46. The Fight And Confrontation

2.7K 320 7
                                    

"Hailey dia apa?"tanya Kiran dengan nada tak percayanya. Perlahan-lahan dia bangun dari lantai itu untuk bersemuka dengan Farzin. "Kau cakap macam ni sebab nak halang aku dari sukakan dia kan?"

Farzin ketawa.

Dia ketawa tapi air mata dia mula berkumpul dekat kelopak mata. "Kiran...ini dah bukan soal perasaan suka atau cemburu...ini soal hidup dan mati.."beritahu dia sambil ketawa. Dia sendiri dah mula hilang akal dengan semua ni. "Please...aku perlu jumpa dengan ayah kau untuk tahu kisah sebenar kenapa Ibu Hailey dan Hailey di tinggalkan dekat rehab pemulihan orang bermasalah tu...aku nak tahu apa sebabnya semua ni bermula...Hailey dia tak banyak masa...aku kena selamat kan dia!"beritahu Farzin dengan bersungguh.

Semakin terpempan Kiran di buatnya. Dia pandang tak percaya akan Farzin dan setiap kata-kata yang di sampaikan olehnya. "Apa yang kau cakapkan ni?Ibu hailey?Rehab?Kenapa dengan hailey?Dia sakit ke?"

Farzin pandang ke Kiran dengan perasaan kecewanya. "Aku tertanya-tanya macam mana seorang lelaki seperti ayah kau sanggup buang isteri yang sedang sarat mengandung ke pusat pemulihan mental dan biarkan anaknya menderita di situ sendirian?Sedangkan kau...kau jalani hidup dengan baik dan sihat walafiat dekat sini.."

Perlahan-lahan reality menghentak Kiran. Dia mula menyedari apa yang Farzin cuba sampaikan. Hailey..orang yang dia sukakan adalah anak kandung ayahnya hasil hubungan isteri pertama yang mama dia pernah ceritakan kepada dia suatu masa dulu, wanita itu naik gila sebaik dapat tahu kenyataan yang ayah dia curang dengan mamanya dan hamil akan dia. Jadi orang itu adalah ibu Hailey dan anak itu adalah Hailey?

"Aku akan bawa kau jumpa ayah aku...tapi aku perlu tahu. Kenapa dengan hailey...apa kaitannya dengan ayah aku..?"Kiran pada Farzin dengan kening mencerlung tak faham.

"Itu yang aku nak tahu dari ayah kau...sebab itu aku nak jumpa dengan dia!"

Bila pengawal keselamatan Nampak akan dua orang remaja lelaki beruniform akademi jalan mendekati pintu masuk Utama rumah itu, mereka secara automatic berdiri menghadang laluan tersebut.

"Maaf..tuan muda tak dibenarkan masuk ke dalam."beritahu mereka kepada anak lelaki bos mereka.

Kiran buat muka seriusnya. "Ke tepi"arahnya.

Farzin dekat sebelah menunggu dengan sabar. Kalau dia orang tak izinkan dengan cara elok, dia akan tumbuk setiap muka yang ada di depannya sampai dia tiba ke orang tua tu.

"Aku nak jumpa ayah aku sekejap. Beritahu dia kalau macam tu."ujar Kiran sambil tanggalkan kot dari badan.. Bersiap sedia untuk pukul pengawal ayahnya dia kalua mereka masih berkeras untuk menghalang dia.

"Kami tak dapat benarkan tuan muda masuk ke dalam"halang mereka lagi,

Farzin mula berasa curiga. Dia longgarkan tali leher akademi yang dipakai dari kolar baju. "Aku fikirkan hubungan kau dengan ayah kau baik?Nampaknya tanggapan aku salah.."selorohnya.

"Ada aku pernah cakap ke relationship aku dengan dia okay?"balas Kiran.

"Berapa orang?"tanya Farzin sambil longgarkan otot leher dan tangannya.

"Tolong beri kerjsama.."minta mereka lagi.

"Tak tahu...gasak je la!"kata Kiran sebelum hayun penumbuk ke pengawal yang di depannya hingga menyebabkan pengawal itu pengsan terus dekat atas lantai tu.

Lalu diikuti Farzin.

Seorang demi seorang samseng-samseng itu datang menyerang Farzin dan Kiran yang cuba masuk ke dalam kediaman tempat ketua mafia mereka bertapak.

Dibandingkan saiz badan Farzin dan Kiran yang lebih lincah dan cergas, dua orang itu dengan mudah dapat tumbangkan hampir 20 orang pengawal yang ada sehingga la Berjaya meloloskan diri ke dalam rumah tersebut.

Kiran mengetuai perjalanan itu memandangkan dia lebih faham akan selok belok kawasan yang ada di dalam rumah itu. Selepas berlebam wajah dan bibir berdarah, dua orang itu akhirnya tiba di hadapan sebuah pintu dimana tempat ayah Kiran berada.

"Sini la tempat dia."beritahu Kiran pada Farzin dalam keadaan termengah-mengah sebab penat berlari dan membelasah orang.

Farzin mengangguk kepala faham. "Bukak la.."arahnya.

Bersama perasaan gemuruhnya, Kiran tolak pintu itu ke dalam.

Farzin di sebelah hanya menanti dengan perasaan tidak sabar. Dia perlu tahu kebenaran kisah Ibu Hailey. Dia nak tahu dari mana semua masalah ini bermula. Dengan ini dia dapat cari penyelesaian buat masalah Hailey dan bebaskan Hailey dari semua penderitaan yang ditanggung selama ini.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now