5. New School New Friend.

3.5K 363 26
                                    

Seminggu kemudian.

Berhayun kanan kiri rambut yang di ikat senget ke kiri itu bila pemiliknya berjalan dengan rentak kaki berhenjut yang riang merentasi pintu masuk bangunan akademi itu. Dengan tangan dalam poket skirts custom made petak-petak warna purplenya.

Bersama senyuman lebar di bibir, penampilan comel lagikan menarik mata sesiapa yang pandang. Hailey pandang kanan dan kirinya dengan minat. Berasa kagum kerana tempat aneh lagikan penuh dengan kesan contengan cat dan perkataan pelik yang dia tak pernah lihat terlihat di mana-mana sepanjang perjalanan itu.

Nak di bandingkan keadaan di rehab pemulihan dia, cantik dan bersih lagi sana dari akademi ini.

Cuba bayangkan, setiap kelas tiada pintu, tingkap pulak bertampal dengan pita pelekat nak elakkan retak pada permukaan itu tidak bertambah yang mana sikit pun tak membantu. Lorong lokar dah tak ada rupa lokar, ada yang berconteng, ada yang melopong, ada jugak yang pintunya di selak dengan pita pelekat saja. Cat dekat dinding pulak tak sekata. Ada tompok cat warna biru, putih, hitam dan beberapa lagi yang mungkin bertujuan untuk tutup apa saja perkataan yang di conteng pada dinding. Yang mana akhirnya di biarkan saja.

SPRANG!

Namun baru saja Hailey lintas sebuah kelas, tidak semena, cermin kaca pecah diikuti dengan sebuah kerusi melayah keluar melaluinya dari belakangnya. Terkejut dengan bunyi kuat itu, dia pun berpaling. Dan perkara pertama yang dia nampak adalah serpihan kaca serta kerusi yang ada di lantai itu.

"Jacob!Marco!Cukup!"lalu suara seorang wanita menempik kedengaran.

Baru saja Hailey hendak dekati ke pintu kelas tu, Dekan yang memimpin perjalanan dia untuk kelas bersuara. "Biarkan...ianya perkara biasa."toleh Lazaro semasa memandang Hailey.

Tidak peduli dengan kata-kata itu, Hailey teruskan jugak niatnya itu. Langkahnya di atur ke arah pintu kelas yang melopong tidak berdaun itu lalu berdiri dekat situ hanya untuk menyaksikan dua orang pelajar lelaki sedang bertarung dekat tengah ruang kelas yang dipenuhi dengan meja dan kerusi yang terbalik.

"Tolong la!Kalau kamu nak tunjuk samseng. Bukan di sini tempatnya!" tempik pensyarah wanita yang berdiri dekat depan kelas dengan muka devastated dia.

Tertarik dengan kelas itu, Hailey berpaling. Dia pandang akan Lazaro lantas tunding jari ke dalam kelas itu.

Kening Lazaro terangkat tinggi nak faham. "Ada apa?"tanya dia sambil dekati Hailey. Ingin tahu apa yang tarik perhatian Hailey.

Hailey dengan goofy tarik sengih menayang barisan giginya. "Aku nak kelas ni..letakkan aku dalam kelas ni? Macam seronok je. Dia orang buat kelas bertarung la.."ujarnya. "Hihihi...mesti seronokkan?"

Sedang para pelajar dalam kelas itu saksikan kejadian di situ, seorang daripada mereka ternampak akan Hailey berdiri di situ bersama Dekan Lazaro dekat belakang. Bila dia nampak, rakan di sebelahnya di siku lalu bibirnya di juih ke arah pintu. Lantas seorang demi seorang pun mula alihkan perhatian mereka dari dua orang pelajar lelaki yang saling bertumbukan itu ke pelajar perempuan berambut hitam dan bang di dahi berdiri di situ pula.

Pensyarah yang berada di dalam kelas itu perasan bila pelajar-pelajarnya pandang ke satu arah yang sama. Jadi dia pun ikut berpaling, sekali ternampak saja Dekan berdiri di situ, dia membutang mata dengan nafas tertahan penuh takut.

