43. Hari Gotong Royong

2.8K 360 21
                                    

Seperti yang dirancang oleh Lazaro, pada hari Isninnya pihak akademi buat perhimpunan umum dan lakukan rutin seperti biasa. Lalu diakhiri dengan ucapan makluman mengenai event gotong royong ramai-ramai untuk cantikkan kawasan akademi yang selama ini pihak akademi yang terpaksa jaga dan baik pulih. Oleh kerana itu sepanjang minggu itu para pelajarnya tidak belajar malah di kerah menjadi buruh untuk akademi yang selama ini mereka mahu musnahkan.

Kini sebagai gantinya giliran para pelajarnya pula yang bertanggungjawab untuk baiki dan percantikan apa yang patut.

Disebabkan Kiran sudah beri amaran awal, tiada seorang pun yang terlepas atau tidak mengikuti aktiviti gotong royong yang diadakan sepanjang minggu itu.

Pada hari Selasa para pelajar di kerah untuk baiki pintu dan tingkap yang rosak atau pecah dek perbuatan samseng mereka. Lelaki mahupun perempuan semua libatkan diri. Satu hari itu mereka habiskan masa untuk baik pulih perabot.

Pada hari Rabu pula pelajar-pelajar di kerahkan untuk mengecat dinding yang penuh dengan contengan mencarut para pelajar termasuk la bilik air dan kawasan yang teruk keadaannya. Maka beramai-ramai la para pelajar termasuk la pendidik akademi sekali libatkan diri untuk aktiviti tersebut. Yang mana di sambut baik oleh para pelajar. Sebab aktiviti mengecat itu telah menjadi aktiviti untuk mereka curahkan idea dan kreativiti tersembunyi mereka.

Pada hari khamisnya mereka diberi tugasan akhir iaitu untuk berkebun. Para pelajar di bahagi kepada beberapa kumpulan untuk bercucuk tanam di sekitar kawasan akademi, dari depan laman sehingga la ke taman bunga akademi. Semuanya di penuhi dengan para pelajar bertoping dan bertuala di kepala. Kerja berat di lakukan oleh pelajar lelaki seperti mencangkul, bawa kereta sorong , angkut tanah, pasu dan sebagainya. Sementara pelajar perempuan yang lakukan kerja menanam dan mengubah tumbuhan yang ada di situ.

Di kawasan kebun, Hailey dan rakan-rakan sekelasnya telah di tugaskan untuk mengembur tanah dan menanam sayuran serta tumbuhan yang berguna di situ. Sedang rakan-rakan sekelas lain sibuk bekerja, Hailey sedang duduk bersila atas tanah meletakkan bijih benih ke dalam tanah hitam yang siap di gembur.

Masa dia nak dekati batas yang baru, mata dia ternampak sesuatu sedang menjalar di atas tanah. Hairan melihatnya dia pun dekati tanpa awas lantas mengutipnya dengan tangan.

Hebat!!Apa benda ni?Macam menarik je?

Oleh kerana ingin menunjuk dia berpaling, menghadap rakan-rakannya di situ. "Hei...guys!Tengok apa aku jumpa!"laung Hailey dengan bersemangat.

Beberapa orang rakan sekelas Hailey payungkan dahi mereka untuk hadang cahaya matahari yang menyilaukan pandangan mereka ketika itu.

"Apa bendanya?"tanya mereka.

"Tengok!"sengih Hailey sewaktu memegang seekor ular hijau atau di panggil sebagai ular tikus yang Panjang dan lidah terjelir-jelir keluar. "Ranting kayu ni bergerak la.."beritahu dia.

Menyedari apa yang di pegang oleh Hailey, mata mereka semua terbutang luas.

"What the f*ck!"

"Arghhh!!!!!"teriak pelajar perempuan di situ dengan hysteria. Mereka semua berpusu-pusu lari dari kawasan itu hendak menjauhkan diri.

Hailey buat muka terkejut. Tak faham kenapa kawan-kawan dia beri reaksi macam ni sekali?Memangnya kenapa?

Sementara pelajar lelaki berdiri dekat situ dengan muka dumbfounded.

"Itu bukan ranting...itu ular Hailey.." beritahu pelajar lelaki yang cuba dekati Hailey mahu dapatkan benda itu dari tangan Hailey.

"Hah?Ular?"tanya Hailey dengan kagum sebelum pandang akan ular itu. Dia ingatkan ranting bergerak tadi. Baru nak simpan. "Boleh aku bawak balik?"tanya dia dengan blur.

"JANGAN!!!"teriak semua di situ dengan serentak sambil hulur tangan tanda 'jangan' kepada Hailey.

Hailey tersengih lebar. Dia pandang silih ganti ke rakan-rakannya lalu ke ular di tangannya.

"Ahahahaha..kenapa?Kau orang jelous eh aku jumpa benda ni dulu?"ular di tangan Hailey mula naik membelit tangan Hailey tanpa dia sedar.

"Berikannya pada aku.." minta dua orang pelajar lelaki yang cuba dekati Hailey.

Eh!Mana boleh!Hailey jauhkan tangannya ke belakang agar tidak di rampas ular itu darinya.

"No!Aku jumpa dulu!"tegah Hailey yang mahu larikan diri dari di dekati.Tapi dia lari ke arah dimana rakan sekelasnya sedang berdiri. "Kalau nak cari sendiri sana.."

Jadi bila Hailey menghampiri kumpulan itu, habis bertempiaran lari mereka hendak jauhkan diri.

"Hailey jangan!"

"Arghhhh!Jangan dekat dengan aku!!"

"Jauh!Jauhkan diri kau dari aku!"

"Arghhh!Jangan lari dekat aku la!!"

"Tangkap dia!"

"Hahahahah....kejar la kalau boleh."

"Hailey!Stop!"

"Tak kira! Ular ni aku nak bawak balik!"

"Oh my god!Aku rasa aku nak pengsan!"

"Hailey itu bukan mainan la!"

"Hailey bagi ular tu sekarang!"

Riuh rendah suasana kawasan kebun tu dengan orang menjerit dan tempikkan dari pelajar lelaki yang tak takut. Mengarahkan Hailey itu dan ini tetapi tidak dihiraukan oleh Hailey.

Berkejaran mereka di situ mahukan Hailey lepaskan ular tersebut demi keselamatan dirinya dan jugak orang lain di situ.

"Hailey Power!!"pekik mereka yang mana di selangi dengan gelak ketawa Hailey yang riang hingga boleh di dengari dari dalam bangunan lagi.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now