23. Mintak Tolong.

3.1K 379 44
                                    

Knock!

Knock!

Kepala Dawson berpaling ke arah pintu bilik lepak mereka itu.

"Kau janji dengan orang ke?"tanya Ashton pada Kiran masa dia tunduk bermain game melalui telefonnya.

Kiran yang sedang merokok dan duduk melunjur kaki jeling ke Ashton. "Kenapa aku yang di tanya?"

Fabian palingkan kepala ke arah pintu itu sebelum gerak nak buka, namun baru je dia angkat punggung dari kerusi tu, pintu bilik tersebut di tendang kuat sampai tertanggal selak pintu tersebut ke lantai.

Macam makcik- makcik melatah, keempat-empat orang itu melompat dari duduk mereka dan berkumpul rapat ke antara satu sama lain. Sejak kejadian dekat hutan tempoh hari, keberanian mereka dah tak macam dulu.

Ashton siap bukak langkah nak karate.

Dawson dah angkat kerusi naik dekat atas kepala.

Kiran siap acukan pistol lagi dekat pintu tu.

Sementara Fabian angkat kedua-dua kepalan penumbuk bersedia nak menyerang.

"Surprise!"ucap Hailey dengan ceria lepas bukak pintu bilik luas-luas dengan kasar.

PRAK!

Habis tertanggal satu daripada engsel pintu itu setelah daun pintu tersebut menghentak kuat ke dinding akibat tindakan Hailey.

Macam baru nampak hantu empat orang flowerboys yang ada di situ mula berteriakan.

"Jangan dekat!"jerkah Kiran sambil acukan pistol ke Hailey.

"Arghhh!!!!Arghhh!!!!!Arghhh!!Hantu!!!"teriak Ashton dengan ton suara tinggi macam perempuan menjerit.

"Ka-kau jangan dekat perempuan gila!" beritahu Dawson yang acah mahu membaling kerusi yang di pegang.

Fabian dah telan air liur cuak dia. Terlalu takut melihat Hailey atau alien atau hantu dia tak tahu nak gelar apa pada Hailey. Apa dia tahu dia tak nak ada kaitan dengan perempuan pelik ni lagi!

Pelik dengan reaksi yang di berikan oleh mereka berempat, Hailey jalan dekati mereka dengan mata terkebil-kebil. "Kenapa?Huh?Ada apa?"tanya dia sambil depakan tangan tunjuk yang dia tak ada apa-apa pun dekat tangan sekarang ni.

"Arghhhh!!!"teriak Ashton yang masih trauma dengan apa yang dia lihat dekat dalam hutan hari tu. Dia ada beritahu kawan-kawannya apa dia lihat, tapi mereka tak percaya. Mereka cakap dia gila yang Hailey tikam diri sendiri tanpa tunjuk rasa sakit pun. "Arghhh!!!!"dia peluk Dawson dan kakinya naik bergayut pada kawannya itu dengan hysteria.

Semakin Hailey dekat, semakin mengundur mereka berempat ke penjuru bilik tu nak jauhkan diri.

"Aku kata jauhkan diri kau dari kita orang perempuan!Kalau tak aku tembak.."marah Kiran dengan lantang. Tapi terketar-ketar pegang pistol dekat tangan.

Bingit dengan bunyi jeritan mereka berempat, Hailey apa lagi.

"Arghhh!!!Arghhhhh!Arghhhh!!!" jeritnya sekuat hati dekat depan mereka sambil menjegil mata dengan bulat. "Kenapa!!!!!Kenapaa!!!!!Kenapa kau orang menjerit!!!!!!!!Apa yang kau orang pekikkann!!!!!!!!!!" jeritnya sampai tegang urat leher. "Kita ada perlawanan siapa menjerit paling kuat ke!!!!!!!!!!!!!"

Bila Hailey menjerit macam tu...mereka berempat lagi la!Semakin menjadi-jadi takut mereka. Dan Ashton pulak menjerit lebih kuat sebab ketakutan!

Tak sangka yang jeritan mereka makin menjadi-jadi, Hailey pandang mereka lalu berhenti menjerit. Nafasnya naik turun nak cari udara lepas menjerit sejak tadi. "Hei!Boleh tak berhenti?"tanya dia dengan nada perlahan. Namanya je lelaki, suara nyaring macam pondan je!Sunatkan terus baru tahu. Jadi sida sana.

Mereka semua dengan serentak mendiamkan diri, lalu pandang dengan mata terbutang takut ke Hailey. Nafas mereka semua naik turun macam baru marathon 500 meter berganti-ganti.

"Please...kita orang dah serik. Kita orang janji takkan buat jahat lagi. Tolong...tolong lepaskan kita orang.." mintak Ashton dengan muka nak menangis dia.

Dawson angguk kepala dengan laju.

Fabian hanya telan air liur berkali-kali.

Kiran yang egonya tercabar tak cakap apa-apa. Malu la kalau Hailey tahu dia sendiri dah kecut perut.

Hailey buat muka. "Kau orang merepek apa. Aku bukan datang nak hukum kau orang. Tapi bagus la kau orang dah taubat. Senang sikit kerja aku."dia dekati mereka lagi. Tapi mereka tak henti-henti nak undurkan diri dari dia sejak tadi.

"Da-dah tu...ka-kau nak apa ke sini!?"tanya Dawson tergagap-gagap.

Hailey tersengih, dia hulur tangan nak sentuh Dawson. "Hihihi.."

"Haish!Apa pegang-pegang ni.." dengan ngeri Dawson jauhkan diri dan tampar tangan tu supaya menjauh dari dia.

"Kalau aku mintak something dari kau orang, nak tolong ek?"sengih Hailey dengan comel.

Tapi dari sudut pandangan mereka berempat, mereka ibarat seperti melihat watak The It, dalam cerita badut dengan belon merah. Seram yang mengerikan! Sampai tegak meremang bulu roma mereka sekarang.

"Cakap tu cakap je la!Jangan dekat bagai!"pekik Kiran lepas mereka semua terperangkap dekat penjuru bilik tu.

Baru la Hailey berhenti. Dia pandang mereka semua dengan muka puppy face tak bersalahnya. "Tolong aku something boleh?"

Mereka semua mendiamkan diri buat seketika. Tak tahu nak cakap apa.Masing-masing dah gelabah nak mampus dekat situ.

"Boleh ke tidak!"pekik Hailey lepas mereka diam tak cakap apa-apa. Menjerit boleh pulak. Jawab ya pun payah! Air mukanya terus berubah garang.

"Boleh!"dengan serentak mereka berempat jawab sebab terkejut. Masing-masing menikus dan menghimpit ke antara satu sama lain.

Kemudian Hailey tarik senyum manis semula kepada mereka. Tiada lagi muka garang. "Hah..macam tu la. Lain kali jawab terus. Tak payah tunggu aku marah."

"Ka-kalau kita orang to-tolong...kau janji takkan kacau kita orang lagi?" soal Kiran yang tak sengaja nak tergagap-gagap.

"Of course...kalau aku dah tak ada urusan dengan kau orang buat apa aku cari kau orang...macam dah tak ada kerja lain je.."ujar Hailey.

"Apa kau nak?"tanya Fabian.

Hailey selak rambutnya ke belakang telinga sebelum beri senyuman paling manisnya sampai mata pun ikut tersenyum. "Aku nak bunuh orang.." beritahu dia dengan manja.

Tertelan air liur mereka berempat di situ masa tengok. Dah!Apapulak perempuan psiko ni nak buat!

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now