32. Water Sprinkle

2.9K 353 7
                                    

"Arghhh!!!!"suara teriakan kedengaran dari kelas tu bila pelajar lelaki di situ mula bergaduh dan saling bertumbukan antara satu sama lain sampai berdarah dan Lebam di sana sini!

Pelajar perempuan yang ketakukan berlari keluar dari kelas untuk jauhkan diri sebab tak nak kena tempias pergaduhan.

Berdegam degum bunyi perabot kelas dia hancurkan oleh mereka semasa proses pergaduhan di situ berlaku. Mereka yang tak terlibat hanya saksikan kejadian tu. Buat pertama kalinya dalam masa dua minggu, ini la pergaduhan pertama yang berlaku di dalam kelas mereka terjadi sejak kali terakhir Berjaya di tenangkan oleh Hailey.

"Apa yang kau orang buat dekat luar ni?"tegur suara ceria tu tiba-tiba.

Terkejut dengan kemunculan Hailey di situ, semua orang berpaling dengan serentak dan membutang mata masing-masing sewaktu pandang.

"Hailey!Tolong!Mereka bergaduh lagi!"beritahu pelajar perempuan yang beriak risau.

Kening Hailey terangkat. Niatnya nak bertanya, tapi tak sempat apabila sebuah kerusi melayah keluar dari tingkap yang tidak berkaca itu lalu mengenai tepat ke Hailey hingga tercampak badan tu ke tepi.

"Arghhh!!!!"menjerit kengerian mereka semua apabila saksikan kejadian tersebut di depan mata mereka.

"Hailey!"

"Ya tuhan!"

"Panggil sir!Eh tak panggil polis!!!"

Kelam kabut mereka semua di situ dengan lekas.

Namun tidak Hailey, dia dengan bersahaja bangun dari situ dan angkat kerusi tersebut Bersama semasa berdiri. Tidak menyedari yang tepi muka sebelah kanannya kebiruan dan darah keluar dari lubang hidung, dia pandang ke dalam kelas. Melihat enam orang pelajar lelaki saling bergelut dan sakitkan diri masing-masing.

"Omo!Hailey!Kau okay!Kau berdarah!"perasan akan pelajar yang ada di sekitar Hailey ketika itu.

"Kenapa dengan dia orang?"tanya Hailey yang tak peduli akan keadaannya sebab tak lama kemudian lebam di mukannya itu beransur hilang dan kesan biru lenyap beberapa saat kemudian. Hanya sisa darah saja yang masih di bawah hidungnya.

Kagum dengan apa yang mereka saksikan kebanyakan yang ada di situ melongo lihat akan Hailey.

"Di-dia orang...dia orang akan buat hal kalau dia orang pakai 'benda' tu."jawab pelajar lelaki pula.

Hailey jungkit kening. "Hah?Benda?Amenda tu?"tanya dia yang tak faham akan istilah tersebut.

"Alah...kau tahu..benda tu..."

"Amendanya tu?"tanya Hailey lagi. "Sebut je la.."

"Dadah."tambah seorang pelajar lelaki yang sandar dekat dinding dengan tangan bersilang sewaktu pandang ke Hailey.

Serta merta kepala Hailey berpaling. Dia pandang akan pelajar lelaki yang pernah dia sembur dengan alat pemadam api hari tu. "Dadah?Sini?Akademi ni?Woah!Advance gila Budak-Budak sekarang eh...aku ingat aku je yang pakai dadah..hahaha..."

Mereka semua pandang pelik. Taken back dengan komen yang di lontarkan oleh Hailey. Makin di perhatikan makin pelik Hailey dipandangan mata mereka!Agaknya Hailey ni asal mana ya?Alien mungkin yang sesat dekat bumi manusia ni?

Kalau hari tu dia guna pemadam api, kali dia dia gunakan api pulak. "Siapa ada lighter?"tanya Hailey kerling ke sekeliling rakan sekelasnya, "Kau orang tak merokok ke?"tanya dia lagi sewaktu lirik akan wajah mereka di situ.