Habis la kerjaya dia lepas ni.

"Dekan Lazaro.."sebut Pensyarah Kate Berry sedikit lantang sebab terperanjat dengan kehadiran lelaki itu di depan kelasnya yang sedang kecoh dan tak terkawal tu.

Dekan Lazaro patuh akan permintaan Hailey. Dia berdiri di sisi Hailey sebelum dirinya di sapa oleh pensyarahnya di situ. Bersama renungan  penat dan mimik muka tak kisah kepalanya di angguk sedikit untuk balas sapaan itu. "Selamat siang Puan Kate."sapanya.

Kedengaran saja suara dalam dan mendatar itu, dua orang pelajar lelaki yang bertarung antara satu sama lain di situ berhenti menjadi patung dengan kedudukan masing-masing apabila perhatian mereka turut teralih pada Lazaro dan Hailey.

"Hihi...hai!"lambai Hailey dengan tidak sabar. Ramainya orang!Macam-macam rupa dan macam-macam gaya. Batak dia bila lihat semua di sini.

Mata Pensyarah Kate berkedip-kedip bingung. Siapa pulak anak muda di depannya ini?Pelajar baru ke?"Apa yang dekan buat di sini?"tanya dia tergagap-gagap.

Dekan Lazaro kerling ke Hailey di sisinya sekejap sebelum pandang mereka semua di situ. Sepatutnya dia tempatkan Hailey dekat kelas yang sama dengan anak lelaki dia berada. Tapi memandangkan Hailey mahukan kelas paling bermasalah dalam akademi dan mempunyai rekod disiplin yang tak dapat di bendung ini, tiada apa-apa dia boleh katakan lagi.

"Perkenalkan. Ini adalah Hailey Power, dia adalah pelajar baru yang di pindahkan ke sini atas factor pekerjaan ibubapanya."ujar Dekan Lazaro yang beri lirikan penuh maksud ke pensyarahnya. Selain Farzin dia turut kongsikan idea ini kepada pensyarah yang setia mengajar disini sejak 16 tahun ia di tubuhkan.

Tak perlu di jelaskan, Pensyarah Kate terus faham akan maksud renungan itu tarik senyuman penuh leganya lalu gerak menyambut Hailey. "Oh..ya ke?Selamat datang ke Akademi Oakwood High. Maaf la dengan keadaan ni...saya sendiri tidak jangka kelas ini akan menerima pelajar baru."ujarnya.

Hailey tersenyum lebar.

"Tak apa. Saya suka. Lagipun bukan ke lebih seronok sekolah kalau suasana meriah macam ni?Ya tak?"balasnya sebelum pandang mereka semua di situ dengan minat. Wahh!Tak sabarnya. "Hai kawan-kawan. Selamat berkenalan. Nama aku Hailey Power. Panggil Hailey atau Si Psiko. Doktor aku selalu gelar aku Si Psiko. Tapi terpulang pada kau orang untuk panggil aku apa saja."beritahunya sebelum tersenyum lebar.

Bila semua orang di situ dengar akan ucapan Hailey dan reaksi aneh dari wajah comel itu, masing-masing berkerut kening dan buat muka tak faham serta aneh mendengar ucapan perkenalan itu.

Si Psiko?

Mereka tertanya-tanya.

Sementara Dekan Lazaro hanya diam termenung memandang ke lantai. Dia dah nekad. Apa nak jadi pada pelajar-pelajar akademi ini. Lantak situ. Dia takkan peduli. Dia dah hadap cukup dengan masalah dan kerugian yang mereka letakkan ke atas dia. Dan kali ini giliran mereka pula untuk membayar semua itu.

Tanpa berasa letih untuk tersenyum, Hailey berdiri menghadap kelas itu.

"Hihihi...mari kita berkawan dengan baik ya semua?"aju Hailey lagi sambil tepuk tangan dengan teruja seperti kanak-kanak kecil. "Tak sabar aku nak kenal kau orang semua yang ada dekat sini"

This gonna be fun!

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now