31. Mintak Tolong Lagi

3K 355 23
                                    

Seperti jadi mangsa buruan, mereka berasa sangat takut untuk merayau dekat sekeliling akademi. Dan demi elakkan diri dari tertangkap mereka sentiasa terhendap-hendap macam pencuri.

"Ada dia ke?"

"Hei...asal aku pulak?"

"Tengok je la...tak yah sibuk tanya.."

"Mana adil macam ni...kau orang pun terlibat sama tau dalam hal ni bukan aku sorang.."

"Ooh!Aku nampak!Dia tengah jalan-"

"Asal?Asal kau diam?"

"Dia ke sini ke?"

Kiran yang mengintai dari balik dinding tu terdiam lepas nampak Hailey sepertinya sedang menuju ke arah anak tangga dan sepertinya tidak mahu berhenti.

"Apa minah tu nak buat?"tanya Kiran dengan sendiri sewaktu berkerut kening.

"Apa?Kenapa wei?"tanya Fabian yang muncul dekat atas kepala Kiran di tepi dinding tu. Ikut menjengah kepala hendak lihat.

Lalu diikuti Dawson dekat atas kepala Fabian. "Apa bendanya?Si Psiko tu buat apa pulak kali ni?"

Ashton sertai mereka tak lama kemudian. Dia merangkak dekat tepi Kiran. "Dia cari kita ke?"tanya dia.

Setelah itu keempat-empat pasang mata itu pandang ke arah Hailey yang tidak ikat rambut sedang berdiri dekat depan anak tangga termenung seperti memikirkan sesuatu.

"Dia nak tolak orang ke?"duga Ashton sambil.berkerut kening.

"Tak mungkin la..mana ada orang dekat situ?"balas Fabian.

Kening Dawson berkerut curiga. Sepertinya dia dapat agak apa yang Hailey nak buat.

"Sh*t! Dia nak terjun dari situ ke?"sergah Kiran dengan terkejut.

"Hah!"serentak itu Ashton dan Fabian ternganga.



Hailey pandang anak tangga di depannya sambil mengulum lidah dalam mulut. Sedang berkira-kita apa dia patut buat untuk buatkan pelajar-pelajar akademi ni nak beri kerjasama?Huh?Ramai kot?takkan la dia nak datang jumpa dia orang seorang demi seorang dan psiko dia orang macam doctor kaunseling dia selalu buat dekat dia?

Haih!

Susah betul tugas dia kali ni.

Si Lazaro tu macam tahu-tahu je identity ayah dia adalah perkara yang diperlukan sekarang ni. Sebab tu orang tua tu bagi dia tugas berat ni.

Tentang hal pendedahan mengenai siapa identity ibu kandung sebenarnya, bukan hal besar.. Dia marah sekejap je. Lepas dia di suntik dengan dadah khas yang buatkan otak dia jammed semula, Hailey dah tak ingat apa-apa kemudian, Apa dia ingat ibu dia dah tak ada. Dan dia tak ada perasaan sedih atau marah lagi. Macam diberitahu dari awal, effect dadah tu benar-benar putuskan fius neuron di otaknya ini.

"Wei!"tak semena satu rentapan tangan dari lengan kanan yang kuat terasa hingga buatkan tubuhnya jauh dari tangga tu. Sambil menahan nafas terkejutnya, Hailey pandang tak berkedip akan orang yang berdiri melangit di depannya ketika itu.

Bersama reaksi risau dan cemas di wajah masing-masing Kiran, Fabian, Dawson dan Ashton pandang tak berkelip ke wajah tu.

Mereka semua ingatkan Hailey nak buat something berbahaya ke apa. Secara instinct mereka cepat-cepat bergegas ke situ nak dapatkan perempuan ni. Tak tahu kenapa, mereka macam ada something untuk Hailey di sudut ruang hati masing-masing.

Iaitu risau.

Disebabkan mereka sendiri anak-anak bermasalah, mereka tahu macam mana nak baca bila seseorang tu ada masalah atau tidak. Jadi bila tengok Hailey, naluri mereka tergerak dengan sendiri walaupun mereka tak mahu untuk ambil peduli.

