17. Morning Partner

3.3K 366 30
                                    

Cackoo!

Cackoo!

Cackoo!

Bunyi alarm dari jam antik di atas dinding menghadap katil berbunyi apabila jarum pendek berhenti tepat di nombor 7 dan jarum panjang di nombor 12 bersama dengan burung belatuk keluar dari peti jam tersebut.

Hailey yang tidur dengan mulut ternganga dan tangan kiri berada di atas kepala terjaga. Bila bunyi itu bertandang je, dia terus tersentak kerananya.Terpisat-pisat kerana terganggu dengan bunyi bising itu dia berkerut kening sebelum tutup mulut dan menggaru bawah leher sebab kejengkelan.

"Hish..memekak betul la.."sungut Hailey hendak angkat tangan kanannya. Namun tidak dapat berbuat begitu bila dia perasan ada sesuatu yang berat memegang tangannya waktu itu. Hailey pun buka mata nak tengok apa sebab tangannya tak boleh di angkat.

Cackoo!

Cackoo!

Tanpa henti bunyi itu kedengaran sewaktu Hailey terkejut menengok lelaki yang tidur di sebelahnya sambil cengkam celah jari jemari dia dengan erat.

"Apa hal ni?"matanya yang terasa kesat di gosok dengan jari. "Aku mimpi ke?"tanya Hailey dengan sendiri taktala menyedari Farzin sedang terlena di sebelahnya.

Ikut terganggu dengan bunyi itu, Farzin turut terkutik dari lenanya lantas membuka mata dengan susah payah sebab bilik tu terang dengan cahaya matahari.

Hailey ketawa kecil bila terusik dengan muka bangun tidur Farzin. Apa yang abang handsome ni buat dekat sini?

Farzin ngiring ke kiri, menghadap Hailey tanpa sedar sewaktu mahu sambung tidur. Sekali bila dia bawa tangan Hailey yang digenggam ke bawah mukanya dia ternampak Hailey turut mengiring menghadap dia.

Bertentang mata la mereka berdua buat seketika.

Hailey dengan senyuman di bibir.

Farzin dengan renungan redupnya.

Senyap yang selesa dan tidak kekok kedua-duanya diam tak cakap apa-apa kecuali membalas renungan ke antara satu sama lain.

"Hei..."sapa Farzin terlebih dahulu dengan suara dalam bangun tidurnya.

"Woah...real la..ingatkan mimpi tadi." ujar Hailey dengan gembira. Dia ingatkan dia tengah mimpi indah ke apa tadi. Siapa sangka dia ditemani abang handsome di sebelahnya ini.

"Kau merepek apa?"tanya Farzin dengan malas.

Hailey ketawa kecil."Maksud aku, apa kau buat dekat sini?Kau tidur dekat sini sekali ke?" tanya Hailey dengan teruja.

Farzin diam meneliti wajah Hailey. Fikirannya terus terarah pada perbualan dengan ayah dia malam tadi. Sepanjang malam dia fikirkan hal ni. Dia tak sanggup biarkan Hailey berterusan begini. Dia nak tolong Hailey sembuh semula sebagai balasan kerana bantu ayah dia pulihkan akademi semula. Lagipun dia takkan rugi apa-apa kalau bantu Hailey.

Perasan dirinya hanya di tatap oleh Farzin, Hailey larikan jari-jemari sepanjang muka Farzin dengan senyuman di bibir. Dari dahi turun ke mulut. Nak sedarkan lelaki ni dari termenung.

Jari jemari itu buatkan Farzin pejam mata sekejap lalu kembali memandang Hailey. Dia masih tak dapat nak terima kenyataan yang Hailey mintak balasan kematian sebagai bayaran untuk tugas ni.

"Kau dah okay?"tanya Farzin setelah itu, matanya melirik pada pipi yang terkelar yang kini sudah sembuh kepada keadaan asal.

"Of course."angguk Hailey. "Tapi...apa yang dah berlaku?Kenapa kau ada dekat sini? Kiran hidup? Ada banyak benda terjadi dalam hutan tu. Fabian tikam Kiran masa selamat kan Ashton. Dawson pengsan lepas aku taser dia. Kau dah bersihkan tempat tu ke?Apa kata Lazaro?Orang tua tu marah ke?"tanya dia seperti biasa. Laju dan hanya dengan satu nafas.

Farzin mengangguk kepala dengan perlahan.

"Dia orang okay. Kita akan tahu apa yang akan terjadi lepas masuk akademi isnin nanti." jawabnya.

Hailey tarik muncung tak puas hati."Iya ke?Kenapa la tak mati terus? Susah payah aku aturkan pertembungan tak sengaja dia orang dekat satu tempat." teringat dia masa pancing Kiran supaya ikut dia malam tadi sampai buatkan Fabian tikam lelaki tu.

Farzin berdengus kecil. Tak ada perkataan lain apa nak disebut selain mati? Dia angkat tangannya lalu di letakkan atas badan Hailey. "Sambung la tidur lagi...aku temankan kau. Doktor kata kau perlukan rehat yang banyak."

Senyuman goofy terukir di bibir Hailey.

"Kenapa kau baik dengan aku tiba-tiba ni?" tanya Hailey dengan renungan curiga. Biasanya kalau dia nak dekat dengan Farzin mesti lelaki ni akan elak atau menggerutu jengkel.

"Fine...aku blah."rajuk Farzin yang acah hendak bangun dari situ.

"Eh-eh...tak payah la. Baring je dekat sini. Aku tidur...okay. Aku tidur."kata Hailey dengan tergesa-gesa sambil cengkam kuat lengan pijama tidur Farzin.

Farzin pun kembali meletakkan kepala dekat bantal lalu mula menepuk badan Hailey dengan perlahan.

Sambil ketap bibir tahan diri dari ketawa dekat situ, Hailey pejam matanya tanpa berlengah.

Mata Farzin terarah pada mata yang terpejam tu. Dia nekad. Dia akan bantu Hailey bangun semula dan batalkan niat Hailey dari mati. Dia nak Hailey tahu ada banyak lagi perkara yang Hailey boleh lakukan dekat dunia ni selain mati.

Ini janji dia!

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now