33. Muahahaha!!

2.9K 349 4
                                    

"Muahahahahah!!!!"ketawa besar kedengaran dekat Lorong sempit belakang bangunan akademi tu sewaktu Kareem dengan geng lelaki tu merokok dan menggunakan dadah sebagai kegiatan harian di akademi sekiranya malas hendak masuk ke kelas.

Seronok sangat mereka berborak mengenai topik entah apa-apa ekoran khayal dari kesan dadah yang di ambil sampai tak sedar yang sejak tadi ada yang memerhati dekat depan laluan masuk Lorong tu.

"Serius la?Kau tipu dia orang itu dadah terbaru sedangkan benda tu hanya ubat yang di campur aduk?"

"Ya...dah dia orang nak benda free kan...aku bagi la.."ujar Kareem.

"mesti dia orang tengah meroyan sekarang ni?"

"Mungkin sebab tu water sprinkle akademi memercik tengah hari tadi.."

"Ahahahahah!Kelakar betul la!Habis la kali ni dia orang mesti dalam masalah besar!"tambah Kareem lagi.

Telefon yang telah siap rakam akan perbualan mereka sejak tadi, Hailey turunkan telefonnya ke bawah lalu di seluk masuk ke dalam poket kot yang dipakai sebelum mula bertepuk tangan.

Clap!

Clap!

Clap!

Bunyi tepukan itu buatkan empat lelaki yang berdiri saling menghadap antara satu sama terkejut. Masing-masing dengan serentak tolehkan kepala ke arah punca bunyi tersebut. Bila mereka toleh, dengan mata terbutang luas, Kareem tolak dirinya dari sandar di dinding.

"Bravo!"ucap Hailey dengan bersemangat. Tapi dia tak dapat dekat. Hanya berdiri dekat situ sempat sekarang empat orang lelaki ni di bawah pengaruh dadah. Dia tak boleh nak lawan sebab you know...effect dadah pada manusia boleh jadikan manusia tu luar biasa okay?Dia tahu sebab dia sendiri pakai dadah untuk kawal Lucifer dalam badan dari keluar.

"Siapa kau!"tanya rakan Kareem.

"Aku?"Hailey pegang dada sendiri. "Serious?Kau orang tak tahu siapa aku?Huh?"tanya dia semasa pandang ke Kareem.

Sedar siapa yang ada di depannya, Kareem menyeringai bengis. Deraman keluar dari dalam halkumnya. "Kau Hailey Power!"sebutnya sambil lempar putung rokok yang dicampur dengan dadah tadi ke lantai,

"Omo!Ada yang tahu la. Oh my gosh!Tersentuhnya aku..Hahahaha."Hailey ketawa dengan riang.

"Kau tahu kau datang ke tempat yang salah?"tanya Kareem yang perlahan-lahan menghampiri Hailey. Dia teringat akan pertaruhannya dengan Rafael.

Bip!

Bip!

Bip!

Bip!

Masa itu la bunyi jam tangan Hailey berbunyi. Bukan terkejut malah dia tersenyum senang. "Iya ke?Mana ada...aku datang ke tempat yang sepatutnya."jawabnya sambil undur ke belakang.

Rakan segeng Kareem mengekori langkah dari belakang. Sama macam Kareem, mereka Tarik sengih menyeringai macam serigala kena virus zombie. Gigi kuning, mata merah, muka cengkung tak bermaya, kulit tak sihat seperti tak cukup nutrisi.

Bip!

Bip!

Bip!

Bip!

"You are so dead b*tch!"lafaz Kareem sewaktu mengeluarkan pisau lipat dari belakang poket seluarnya.

"Oh really...cuba la...tapi sebelum tu...kita buat bet okay..siapa menjerit dulu, dia kalah. Deal?"tanya Hailey dengan berani. Dia kena settlekan cepat sebelum Farzin jumpa dia dekat sini.

Kareem tak tunggu lama. Dia libas pisau tu ke Hailey hingga ia mengenai tepat ke leher tu.

SPLAT!

Darah terpancut keluar dari kesan belahan di leher tu lalu mengenai muka dan pakaian Kareem. Sampai buatkan rakan-rakan Kareem terkejut. Begitu juga Kareem sendiri. Dia tak jangka yang Hailey akan berdiri dekat situ tak elakkan diri. Dia ingatkan Hailey akan mengelak atau tidak. Tapi Hailey sikit pun tak beri sebarang reaksi.

Darah mengalir deras dari leher itu buat beberapa saat hingga membasahi kemeja putih di badan Hailey ketika itu. "Hahahahaha"ketawanya. "Percaya tak kalau aku cakap bukan sekali dua aku kelar leher sendiri?"tanya dia.

Kareem yang terlalu terkejut melihat sikap selamba Hailey yang malah sempat ketawa terbutang mata luas.

Sepantas kilat, Hailey rampas pisau dari tangan Kareem dan menikam tepat ke bahu kanan dan kiri lelaki itu sebelum gerak ke tiga orang lelaki a.k.a anak buah Kareem dan menikam tempat yang sama. Tak sampai 10 saat, empat orang di situ jatuh terduduk melutut di lantai tidak dapat gerakkan tangan masing-masing.

"Arghhh!Tolong!"rintih mereka berempat yang tak boleh nak angkat tangan sebab tikaman yang Hailey kenakan pada mereka betul-betul tepat pada saraf Utama motor tangan.

"Hahahahah!Macam mana?Okay tak?"Hailey tunduk bercangkung dekat tepi Kareem yang terbatuk darah keluar dari mulut.

"Si-siapa kau sebenarnya?Macam mana kau masih boleh hidup dengan kelaran aku?"tanya Kareem dengan susah payah.

Soalan itu buatkan Hailey sentap. Ya..dia pun tertanya-tanya. Kenapa Tuhan cipta dia macam ni sampai tak boleh nak mati!? "Aku pun sebenarnya tertanya-tanya. Apapun, masalah aku bukan isu kita sekarang. Tapi kau...mulai hari ni..jangan edarkan benda tak sihat pada Budak-Budak akademi okay. Aku harap kau siap sedia untuk duduk mereput dalam penjara lepas video ni aku sebarkan okay?"tanya dia sambil tepuk pipi tu.

Bip!

Bip!

Bip!

Bip~

Cahaya lampu di jam tangan Hailey lenyap setelah bunyi bip yang panjang itu mati. Dan masa itu la Hailey angkat kepalanya dari memandang empat orang di situ ke depan lorong. Yang asalnya tadi tempat dia berdiri tapi kini di ganti oleh lelaki yang mengenakan slack hitam, baju kemeja putih lengan panjang yang di lipat hingga ke siku pula.

"Hai.."sapa Hailey sambil kesat darah dari tepi mulutnya kerana terkena percikan tadi.

Farzin pandang bengang ke Hailey dengan tangan bersilang di dada. Kepalanya terlentok sedikit ke kanan. Judging Hailey dalam diam. Setelah itu dia pandang akan Kareem dan tiga lagi pelajar lelaki yang sudah cedera.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now