12. Culik

3.2K 350 8
                                    

Seperti biasa, lepas habis kelas pasti Hailey akan tunggu dekat tempat yang di arahkan sebelum di jemput balik dengan Farzin pada setiap petang itu. Jadi dia pun berdiri la dekat tepi jalan menghala pintu keluar akademi sambil mendengar lagu melalui ipod yang dia temui dalam bilik tidurnya. Memandangkan dia tak pernah dengar sebarang muzik sepanjang masa di rehab pemulihan, lagu yang didengarnya ini sungguh menarik dan mengujakan.

Sambil humming lagu yang didengarnya, dia tunduk bermain dengan semut yang jalan berarak merentasi laluan batu di bawah kasutnya.

Beberapa minit berlalu sewaktu sebuah kereta berhenti tepat di depan Hailey sebelum pintu terbuka dengan lekas dan seseorang keluar dari situ lalu mendukung Hailey masuk ke dalam tempat duduk dengan sekelip mata. Lalu kereta itu meluncur keluar dari kawasan akademi tersebut.

Di dalam kereta, Hailey sedang bergelut hendak lepaskan diri apabila lelaki di atasnya hempap dirinya dengan berat badan tu. Lepas dia menyedari siapakah yang berada di atasnya, baru la dia berhenti dari bergelut.

"Suntik dia cepat sebelum dia buat hal."arah Fabian dekat seat depan. Sedang memandu.

"Sabar la..."balas Ashton yang ada dekat atas badan Hailey dan bergelut nak keluarkan picagari yang mengandungi ubat pelali di dalamnya dari poket kotnya.

Mata Hailey berkedip bila lihat jarum tajam dari picagari tu mendekati lengannya.

"Hahaha...tunjuk bagus sangat..sekarang belajar elok-elok. Dengan siapa kau cari pasal."beritahu Dawson pulak di sebelah seat pemandu.

PUK!

Picagari itu di tikam ke lengan Hailey begitu saja dengan Ashton sebelum isi cecair itu di suntik ke dalam saluran badan tu.

Memandangkan Hailey tak boleh nak rasa sakit, dia hanya diam melihat ubat yang sebenarnya takkan bagi sebarang effect pada dia tanpa berkata apa-apa. Rasa nak ketawa pun ada. Memangnya dia orang cuba lakukan apa sebenarnya ni? Haih!

"Apa yang kau orang cuba buat?"tanya Hailey yang masih di hempap oleh Ashton dekat kerusi belakang tu.

"You dead bitch!"sengih Ashton semasa tunduk memandang Hailey.

"Kau nak bawak aku ke mana?"tanya Hailey lagi yang sikit pun tak terkesan. Elok la. Dia harap sangat mereka dapat bunuh dia betul-betul. Dia sendiri dah lama mintak mati selama ni. Tapi takdir tak izinkan dia.

"Well...kau tahu dalam akademi Kita orang ada satu tradisi lama kau tahu. Tradisi Hide and Seek kepada pelajar perempuan yang terpilih. Dan kau tahu siapa orang tu?"seloroh Fabian.

Hailey perasan lelaki syok bagus yang bagi warning dekat dia siang tadi tak ada sekali dalam kereta. Hanya ada mereka bertiga saja. "Aku?"jawabnya masih tidak bergerak di situ.

"Yes pretty face. Pandai pun. Dan kau tahu siapa yang kena sembunyi dan siapa yang kena cari?"tanya Dawson pula.

Mata Hailey termenung memandang siling kereta di atasnya sewaktu Ashton ikat kaki dan tangan dia. Hide and Seek?Dia selalu main game ni dengan staf dekat rehab pemulihannya. Masa mereka cari dia dan dia larikan diri dari terima rawatan. Cuba teka siapa yang menang? "Bunyi macam seronok?Apa yang aku dapat kalau aku menang?"tanya dia.

Ashton Tarik Hailey supaya bangun dan di sandarkan kepada seat. "Dah di dadahkan pun masih lagi larat nak bercakap eh?Kau tahu tak kau sekarang dalam bahaya?Takkan la sikit pun tak rasa takut?"selorohnya.

"Hahaha....apa yang kau merepekkan ni?Patutnya aku tanya soalan tu dekat kau orang...hahahaha"ketwa Hailey dengan hysteria. Dia orang tak tahu dengan siapa dia orang berurusan. Mengilai-ngilai ketawa tu dalam kereta tersebut.

"Hei!Ash...kau dadahkan dia tidak?"soal Dawson yang berada ngeri tiba-tiba masa dengar suara ketawa menyeramkan Hailey tu.

"Aku dah...double lagi tu.."ngadu Ashton yang ketakutan sendiri sebab duduk dekat sebelah Hailey.

"Tampar je muka tu...tahu la dia nak senyap.."cadang Fabian pula.

Ashton yang dengar terus menurut. Dia cekau kolar baju Hailey. "Diam!Berhenti ketawa!"arahnya.

Hailey masih ketawa kerana dia masih rasa lucu dengan semua ni. Dia hairan kenapa mereka nak cipta permainan tak guna ni. "AHAHAHAAHAAHA!!!!"ketawanya dengan galak di depan Ashton sebab reaksi takut Ashton.

"Tak guna!Aku kata senyap kan!"satu tamparan demi tamparan hinggap di pipi itu berkali-kali.

Habis sepanjang perjalanan itu bunyi tamparan saja yang kedengaran dari seat belakang kereta tersebut.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now