16. Janji yang sebenar.

3.2K 344 8
                                    

Pintu bilik itu di tolak dengan kasar sewaktu Lazaro bergegas masuk ke dalam hendak lihat dan pastikan apa yang dia dengar tidak benar. Lalu dia ternampak akan badan yang terbaring di atas katil tidak sedarkan diri dengan tiub IV tergantung dekat tepi katil.

"Apa yang dah berlaku?"tanya Lazaro yang gerak ke katil lalu duduk di birai sebelah kiri katil Hailey sedang baring.

Farzin pandang dingin ke Lazaro lalu silangkan tangan ke dada. "F4 culik Hailey...mereka bawak dia ke hutan untuk jalankan tradisi tak guna mereka tu."beritahunya lepas dapat kesan keberadaan Hailey tadi di hutan tempat biasa Kiran dengan kawan lelaki tu lakukan aktiviti tak guna.

Kepala Lazaro berpaling ke Farzin. Dia pandang dengan renungan mencerunnya. "Mereka yang buat begini pada Hailey?"tak mungkin Hailey boleh kalah pada mereka berempat.

Farzin menggeleng kepala.

Lepas dia dapat maklumat dari Team Pembersihan dia, mereka beritahu tiga daripada mereka tidak sedarkan diri dan cedera. Dan seorang lagi terperangkap dalam jaring. Itu bermakna, Hailey Berjaya atasi mereka. "Doktor beritahu yang tekanan darah Hailey rendah dan dia alami dehydration sebab tak consume apa-apa dalam badan sebab itu dia tak sedarkan diri, soal mereka berempat...Hailey berjaya tumpaskan."katanya.

Lazaro buat muka letih sewaktu berpaling memandang Farzin.

"Kiran tak apa-apa?"tanya Lazaro yang teringat akan anak mafia tu. Tak pasal-pasal nanti anak itu bawa geng mafia milik ayahnya dan susahkan akademi ni nanti. Sudah la masalah yang ada tak selesai-selesai lagi. Jangan di tambahkan.

"Dia kena tikam..tapi keadaannya stabil."jawab Farzin lagi.

Empat orang itu kan...haih!Penaing kepala dia fikirkannya. Elok jugak kalau Hailey handle mereka awal-awal. Lazaro menggeleng kepala kesal.

"Susah betul la mereka berempat tu...elok jugak kalau Hailey kerjakan mereka tu."gerutu Lazaro yang kemudiannya palingkan kepala untuk pandang Hailey. Mata yang terpejam itu di tatap dengan perasaan serba salah. "Kamu telah lakukan tugas kamu dengan baik selama beberapa minggu ni Farzin. Ayah harap kamu dapat teruskannya sehingga masalah akademi kita dapat di selesaikan."arahnya dengan mendatar.

Bersama renungan terkilan, Farzin pandang belakang kepala ayahnya. "Baik ayah."sambut dia dengan patuh. Dia cuba nak beritahu ayah dia supaya hentikan idea tak masuk akal dengan libatkan Hailey dalam masalah mereka. Tapi entah kenapa mulutnya berat sungguh hendak bersuara.

Serius!Dia rasa serba salah bila tengok Hailey sakit sebab nak tolong keluarga dia. Sedangkan Hailey tak ada kaitan langsung dengan mereka. Tapi kenapa Hailey yang kena menderita?Takkan la hanya kerana janji ayah dia kepada Hailey, Hailey sanggup lakukan semua ni. Sepatutnya Hailey duduk saja dia rehab pemulihan tu untuk sembuhkan diri sendiri. Bukan seksa diri sendiri dekat dunia luar ni!

Dalam diam Farzin kepal penumbuk dan ketap gigi menahan sabar.

"Adakah janji ayah hanya untuk temukan Hailey dengan ahli keluarganya saja?"tanya Farzin selepas dia kumpulkan semangat untuk kuatkan diri bersuara.

Lazaro yang sedang memandang wajah Hailey kerlingkan mata ke kanan tapi tidak berpaling. "Kenapa kamu tanya begitu?"

"Apa janji ayah yang sebenar-benarnya sampai Hailey sanggup letakkan diri dia dalam situasi berbahaya ni demi bantu akademi kita?"tanya Farzin lagi. Dia tak faham..sebab tu dia tanya.

Mata Lazaro pandang ke bawah setelah itu, dia pandang tangan kurus yang di tusuk dengan jarum IV Hailey bersama wajah serba salahnya. Mesti Farzin akan marah pada dia sekiranya dia beritahu hal sebenar. "Ayah janji akan 'bebaskan' dia."luahnya dengan suara kecil.

Kening Farzin berkerut tak faham. "Apa maksud ayah 'bebaskan' dia?Dari apa?"

"Dari kehidupan ni...dia sering bunuh diri kerana dia nak mati dan telah putus asa dengan hidup ni. Untuk itu ayah akan tunaikan permintaan dia. Iaitu cari cara untuk benarkan dia mati. Dan tamatkan kesengesaraan dia."jelas Lazaro.

"Apa!?"tanya Farzin dengan tergamam. Mati?Syaratnya mati?!What the heck!

"Sebab itu ayah minta kamu jadi teman dia. Berharap kamu boleh ubah fikiran Hailey supaya mahu teruskan hidup ni...mungkin pelik bila ayah cakap macam ni, tapi ayah nak bantu Hailey macam mana ibu kamu bantu kamu..."luah Lazaro lagi.

Tak tahu nak cakap apa, Farzin hanya mendiamkan diri. Kepala dia kosong bila sedar yang Hailey hanya jalankan misi bunuh diri untuk keluarganya. Sebab lepas tugas Hailey selesai, bayaran untuk usaha kerasnya ialah kematian!Dan sekarang dia hanya biarkan semua ni berlaku.

Selepas beberapa minit Lazaro luangkan masa dekat dalam bilik tidur Hailey, lelaki itu keluar untuk beransur ke bilik sendiri. Meninggalkan Farzin sendirian dekat situ untuk temani Hailey. Mana tahu Hailey sedarkan diri dan nak apa-apa.

Untuk luangkan masa yang ada, sementara itu, Farzin capai apa saja buku yang ada dekat dalam bilik itu lalu duduk melunjur sambil sandar dengan bantal di atas katil bersebelahan dengan Hailey. Dari satu muka surat ke satu muka surat dia telaah sampai la matanya ikut berat nak tertutup.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now