40. Curi Keluar

3K 353 34
                                    

"Mana kau nak bawak aku ni?"

"Tempat rahsia."

"Huh?Rahsia?Kalau kau tunjuk dekat aku dah tak rahsia la namanya tu.."

"Boleh tak dalam satu masa tu kau jangan nak banyak bercakap?Tak penat ke bercakap?"

"Suka hati  aku la...mulut aku kan.."

"Ish...dia ni kan!Kena jugak dengan aku nanti kang."

"Tak apa ke kalau kita keluar rumah waktu malam macam ni?"

"Kau keluar dengan aku...tak apa. Kalau sendiri tak boleh."

Bertemankan dengan lampu suluh dari telefon dan cahaya bulan purnama, kelibat dua orang yang jalan menyusuri hutan belakang rumah agam Lazaro kelihatan di celah balik pohon pokok di situ.

"Kau nak sembelih aku dalam hutan malam-malam ni lepas tu bagi dekat rimau makan ke?"borak Hailey lagi sebab dia pantang la bila keadaan senyap sunyi yang janggal lagi tak best ni. Dia suka bunyi bising, kecoh dan sibuk. Kalau senyap macam ni buat dia resah.

"Mana ada rimau dalam hutan ni..kau ingat sini apa?Zoo?Hutan simpan?Kalau aku nak sembelih kau sekalipun tak adanya aku bawak kau ke sini.."beritahu Farzin yang memegang erat celah jari jemari Hailey semasa menyusuri laluan kecil itu untuk ke sebuah tasik.

"Hahahah...mana la tau..orang kaya ni kan pelik-pelik.."

Tak lama kemudian akhirnya perjalanan mereka pun tamat setelah Farzin berhentikan mereka di atas sebuah jabatan kecil di gigi tasik itu. Kehadiran mereka ketika itu di sambut dengan sekumpulan kelip-kelip yang berterbangan di sekeliling permukaan tasik dan kawasan hutan di sekitarnya.

"What the f*ck!"sebut Hailey dengan kuat. "Awesome gila!" dengan teruja dia lari setempat dekat situ lepas nampak pemandangan di depannya ketika itu.

"Cantik tak?Ada musimnya...untung kau ada dekat sini masa musim kelip-kelip ni munculkan diri."Farzin pimpin Hailey sehingga la mereka tiba di hujung jabatan kayu itu lalu duduk di situ menghadap tasik tersebut.

Hailey duduk selesakan diri di situ bersama senyuman lebar di bibir. "Apa nama benda alah ni tadi?"

"Firefly..."Farzin keluarkan pelita bentuk rumah dari beg sandang lalu nyalakan lilin kecil yang ada di dalamnya. Setelah itu dia keluarkan selimut yang siap di prepare dari rumah lagi untuk di selimutkan sekitar kaki mereka agar tidak kesejukan.

"Kau selalu ke sini ke?"tanya Hailey semasa palingkan kepala ke sisi. Memerhati Farzin sedang betulkan selimut dekat kaki dia.

"Tak selalu. Kadang-kadang kalau aku rindukan mama, atau nak lapangkan fikiran.."beritahu Farzin setelah selesai. Pelita tadi diletakkan dekat tepi sebelah kiri agar dapat duduk rapat dengan Hailey.

Kemudian Hailey mendiam. Entah kenapa dia suka sangat kalau pandang muka Farzin. Setiap kali pandang mesti hati dia tenang. Kalau Farzin ada dekat dia rasa selamat. Kalau dengar suara Farzin segala urat saraf dia bergetar aneh. "Hei.." panggilnya tanpa berkedip dari memandang Farzin.

"Yes?"Farzin alihkan perhatian dia dari betulkan selimut untuk memandang Hailey "Kenapa?" pandang dia dengan kening terangkat tinggi.

Hailey ketawa lepas nampak muka Farzin yang dibias dengan cahaya bulan dan cahaya dari pelita di situ. Uish! Handsome betul abang depanya ni! "Kau tahu tak apa perasaan ni.."

"Perasaan apa?"tanya Farzin terkebil-kebil bingung.

"Alah..perasaan aneh ni..aku tak tahu bila aku pandang muka kau, aku suka, bila dengar suara kau aku happy...bila kau dekat aku lagi la suka...kenapa? Kau dadah eh?"tanya Hailey.

Kening Farzin terangkat tinggi sebaik mendengarnya. Lalu dia pulak yang tersipu malu. Panas tetiba seluruh leher dan telinganya. "Kau sukakan aku la tu.."beritahu dia dengan bahang diseluruh wajah. Pergh!!!Siut betul minah senget ni.

"Aku memang sukakan kau pun.." beritahu Hailey bingung-bingung.

"Bukan suka yang tu...maksud aku..kau dah jatuh cinta dekat aku.."jelas Farzin lagi sambil tatap wajah bingung Hailey.

