aku lagi.."minta Hailey dengan sebak.

Farzin ketawa. Dia gerak mengucup dahi Hailey sebelum turun ke pipi yang sejuk dan basah dengan air mata itu. "Aku tahu...aku janji aku takkan buat kau risau lagi."ucapnya sebelum mengucup pipi tu. Teringat dia disaat dia sedang nazak dan hampir mati tiga tahun yang lepas setiap kali lihat wajah penyelamatnya ini.

Waktu itu Farzin perlukan penderma darah untuk bantu dia teruskan hidup. Hailey yang kebetulan turut Bersama dengan Farzin ketika itu, ajukan dirinya untuk bantu menderma.Tanpa berlengah doctor buat pemeriksaan darah Hailey untuk pastikan boleh atau tidak. Sekali bila di check, mereka dapati darah Hailey mempunyai enzim yang istimewa dimana ia boleh selamatkan Farzin. Dari situ la Hailey dermankan darahnya sebanyak yang Farzin perlukan. Selama dua bulan struggle. Akhirnya keadaan Farzin membaik dan dia terselamat dari kanser itu.

Setelah itu mereka berdua sama-sama jalani hidup. Farzin yang kini sedang mengendalikan bisnes keluarga lelaki itu tinggal berdekatan dengan kolej tempat Hailey belajar. Dan mereka merancang untuk berkahwin selepas Hailey tamat belajar di kolej nanti. Sehingga la sekarang.

"Kalau kau mati,...aku ikut mati tau.."Hailey peluk sekeliling tulang rusuk Farzin dan sembunyikan wajahnya ke balik pakaian tebal lelaki itu.

Dengan sebelah tangan memegang cawan berisi kopi hangat itu, Farzin tepuk belakang badan Hailey dengan sebelah tangan lagi. Pipinya di sandar pada mahkota kepala Hailey. Senyuman lebar terukir di bibir. "Okay..."jawabnya.

Tidak lama selepas itu Hailey jarakkan dirinya dari Farzin. Pandang akan wajah itu dengan kening berkerut."Kenapa kau dekat sini?Tak kerja ke hari ni?"tanya dia lepas sedar akan kehadiran Farzin ke sini. Di kolejnya.

"Rindu..sebab itu aku datang ke sini nak jumpa kau...tengok-tengok kau duduk sini baca diari lama yang aku berikan lama dulu"jawab Farzin sambil serahkan cawan yang masih hangat itu. "Kelas kau dah habis kan?"

Hailey capai gelas itu. "Ha'ah...kenapa?"tanya dia sewaktu pegang cawan itu dengan kedua-dua tangannya.

Farzin tersenyum handsome. "Nak dating..."lalu dia gerak memegang kedua-dua belah pipi Hailey dan Tarik wajah itu mendekat kepadanya.

Hailey tak sempat nak cakap apa-apa, bibirnya di pagut akan bibir Farzin yang mana buatkan dia tersenyum.

"Honey...I love you."ucap Farzin selepas bebaskan Hailey dan berikan senyuman lebar.

"I love you too!"Hailey tersenyum senang lalu sembamkan wajahnya ke dada Farzin kerana malu sewaktu mengucapnya.

~TAMAT~

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now