"Hei...Jerkface!"sengih Hailey dengan lebar lepas nampak Ashton. "Budak perasan bagus pun ada la.."sapanya kepada Kiran yang sedang memegang lengannya ketika itu. "Hai scaredy cat.."kenyit dia ke Dawson dan Fabian.

"Ashton la...Ashton...bukan jerkface. Suka hati je."cemberutnya.

"Siapa kau panggil pengecut hah!"marah Dawson dengan muka tak puas hatinya.

"Hahahaha...saja. Mulut aku. Suka aku la. Asal ni pegang-pegang ni. Dah tak sayang tangan tu ke?Nak aku kerat?"tanya Hailey dengan bersahaja sewaktu cengkaman pada lengannya semakin lama semakin kuat.

Menyedari yang dia masih memegang lengan Hailey, Kiran cepat-cepat lepaskan tangan tu dan undur jauhkan diri. "Apa kau nak buat hah?Berdiri dekat depan anak tangga macam tu. kalau ada yang tolak macam mana?"tanya dia.

"Entah tu...aku tahu la kau tak rasa sakit, tapi tak payah nak buat stunt dekat sini untuk show off la."getus Fabian dengan menyampah.

Hailey ketawa sewaktu pandang pelik ke mereka. Hari tu kata tak nak jumpa dia dah. Dah kenapa muncul depan mata dia. Kang dia meroyan tahu pun nak terpekik terlolong. "Hahahaha...memangnya kenapa?Kalau aku nak terjun sekalipun bukannya susahkan kau orang pun.."kata dia dengan sisa ketawanya. Tiba-tiba otak dia yang bermasalah ini keluarkan mentol idea. Mata dia terarah pada Kiran. Ya tak ya, Anak kepada mafia terkenal dalam bandar ni ada depan mata dia la. "Hei...handsome.."sengih dia sambil hulur tangan nak sentuh badan tegap tu.

Empat orang tu secara automatic undurkan diri.

"Asal?"tanya Kiran dengan muka kengerian sewaktu pandang tangan Hailey.

"Kau busy?"tanya Hailey sebelum Berjaya tangkap kolar kemeja tidak berbutang tapi ada t-shirt hitam di dalamnya.

Kiran tolak tangan Hailey turun dari bajunya, tapi cengkaman ibarat ketapan mulut buaya itu tidak mahu terlepas. "Cakap tu cakap..tak payah pegang aku perempuan gila."ujarnya.

"Heheheh"sengih Hailey lagi. Kalau dia gunakan Kiran untuk buatkan Budak-Budak akademi ni nak bagi kerjasama boleh tak agaknya?"Tolong aku lagi nak?Aku janji lepas ni aku takkan kacau kau."ujarnya.

"Urusan kita dah selesai sejak kau mintak kita orang sebarkan video tentang Gisle tu kan...jangan nal libatkan kita orang lagi."beritahu Ashton.

"Kononnya takkan kacau kita orang.."cebik Dawson yang pandang tak percaya ke Hailey.

"Aku serius la. Serius...serius!Takkan kacau kau orang..."Hailey angkat tangan berikar dengan tangan kiri sambil mengangguk kepala semasa memandang mereka..

Fabian pandang funny ke Hailey. "Salah tangan tu...ikrar tangan kanan.."selorohnya.

"Oh?"Hailey turunkan tangan kiri dan naikkan tangan kanannya. "Okay dah..."

Kiran kecilkan matanya lalu silang tangan ke dada. "Apa kali ni?Nak suruh aku bunuh orang lagi macam kau mintak hari tu ke?"

Cepat-cepat Hailey menggeleng kepala membuat muka comel pada Kiran. "Bukan. kali ni kita buat baik sikit. Doktor aku cakap tak elok kalau buat jahat banyak-banyak. Nanti dosa banyak masuk neraka. Aku orang gila tak kira...kau orang tu hah yang waras fikirannya kena la buat kebaikan..."bicaranya dengan bersahaja dan ceria.

Hampir hendak beri penumbuk dekat muka bulat di depannya Kiran Tarik senyuman terpaksanya. "Apa bendanya tu?"tanya dia.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now