51. If I stay

2.8K 334 13
                                    

Bunyi deruan angin air cond memenuhi kereta sewaktu isi dalamnya senyap sepi ditemani dengan bunyi rintik hujan gerimis dari luar. Langit tidak gelap hanya mendung berawan tidak bermatahari ketika hujung minggu itu. Farzin ambil keputusan untuk bawa Hailey melawat kubur orang tua gadis tersebut. Pada awalnya dia tidak mahu memberitahu tujuan dan destinasi sebenar mereka. Khuatir Hailey tidak mahu pergi, namun sebagai seorang anak sekurang-kurangnya melawat ibubapa itu perlu. Jadi sampai ke sudahnya dia tak cakap apa-apa.

Farzin di seat belakang termenung memandang keluar tingkap kereta. Memerhati rintik air hujan yang jatuh menimpa permukaan itu sewaktu tangannya menepuk perlahan Hailey yang terlena di atas riba. Kesan dari pengambilan ubat penenang yang diberikan kepadanya sebelum mereka keluar rumah tadi.

Pemanduan selama dua jam untuk ke tapak pusara tamat setelah kereta yang dipandu oleh driver berhenti tepat di laluan masuk utama kawasan tersebut.

"Tuan muda...kita dah sampai."maklum driver di seat depan.

Farzin lemparkan pandangannya ke arah kawasan pusara dengan lama. Buat seketika dia hanya diam di situ sehingga buatkan driver sendiri keluar dari kereta. Setelah itu driver tersebut berdiri di tepi pintu kereta dengan payung di tangan.

Hailey terkutik, dia gerak mengiring menghadap perut Farzin setelah itu.

Bersama hela nafas panjang di lepaskan, Farzin tunduk mengusap pipi itu. "Hei...bangun..kita dah sampai."beritahunya.

"Hm?"Hailey buka mata namun tertutup semula.

"Kita dah sampai...jom bangun."ajak Farzin sambil usap rambut Panjang tu perlahan-lahan.

"Mana?"tanya Hailey sewaktu angkat kepala. "Kedai ular lagi?"tanya dia dengan teruja sambil bangunkan diri dari perbaringan.

Farzin mengetap gigi. Dia capai kot labuh yang berada di sisinya lalu disarungkan ke badan Hailey. "Ibu dan ayah kau tinggal." jawabnya dengan perlahan.

Mata bulat bangun tidur Hailey pandang kejung ke Farzin. "Rumah dia orang?Bukan ke dia orang dah mati?"tanya dia dengan bingung. Otaknya tak berfungsi dengan baik. Kepalanya pula sedang berdenyut sekarang ni.

Farzin berdengus kecil. "Bukan mati Hailey...meninggal dunia."hood jaket itu di naikkan atas kepala Hailey. "Gunakan perkataan tu lain kali okay. Bukan mati. Tak elok. Dah jom.."ajaknya sebelum sempat mengucup pipi tu dengan kasih.

Masih terpinga-pinga tidak faham Hailey ikut kan saja akan Farzin sehingga la mereka keluar dari kereta.

Driver tadi bukakan payung lalu diserahkan kepada Farzin.

Sambil memayungkan mereka berdua, Farzin capai tangan kanan Hailey lalu digenggam dengan erat dan disimpan dalam poket kot labuhnya dan mereka berdua mula melangkah masuk ke kawasan pusara pada petang itu.

Hailey mula merasakan bulu romanya meremang lepas nampak batu peringatan yang tersusun rapi dekat kawasan tu. Sekarang dia dah tahu!Dia tahu sebab dia pernah pergi tempat ni masa ibu dia mati. Dia ingat...doctor dan nurse yang temankan dia ke sini pada hari kejadian tu. Disebabkan benda tu dah lama terjadi, dia hampir lupakannya.

"Ihh..ini tempat orang matikan.."bisik Hailey yang bersandar rapat pada Farzin. Hatinya jadi takut.

