50. Rahsia Demi Kebaikan.

2.7K 348 18
                                    

Mereka bertiga pandang dari jauh akan Kiran yang banyak mendiamkan diri sejak berita kematian ketua mafia yang amat di geruni dalam bandar ini. Dan juga ayah kepada Kiran sendiri. Semenjak sibuk menguruskan urusan bisnes dan organisasi Kiran kerap tak datang ke akademi. Kalau datang ;un Kiran hanya buat kerja sendiri dan tak banyak berbual dengan mereka walaupun duduk lepak Bersama.

"Kau dah tanya ke dia okay tak?"tanya Dawson.

Fabian menjungkit bahu. "Tak, Dia tak nak cakap apa-apa."

"Asal dengan dia?Sejak dia jumpa Farzin sejak tu dia tak nak bercakap banyak. Frust je muka tu." tanya Ashton pula.

Ketika tiga bersahabat itu berborak sesame mereka, muncul Hailey di belakang mereka dengan sengih jahat meleretnya. Kedua-dua tangan sedia hendak menyergah tiga orang tu.

"Kau pergi la tanya dia."arah Fabian kepada Ashton.

"Asal aku pulak??"balas Ashton.

"Kau kan rapat dengan dia."ujar Dawson pulak.

Pada masa Ashton hendak berkata, masa itu la jugak la Hailey pegang bahu Dawson dan Fabian.

"WARGHH!"

"Arghh!!"teriak mereka bertiga dengan kaki berlari setempat dan badan bergetar seperti direnjat.

"Hahahaha!"ketawa Hailey setelah itu.

Dengan muka berkerut susah hati mereka masing-masing menoleh lantas ternampak Hailey sedang tunduk memegang perut ketawa sementara Farzin berdiri dekat situ memandang mereka dengan muka tiada perasaan. Dingin dan kosong.

"Ha-ha-ha. So funny."getus Fabian dengan jengkel.

"Kau dah kenapa!Senak dada aku tahu tak!"keluh Dawson sambil gosok dadanya sendiri sebab terkejut.

Hailey tersenyum lebar. "Sorry..."ucapnya setelah itu. "Mana Kiran?"tanya dia lepas perasan hanya mereka bertiga saja di meja ini.

"Tu.."juih Ashton ke meja yang tidak jauh dari tempat mereka lepak.

Hailey pun gerak memandang ke arah yang di maksudkan. Dia pandang lelaki yang duduk sendirian bermain dengan telefon itu Bersama kening terangkat tinggi. Lantas dia pandang ke Farzin. Nak mintak izin ke sana.

"Far-"

"Pergi la...ajak dia duduk dengan dia orang dekat sini.."arah Farzin semasa ambil tempat di sebelah Fabian atas bangku itu.

Tanpa berlengah Hailey gerak ke meja itu dengan langkah yang riang. Setelah Hailey menjauh, Dawson pandang ke Farzin yang hendak makan.

"Apa yang dah berlaku?Kau orang berebutkan Hailey ke?Kau menang dan Kiran kalah sebab tu dia macam tu?"tanya Dawson kepada Farzin.

Fabian palingkan kepala. Memandang penuh ingin tahu.

Farzin capai sandwich dari dulang makanannya lalu pandang ke arah dimana Hailey sedang duduk di sebelah Kiran. Dia yang sedia muram semakin muram bila mengenangkan nasib Hailey yang langsung tak sempat nak tengok ayah kandung sendiri dan takkan dapat tahu mengenai orang tua itu sampai bila-bila. Demi kebaikan Hailey, lebih baik hal ni dirahsikan dari Hailey.

"Kenapa kau orang tak tanya Kiran sendiri?"tanya Farzin pula sebelum dia gigit sandwichnya lalu di kunyah tidak berselera.

"Kalau dia bercakap dengan kita orang tak adanya kita orang tanya kau.."getus Ashton dengan nada menyampah.

Farzin Tarik sengih meleret. "Itu bermaksud dia tak nak kau orang tahu. Terima je. Jangan di paksa kalua orang tak nak beritahu. Kau orang kan kawan dia...patutnya kau orang lebih fahamkan dia dari aku orang luar.."sambungnya.

Fabian lepaskan keluhan Panjang.

Sementara Ashton dan Dawson tundukkan kepala memandang makanan mereka.

"Hei...cheer up!Kita dah nak habis belajar pun. Tak ada gunanya kekal bersedih. Berusaha la sebaik mungkin even kau orang tak ada cita-cita yang nak dikejar selain jadi samseng. Sekurang-kurangnya cuba la cipta sejarah dekat akademi ni.."beritahu Farzin memberi semangat kepada mereka.

