49. Persediaan Peperiksaan.

2.8K 323 13
                                    

"Dah?"

"Belum."

Senyap 20 saat.

"Dah?"

"Belum Hailey."

Senyap 10 saat.

"Dah?"

"Satu jam lagi.."

"Hah?"Hailey bangun dari perbaringan di katil Farzin lepas dengar. "Satu jam?"What the fish! Farzin expect dia untuk duduk dalam bilik ni tak buat apa-apa sepanjang sejam ni. "Pisang la aku kalau macam tu..." dia bersila dan duduk membongkok malas sewaktu perhatikan belakang kepala Farzin yang sedang tunduk menelaah di meja belajar.

"Ya...peperiksaan dah dekat. Aku kena study sekejap. Lepas tu aku luangkan masa dengan kau ya. Sekejap je." jawab Farzin sambil melihat butiran dalam buku teks lalu di pendekkan kepada nota ringkas dalam buku ulangkajinya. Biar senang dia nak baca sebelum peperiksaan nanti.

Hailey terbaring semula ke atas katil. Dia depakan tangan sepanjang katil tu. Lantas termenung memandang siling bilik dengan renungan kosong.

Dalam kepala otak kartunnya dia boleh nampak seakan permukaan di dinding itu mula membentuk lakaran seakan manusia atau obejk atau bentuk yang aneh lalu bergerak-gerak seperti animasi.

Terbayang dia kenangan semasa dia kecil dulu. Kenangan kanak-kanak yang tak sempurna baginya.

Seakwatu dia berusia 6-7 Doktor dan staf dekat rehab selalu berikan dia pensel warna dan krayon untuk dia luangkan masa melukis dan berkarya. Tapi sebaliknya dia gunakan objek-objek tersebut untuk di tikam atau di lorek ke badannya. Sejak itu la mereka tak pernah izinkan dia pegang pensel atau pen atau apa saja objek yang berbahaya dan tajam.

Pada usianya cecah 8-9, Tak cukup dengan tu, mereka pernah cuba berikan dia peluang untuk tonton kartun atau video melalui skrin tv, tapi dia gunakan plak eletrik yang ada di situ untuk direnjat ke badannya menggunakan dawai yang dia curi dari pejabat doctor. Dan sejak tu dia tidak dibenarkan dekati mana-mana gadjet mahupun plak berunsurkan eletrik.

Selain kejadian tersebut, doctor kaunseling pernah cuba bawa dia untuk keluar meneroka sewaktu usianya cecah 10 tahun. Pertama kali dia keluar dari pusat rehab tu dan pertama kali dia panjat pokok sebelum jatuh beberapa kaki dari situ sampai patah riuk badannya. Oleh kerana dia tak boleh rasa sakit, dia hanya terbaring di situ sehingga dirinya di temui oleh doctor kaunselingnya. Dan itu adalah kali terakhir dia di bawa keluar.

Semenjak itu Hailey tak pernah ke mana-mana atau di dedahkan kepada apa saja benda yang sepatutnya dia kenal. Sebab itu la dia zero knowledge. Benda berbisa ke apa ke pihak rehab tak berani nak dedahkan sebab tak nak dia gunakannya sebagai alat untuk cederakan diri sendiri.

Hailey buat semua tu bukan sebab nak cari perhatian atau sengaja. Ianya macam reflex. Ada satu lintasan dekat dalam fikiran dia suruh dia buat sesuatu lepas dia pandang sesuatu. Dia cuba kawal dirinya untuk tidak sakiti diri sendiri. Tapi kalau dia kawal makin sesak makin bengang dia dibuat perasaan tu. Ibaratnya macam orang bila nak bersin tapi tak jadi nak bersin. Hah..macam tu la perasaan yang dia rasa.

Kerana itu dadah dan ubat-ubatan adalah pendinding yang selamat untuk kurangkan kecenderungan itu dari dalam dirinya.

Ketika itu Hailey merasakan ada berat yang buatkan tilam katil tempat dia baring berubah. Dia perasan tapi dibiarkan saja sebab sedia maklum siapakah orang itu.

"Hei"Farzin memayungi atas Hailey. Kedua-dua tangan di topang untuk sokong badannya dari menghempap Hailey. "Termenung la tu.."tegurnya sambil pandang bibir Hailey.

Hailey hanya diam.

Masih termenung memandang siling di atasnya dia berkata. "Kalau aku tak mati..sampai bila aku perlu bergantung pada ubat?"tanya dia dengan perlahan.