Lantas seorang pelajar perempuan muncul dari celah mereka di situ dan dekati Hailey. Dia kemudiannya serahkan lighter warna merah padanya.

"Ohh!"Hailey tersentak lepas benda itu muncul di depan matanya. "Thank you.."ucapnya sambil pegang lighter tu dan pandang muka pelajar perempuan di depannya. Lalu dia dongak ke siling. Sprinkle water kecemasan ada tepat di atasnya ketika itu.

Heh!

"Boleh aku tahu, dekat akademi ni selain Kiran, siapa je yang supply dadah dekat student akademi ni?"tanya Hailey sewaktu pandang akan pelajar lelaki yang ada di sekitarnya. Nak cari seseorang yang tinggi beberapa meter dari dia.

Seorang pelajar perempuan berambut toncang dengan muka innocent bersuara. "Kiran tak supply dadah dekat student dalam akademi. Dia supply orang luar dan jadikan Budak akademi sebagai distributer je. Kiran tu jahat memang jahat tapi tak ada la sampai nak rosakkan orang sangat. Lain la Maddeath..kalau Gisle adala ratu buli, dia orang la raja hantu dekat sini.."

Hailey pandang akan pelajar perempuan bertoncang tu. Wah!No wonder la kenapa kelas ni paling bermasalah dan tak dibenarkan untuk di sentuh. Sebab dia orang adalah infomer rupanya. "Maddeath?"tanya dia sambil tarik pelajar lelaki yang sandar dekat dinding tadi dekat padanya. "Siapa tu?Orang ke?"lantas dia paksa pelajar lelaki tu tunduk ke bawah untuk dia panjat badan tu.

"Tak adalah..itu adalah gelaran yang kita orang Budak akademi berikan kepada Rafael, ketua kumpulan, Jude orang kanan, dan Kareem si penagih. Kumpulan yang supplier dadah pada student akademi ni.."

Pelajar lelaki yang tadi tak faham apa yang Hailey nak buat hanya turutkan sahaja sehingga la Hailey panjat atas bahunya yang mana buatkan dia terkejut tapi sempat pegang kedua-dua kaki tu secara instinct nak elak Hailey dari terjatuh.

"Oh ya ke..."angguk Hailey sambil isyaratkan pelajar lelaki tu supaya bangun.

Semua di situ perhatikan dengan minat akan Hailey yang sejak tadi sepertinya mahu lakukan sesuatu. Tapi tak berani nak bertanya.

"Okay everyone...ready to party?"tanya Hailey semasa nyalakan lighter tadi lalu di halakan ke sprinkle water di atas kepalanya ketika itu.

"Apa yang-"

Bahang dari api lighter tersebut mengenai sprinkle water kecemasan untuk kebakaran itu lalu tak sampai sesaat seluruh kawasan dalam bangunan itu di pancur dengan air dari sprinkle water yang ada. Termasuk la di dalam kelas dimana pelajar-pelajar lelaki sedang bergaduh.

"Aarghh!!!!"teriak semua penghuni akademi apabila setiap kelas, setiap bangunan setiap pelosok yang ada terkena akan percikan air.

Apabila air sejuk itu mula membasahi badan mereka yang sedang bergaduh di situ, seorang demi seorang mula mengalah dan jatuh terduduk dekat situ kerana kepenatan dan sedar dari pengaruh akan ubat-ubatan yang mereka ambil.

"Hahahaha...wohoooo!"sorak Hailey yang masih berada di atas bahu pelajar lelaki tu. Tapi sekejap je. lepas tu senyumannya jatuh dari bibir. Renungan tajam terarah pada rakan-rakan sekelasnya yang Berjaya dia tenangkan. Susah payah dia jinakkan rakan sekelasnya, boleh pulak tiga suneo tu rosakkannya?

Memang nak kena betul!

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now