Dan ketika itu Hailey sudahpun muncul Bersama dengan Kiran dekat sisi. Dia dekati bangku kosong sebelah Ashton lalu paksa Kiran duduk di sisi. "Hei..guys..tengok siapa yang aku bawak.." beritahunya sambil tu.

Farzin tersenyum nipis semasa Hailey menepuk belakang badan Kiran.

"Hah!Dah puas merajuknya?"sakat Fabian kepada Kiran yang sepertinya malu-malu hendak memandang mereka di situ.

"Hahahah...apa la. Kata ketua mafia..takkan la merajuk..nak jugak dipujuk?"sakat Ashton pula di sisi.

Kiran yang dengar hanya berdengus kecil. Dia pandang ke Farzin dengan renungan sugul. "Mana ada. Siapa cakap aku merajuk.." katanya sewaktu menyiku tepi lengan Ashton.

Hailey tersentak lepas menyedari sesuatu sewaktu perhatikan mereka berborak tadi.

"Eh...kau orang nak tahu sesuatu tak?" tanya Hailey dengan bersemangat. Dia tak pandang Farzin sebab Farzin dah memang tahu dari awal lagi.

Farzin hanya menggeleng kepala tak percaya. "Kau bawak benda tu sekali ke akademi Hailey?" tanya dia sambil gigit sandwich.

Hailey pandang terkejut ke Farzin mendengar soalan itu. "Of course. Gila tak. Nanti hilang macam mana?" kata dia.

"Apa bendanya?"tanya Fabian yang ingin tahu.

Dawson dah jengah kepala dari tepi Fabian. "Emas ke?"

"Hari tu kan...aku dengan Farzin keluar sama...kita orang lawat satu kedai ni..serius aku beritahu kau kedai tu awesome gila! Sumpah aku tak tipu!?" beritahunya sambil tunduk hendak memandang poket kotnya. Dia simpan kesayangannya dalam tu sebab poketnya besar dan hangat.

Farzin gerak ke tepi nak jauhkan sikit dari Fabian, Takut nanti dia yang kena tempias mereka.

"Apa dia yang kau beli dekat situ?" tanya Ashton pula.

"Hihi...Tadaaa!!!!!"Hailey keluarkan satu gumpalan objek warna merah putih yang atas tapak tangannya. "Kingsnake...my baby.."laungnya dengan bersemangat.

Seakan tercekik biji cempedak dalam tekak semua yang ada di meja itu pandang terkejut dan mula anjak menjauhkan diri. Ashton dah tergolek ke belakang sebab kalut sangat. Fabian yang mahu membuka plastic chip kentangnya terburaikan plastic itu dan menerbangkan semua serpihan kepingan kerepek kentang di sekitar meja itu. Dawson sudahpun berdiri dua meter jauhnya dari meja itu hingga melanggar seseorang. Sementara Kiran yang kelihatan hendak hamun bersuara.

"Ini yang kau kata nak tunjuk aku? Hailey!"

"Kenapa?Comelkan dia? Tengok?" tunjuk Hailey ke depan Kiran.

Kelam kabut tidak mahu mendekati benda menakutkan itu, Kiran cepat-cepat bangun dari situ.

Farzin hanya buat muka. Dia tak tahu nak cakap apa. Biasanya orang perempuan akan mintak something macam baju cantik, kasut mahal, barang kemas atau sesuatu yang boleh di treasure kan. Ini tidak, Hailey malah mintaknya ular. Hari tu la..masa dia tengah duduk lepak dengan Hailey scroll something dekat ipad, Hailey yang kebetulan sedang bersandar pada dadanya nampak imej ular. Dari situ Hailey tak habis-habis mintak nak menatang ni. Mahu tak mahu Lazaro turutkan. Yang jadi mangsanya Farzin la. Dia yang kena jaga sangkar bagi makan semua tu. Hailey tahunya apa, main je la kerjanya. Benda lain mana fikir dah.

"Jauhkan benda alah tu dari aku Hailey!" marah Kiran.

"La...dah kenapa pulak?Nama dia bukan benda alah..nama dia Baby...okay? Ingat tu. Baby...Farzin okay je..dia siap kiss lagi tu..." beritahu Hailey yang mahu tunjuk akan benda ajaib lagikan cantik ni pada Kiran.

"No!"tegas Kiran.

Hailey tidak mengalah. Dia mahu gerak mendekati Kiran sampai buatkan mereka lari sekeliling meja makan di dewan makan tempat mereka lepak di situ. "Tengok la..dia tak gigit."

"Hailey!Stop!"

Farzin yang lihat hanya biarkan saja akan Hailey dan sibuk mengisi perutnya untuk kelas seterusnya nanti.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now