42. Family Outing

3K 345 11
                                    

Hailey menekan malas remote tv. Sudah berkali-kali punat kecil itu di tekan namun tetap juga tiada cerita yang menarik. Asyik-asyik benda yang sama saja yang ditayangkan. Membosankan. Akhirnya, punat merah di tekan. Seketika skrin tv yang tadinya berwarna warni menjadi gelap gelita.

Keluhan panjangdi lepaskan ke udara. Dia merebahkan diri ke sofa buatan Itali milik kediaman Lazaro. Tangannya di silangkan di belakang kepala. Matanya melekap ke arah kipas antic berwarna coklat yang ada di siling atasnya. Hujung kakinya di goyang-goyangkan.

Sekali lagi dia mengeluh. Semakin hari dirasakan rumah ini semakin membosankan. Hujung minggu kut. Tapi terperap saja di rumah. Naik tepu otaknya dibuatnya. Nak kata dia tak mengeliling, hampir setiap ruang yang ada sudah di kunjungi. Jadi dia sudah kebosanan kerana tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan dalam rumah Lazaro.

Tiba-tiba seseorang muncul dari sisi sofa lalu gerak baring menghempap di atas badannya di sofa itu. Farzin yang masih dengan pakaian tidur itu baring menghempap Hailey di situ dengan kepala berada di atas dada sementara tangannya memeluk sekeliling pinggang tu lalu kembali memejam mata.

"Awalnya kau bangun.."tanya Farzin dengan suara bangun tidurnya.

Hailey tak jawab. Dia hanya memandang siling di atasnya.

Farzin melepaskan hela panjang lalu diam dekat situ kerana masih lesu dari mamainya. Niat dia nak cuddle Hailey dalam bilik tidur gadis ni, tapi dia tengok orangnya tiada. Dia check guna jam tangan sekali tu dapat tahu Hailey ada di ruang tamu tingkat bawah itu dia kesini. Datang nak peluk.

"Aku bosan."beritahu Hailey. Dia pantang duduk diam macam ni. Yalah masa dekat rehab pemulihan, dia selalu duduk dalam dan terpenjara. Bila dah keluar, takkan la dia nak duduk dalam rumah jugak. Better dia duduk dalam rehab je.

"Hmm."ngeluh Farzin sambil bawa kakinya naik menghempap kaki Hailey pula. Mukanya di sorokkan ke ceruk leher Hailey.

"Aku serius ni. Kalau kau tak bawak aku keluar, aku kerat-kerat badan aku sekarang."ugut Hailey dengan nada termenungnya.

Tersentak terus kepala Farzin. Dia angkat mukanya dari leher Hailey untuk pandang ke muka Hailey. "Apa kau cakap?"tanya dia.

Mata Hailey menjeling ke Farzin. "Aku nak keluar..bawak aku keluar. Dari sini..bukan hutan bukan laman rumah. Do something yang menyeronokkan ke apa ke?"

Buat seketika Farzin diam pandang muka Hailey lalu tersenyum. "Janji dengan aku kalau aku ajak kau keluar, kau takkan sakitkan diri sendiri.."tangannya dalam diam mengusap lembut tepi rusuk Hailey mahu menenangkan diri Hailey yang mungkin sedang terganggu.

"Depends...so kau nak ajak aku keluar tak ni?"tanya Hailey.

Farzin kembali meletakkan kepalanya ke dada Hailey dan pejamkan mata. "10 minit. Kemudian kita keluar."ajunya sambil mengeratkan pelukannya kesekeliling badan tu.

Hailey buat muka tapi tak membantah. Mereka berdua baring dekat atas sofa itu untuk seketika. Hingga buatkan mereka berdua terlelap semula untuk beberapa jam.




Seperti yang dijanjikan, Hailey keluar Bersama dengan Lazaro dan Farzin seperti sebuah keluarga untuk luangkan masa Bersama mengambil angin dengan lawat ke beberapa tempat. Lazaro yang drive dan bayar untuk semua perbelanjaan itu.

Dari melawat taman tasik ke festival funfair mereka kemudiannya berhenti di sebuah diner untuk makan tengah hari. Seusai makan dan berborak seketika kemudian mereka sambung semula aktiviti seterusnya iaitu untuk beli barang di shopping mall.

Dari satu premis ke satu premis di lawat mereka mencari apa yang di perlukan dan membeli apa saja yang berkenan di pandangan mata mereka.

Hailey sepanjang masa itu benar-benar enjoy dan seperti anak kecil yang baru di dedahkan dengan perkara ganjil, dia tanpa henti tanya itu dan ini pada Farzin dan Lazaro mengenai perkara dan objek yang dia lihat sepanjang masa itu.

Dan dengan sabar dan tenang, kedua-dua orang itu melayani celoteh Hailey tanpa sikit pun keluhan.

Lazaro yang tak lepaskan peluang ambil momen penting itu dengan kamera yang di bawanya Bersama. Apa saja yang mereka lakukan dia ambil gambar, dari melawat funfair, berada di taman, pakai pakaian pelik dan mascot, makan makanan sedap, Farzin sakat Hailey dengan aiskrim di comotkan pada mukanya dan banyak lagi.

Dan akhirnya sampai la malam berlabuh, baru la mereka bergerak pulang ke rumah. jam di dashboard sudah masuk 10 malam ketika itu.

Lazaro di seat depan focus memandu.

Sementara Farzin dekat seat belakang termenung memandang keluar tingkap.

Hailey yang sudah terlena baring dengan lena atas riba Farzin. Muka yang terpalit dengan pelekat love dan cekak rambut telinga kucing masih terpasang di kepalanya.

"Kamu okay Farzin?"tanya Lazaro tak lama kemudian.

Farzin hanya diam termenung memandang keluar tingkap kereta melihat tiang lampu yang satu persatu dilepasi oleh kereta yang mereka naiki itu.

"Ayah perasan kamu satu hari ni tak enjoy macam Hailey...tak seronok ke?"tanya Lazaro lagi cuba berbual dengan anak lelakinya itu.

Masa itu la Farzin gerak tunduk memandang Hailey di ribanya ketika itu. tangan dia hinggap atas kepala tu. "Macam mana Farzin nak enjoy kalau Farzin tahu apa yang Farzin buat takkan dapat buat Hailey give up dari nekad untuk pergi dari dunia ni"beritahunya dengan perlahan.

Cengkaman pada stereng mengerat apabila Lazaro dengar pengakuan itu. Dia kedipkan mata beberapa kali untuk kekal focus dalam pemanduannya.

"Hailey kata...hanya kematian saja dapat hapuskan kesengsaraan yang dia tanggung. Pentingkan diri sangat ke kalau Farzin halang dia...sedangkan dia akan terus menderita sekiranya terus hidup dekat dunia ni?"tanya Farzin dengan lirih dan sakit di dadanya.

"Kita ada masa lagi Farzin...jangan putus asa."Lazaro dekat depan mengetap gigi dan teruskan pemanduannya ke arah rumah dengan selamat setelah itu.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now