"Cinta?Apa tu?Makanan ke?"tanya Hailey lagi yang memang tak tahu apa semua istilah rumit ni. Ianya buat dia jengkel kalau fikirkan perkara yang berbelit apatah lagi asing.

"Hahahahah!!!"meledak ketawa Farzin setelah itu. Dia terus pegang pinggang Hailey dan tarik ke celah kakinya. Kaki kanan dia ditegakkan, Kaki kiri disilakan. Buatkan Hailey benar-benar hampir dengan dia. "Amboi..kalau suruh kenal huruf tak mahu..pasal cinta nak pulak.."hujung hidung Hailey di cubit perlahan.

Hailey buat muka.

"Kau dah kenapa?Aku tanya kan...bukan nak belajar. Ya sudah kalau tak nak beritahu. Aku bukannya kisah sangat pun."Hailey silangkan tangan ke dada lalu pandang akan kelip-kelip yang berterbangan di situ.

"Yalah-yalah...aku beritahu. Sekarang pandang aku dulu."ngalah Farzin.

Sambil buat muka menyampah, Hailey pandang ke Farzin dan tangannya di jatuhkan ke bawah.

Buat seketika Farzin pandang Hailey sebelum berkata dengan nada rendah yang membisik. "Cinta tu buat kau happy, tak kira apa orang yang kau sukakan tu buat, kau akan sentiasa happy sekalipun hanya tengok muka, bau, atau suara dia."beritahunya. "Kau gembira bila dia ada dekat sisi..." dengan tangan sebelah lagi dia letak atas bahu Hailey dan tarik Hailey merapat padanya. "Kau selesa bila dia sentuh kau.."lalu tangannya naik mengusap lembut pipi tu.

Tanpa sedar, Hailey tersenyum bila jari Farzin usap pipinya. Dia tak menolak, hanya tekun mendengar suara yang menenangkan di depannya ini. "Lagi?"

"Dan perasaan ni buat kau teringinkan dia dan mahukan dia tak kira masa.."Farzin dekatkan bibirnya ke muka Hailey sambil berkata. Lalu dia pejam matanya sebelum mengucup kening Hailey dengan lembut.

Hailey mengukir senyuman sukanya bila sentuhan lembut hinggap di keningnya. "Lagi?"

Farzin gerak ke mata Hailey pula. "Ianya akan buatkan rindu kalau tak nampak dia..."lalu dia kucup mata tu.

"Hihihi.."ketawa Hailey kerana kegelian sewaktu memejam mata. Tangan dia naik memegang lengan Farzin. "Lagi?"

"Dan ini..."Farzin pegang leher Hailey seperti cara mencekik supaya kepala Hailey dekat padanya. "Kiss."sebutnya betul-betul di depan bibir Hailey.

Kening Hailey terangkat. "Ooh...'ubat'?" tanya dia.

Farzin mengangguk kepala dengan perlahan. Masih lagi dengan kedudukan rapat dan tidak mahu melepaskan leher tu. "Yes...hanya bila kita cintakan seseorang tu..kiss kita milik dia, dan kiss dia milik kita. Faham sekarang?"

"Macam mana?"tanya Hailey sambil pandang bibir Farzin. Tanpa sedar dia telan air liur sendiri. Teringin pulak.

"Apa yang macam mana?"

"Kiss?"tanya Hailey.

Tersengih meleret Farzin setelah itu. "Nak aku ajar ke?"tanya dia dengan berbisik di depan bibir Hailey.

Hailey pun mengangguk kepalanya. "Nak."

"Okay..."Farzin lepaskan leher Hailey. "Bawa tangan kau ke tepi kepala aku."arah dia sambil letak tangan Hailey ke tepi kepalanya.

Hailey turutkan.

"Lepas tu kau ke depan sikit.."

Hailey ngesot rapat ke Farzin sedangkan dah tak ada ruang lagi nak ke depan lagi sebab mereka sedia rapat di situ. "Okay."

"Sekarang kau dekatkan bibir kau pada bibir aku sampai ianya bersentuhan."

Hailey yang blur-blur itu turutkan saja.

Farzin perhatikan Hailey mendekatinya dengan dada sebu penuh rasa sedih. Matanya mula berkaca dek sinaran cahaya bulan itu apabila air mata mula berkumpul di kelopak matanya."Hailey...tolong la bertahan...please stay..."mintanya dia didalam hati dengan sebak.

Hailey pandang bibir Farzin sehingga la bibir mereka bersentuhan.

Masa itu la mata Farzin terpejam, dan air mata turun dari tepi mata dia. Tangannya jatuh ke bawah tiada semangat. Sebab dia tahu mungkin ini saat terakhir dia dapat Bersama dengan Hailey. Untuk itu dia mahu kongsikan memori indah kepada Hailey sebanyak mungkin selagi masa tersisa.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now