Farzin hanya focus memandang ke depan. mencari lorong dimana pusara ibu kandung Hailey ditempatkan mengikut maklumat yang dia terima dari ayahnya. Tidak lama berjalan, dia tiba di satu lorong lalu belok masuk ke Lorong itu dan gerak mendekati enam batu peringatan pusara dari situ. Setelah tiba dimana batu peringatan dengan nama Haelina Lennox, Farzin lepaskan tangan Hailey lalu pimpin Hailey untuk berdiri tegak menghadap pusara itu.

Bila Hailey nampak akan batu pusara dengan huruf yang sudah pudar, dia kaku di situ.

Dia pernah kehilangan ibu. Jadi dia tahu macam mana sakitnya bila rasa kehilangan tu. "Hailey...ini kubur ibu kau...Haelina Lennox namanya."beritahunya dengan perlahan.

Hailey pandang kosong ke batu itu sebelum perlahan tunduk bercangkung di situ. Buat seketika dia hanya termenung mengenang sisa memori yang berada dalam ingatannya. Yang mana sangat sikit. Tak banyak. Sebab masa tu dia masih kecil. "Agaknya apa yang ibu aku fikirkan masa dia nekad nak bunuh diri ya?"tanya dia sebelum dongak memandang Farzin.

Farzin yang sedang memayung Hailey di situ tunduk memandang sayu ke wajah Hailey. "Mungkin dia fikirkan kau...dia fikirkan kenapa dia buat macam ni sedangkan dia ada kau yang perlukan dia sebagai ibunya." jawabnya dengan mendatar.

"Kalau macam tu kenapa dia tinggalkan aku?"tanya Hailey kembali memandang pusara ibunya. Tangannya mengusap permukaan batu itu tanpa sedar.

"Macam yang kau rasakan...alasan kenapa kau nak tinggalkan aku sedangkan kau tahu aku sayangkan kau dan mahukan kau bersama aku dekat sini selamanya.."jawab Farzin bersama air mata bergenangan di kelopak matanya.

Lepas dengar, Hailey bangun dari situ lalu berdiri menghadap Farzin. Dia tak terkata. Entah kenapa dia suka bila dengar Farzin cakap macam tu.

Farzin gerakkan matanya dari memandang pusara ke Hailey hingga buatkan air mata mengalir turun ke pipi kanannya.

"Kau nak aku stay dengan kau ke?"tanya Hailey yang perlahan-lahan merapat ke Farzin.

Farzin mengangguk kepala sambil tersenyum sedih. "Tapi aku tahu kau akan sakit kalau terus bersama dengan aku. "lafaznya dengan sebak. "Aku tak nak kau sakit...tapi lepaskan kau akan buat aku yang sakit.."luahnya dengan jujur. Dia tak kisah kalau Hailey faham atau tidak apa yang dia katakan ini.

Hailey tersenyum lebar lalu jengket kaki untuk memeluk leher Farzin. "Kalau macam tu aku stay. Aku tanggung sakit tu dengan kau dekat sisi aku.."ucapnya. Kalau Farzin sukakan dia dan takkan tinggalkan dia walaupun dia suka sakiti diri sendiri. Kenapa dia tak boleh nak bertolak ansur dengan Farzin. "Tapi janji dengan aku yang kau takkan tinggalkan aku melainkan aku yang tinggalkan kau.."

Sebak mendengar luahan itu, Farzin jatuhkan payung lalu peluk Hailey dengan seeratnya. Wajahnya di sembam ke ceruk leher Hailey. hanya tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya dia saat ini apabila Hailey sampaikan permintaan yang selama ni dia doa dalam diam supaya di tunaikan. Terima kasih sebab dengar permintaan dia selama ni!

"Nanti belikan aku koleksi ular yang cantik-cantik sekali tau.."minta Hailey dengan ceria sewaktu memeluk Farzin dengan erat. Kepalanya direhatkan ke bahu itu.

"Okay.."angguk Farzin dengan susah payah.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now