Senyuman nipis terukir di bibirnya.Farzin tunduk mengucup tepi mata Hailey. Lalu pandang ke muka itu semula."Kita latih kau untuk biasakan diri tanpa guna ubat dulu. Perlahan-lahan. Kalau kecederungan kau tak boleh nak di bendung, kita guna cara lain."beritahunya setelah itu.

"Kalau tak berguna jugak?"tanya Hailey yang gerakkan matanya untuk memandang Farzin.

Mata Farzin merenung tepat ke mata tu. "Kita usaha..dan usaha lagi..." katanya sambil menggentel cuping telinga Hailey."..aku akan cari pakar yang boleh bantu kau nanti."

Hailey hulur tangan lalu di bawa naik ke atas kepala Farzin. Dia usap rambut tu dengan renungan termenung. Lembut rambut Farzin buatkan dia tenang setiap kali mengusapnya."Sakit tak rasanya kalau mati tu?"tanya dia.

Mata Farzin terpejam dek usapan itu.


"Tak tahu...katanya sakit."jawabnya dan tunduk menyembam muka ke ceruk leher Hailey. Tangannya gerak memeluk sekeliling belakang badan Hailey setelah baring di atas badan tu. Mujur Hailey tak rasa sakit. kalau tidak mesti dah mengeluh dengan beratnya.

Hailey mengeluh lega bila nafas hangat Farzin menyapa kulit lehernya. Tangannya jatuh kesisi kepala. Membiarkan suhu hangat dan berat badan Farzin stabilkan dirinya. "Aku penat la....agaknya bila aku boleh rehat dari tanggung semua perasaan ni?Aku cuba senyum. Cuba ketawa. Tapi fikiran yang ada dekat dalam kepala ni tak nak berhenti berpusing-pusing."luahnya.

Farzin mendiamkan diri. Dia tidak bergerak dari kedudukannya. Dia biarkan bibirnya hinggap di leher Hailey. Tangannya di eratkan lagi.

"Boleh aku pergi sekarang Farzin?" tanya Hailey.

Masa itu la Farzin angkat kepalanya dari leher Hailey lalu bawa wajahnya di atas wajah Hailey. Buat seketika matanya hanya bergerak kanan dan kiri menilik renungan kosong di mata Hailey. Cuba cari harapan di mata itu. Namun tiada...satu garisan pun tiada.

Hailey balas renungan Farzin. "Kenapa?"tanya dia bila ditenung dengan lama oleh Farzin.

Lantas Farzin tersenyum nipis. "Boleh...tapi kena tunggu sampai aku graduasi dulu."ajunya.

"Berapa lama lagi tu?"Hailey sengetkan sikit kepala.

"Tiga bulan lagi"

"Betul ni?"

"Ya."

Hailey tersenyum lebar.

Farzin kucup dahi Hailey lalu turunkan kepalanya untuk menyorokkan mukanya di ceruk leher Hailey. Lantas matanya dipejam. Dia tahu. Dan hatinya sudahpun bersedia. Apa saja keputusan Hailey. Akan dia relakan. Kalau dia paksa Hailey jugak, ianya akan seksa Hailey. Sekalipun mereka bersama, berapa lama Hailey boleh bertahan?

Lagipun lepas Hailey tahu mengenai kenyataan ayah kandung Hailey yang sudah meninggal dunia. Pasti Hailey akan broken teruk.

"Hailey..."panggil Farzin dengan mata terpejam tangan dia membuat bulatan di tepi lengan Hailey.

"Hm?"jawab Hailey sambil main dengan rambut Farzin.

"Kau nak tahu tentang ayah kandung kau sekarang?Aku dah dapatkan maklumat tentang dia?"tanya Farzin dengan nada mengalah.

"Hidup ke mati?"tanya Hailey sewaktu termenung memandang siling di atasnya.

Farzin melepaskan keluhan panjang sebelum berkata dengan nada yang sangat-sangat perlahan."Dah tak ada."

Hailey tersenyum nipis. Dia dah agak. Heh!"Tak apa la kalau macam tu. Aku tahu atau tidak. Sama je. Sebab aku pun akan ikut dia orang nanti." akurnya dengan perasaan pasrah. Tiada apa-apa lagi yang dia dapat lakukan. Nak menangis pun tiada gunanya lagi. Ibubapanya memang sudah tiada lagi untuk bersama dengan dia. Jadi tiada gunanya dia duduk lama dekat dunia ni.

Farzin pejam mata dengan erat dan memeluk badan Hailey cari kekuatan. "Stay Hailey...please stay.."mintaknya di dalam hati.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now