18. Si Psiko Cari Pasal

3.2K 380 43
                                    

Sambil cekak pinggang protes, basikal dengan tempat duduk belakang dan bakul depan dia di pandang silih ganti dan lelaki bertopi pantai dan berseluar pendek dekat tepinya.

"Kau nak beritahu aku yang...kau-"Hailey pandang ke Farzin. "Tak pandai tunggang basikal tapi nak ke pekan dengan naiki basikal...dan aku yang kena bawanya?"

"Yalah...nak aku ulang berapa kali?"balas Farzin.

Hailey berkerut kening. Dia pandang pelik ke Farzin. Yang gila sekarang dia ke Farzin. Ke dia salah makan ubat halusinasi terlebih sangat sampai salah dengar satu hari ni.

Tak pernah-pernah Farzin nak luangkan masa hujung minggu dengan dia sampai keluar rumah begini. Biasanya lelaki ini la paling susah nak jumpa kalau duduk dekat rumah. Jumpa pun bila perlu.

"Hei...better kau beritahu aku...apa udang disebalik batu kau ni hah?Asal semacam je aku perhatikan dari awal pagi tadi. Tak setakat temankan aku tidur, buatkan aku sarapan, kemudian ajak berbasikal ke pekan bagai? Fius kau putus eh? Ke dunia nak kiamat?"ujar Hailey.

Farzin tersengih. "Apa salahnya kalau aku buat baik. Bukan ke kau suka terhegeh-hegeh dekat aku selama ni. Hah...aku tengah open dengan kau enjoy la."

Memang la dia suka dengan Farzin. Tapi bila Farzin ubah sikap dari open macam ni dia pulak yang pelik. "Kau serius?Tak ada niat tersembunyi ni?"

"Ya...dah sini naik basikal ni."tempat duduk basikal tu di tepuk Farzin.

Sambil buat muka tak pasti, Hailey dekati juga basikal itu lalu di pegangnya. "Wei...kau nak tahu tak satu rahsia?"tanya dia lepas berdiri dekat situ.

Farzin letak topi pantai dekat atas kepala Hailey sambil tu. "Apa bendanya?"

"Well....lepas kau naik basikal ni baru aku beritahu..."sengih Hailey dengan meleret.

"Okay..."angguk Farzin.

Hailey langkaukan kaki lalu duduk dekat atas tempat duduk basikal tu lalu pegang handle basikal erat-erat sambil pandang ke depan dimana sebuah jalan yang berbukit turun ke bawah berada.

No hal!

Dia boleh je turun bukit dengan basikal ni!

"Aku naik ni..."beritahu Farzin yang duduk dekat tempat duduk belakang basikal tu lalu lingkarkan sekeliling tangan ke pinggang Hailey yang mana hanya perlukan satu tangan saja untuk ukur lilit di pingang tu. "Okay dah."

Hailey apa lagi, dalam keadaan terketar-ketar macam orang kena Parkinson gerak ke depan menggunakan pedal dibasikal itu.

Maka mereka berdua perlahan-lahan dekati depan bukit itu.

"Okay...rahsia yang aku nak beritahu kau adalah..."senyum Hailey dengan lebar masa basikal di tunggang mereka mula gerak maju ke depan bukit.

"Apa dia?"Farzin jengah kepala ke sisi nak tengok muka Hailey.

Tidak semena Hailey meledak ketawa hilang akalnya."AHAHAHAHAHAHAHAHA.....aku pun tak reti tunggang basikal!"teriaknya apabila mereka mula meluncur laju menuruni bukit itu dengan kelajuan yang tinggi.

"APA!!!"Farzin berseru dengan tinggi apabila mereka meluncur laju turun dari satu bukit ke satu bukit yang lain macam nak apa. "HAILEY POWER!YOU ARE SO DEAD!!!!! "

"HAHAHAHAHAH.....Yahoooo!!!"sorak Hailey dengan kaki di angkat lepas dari berada di pedal.

Seronok punya seronok turun bukit tiba la masa untuk belok ke selekoh jalan itu. Hailey yang tak tahu nak buat apa, terus gerak pegang brek dan buat drift gilanya menggunakan kaki sebagai sokongan.

Farzin dekat belakang dah macam ayam bertelur! Terpekik terlolong nak keluar halkum.

Hailey jangan cakap la...dengan kepala angin psiko tak takut matinya itu hanya ketawa mengilai-ngilai sehinggala mereka berjaya lepasi selekoh tapi kemudiannya terbabas masuk ke dalam semak dekat tepi jalan tu bila tayar basikal tu dengan tak sengaja terlanggar batu kecil di situ.

KEDEBUSH!

Dengan serentak mereka jatuh ke situ lalu tumbang ditimpa basikal sesaat kemudian.

"Mak!"latah Farzin bila dia terduduk punggung dulu dekat situ.

Sementara Hailey yang terpaksa gunakan badan untuk kurangkan impak jatuh mereka tak terlalu serius sikit pun tak mengaduh walaupun dia sudah tercalar di lutut dan sepanjang lengannya ketika itu.

"Kau okay Farzin?"tanya Hailey yang kelam kabut turunkan basikal dari badan mereka dan pimpin Farzin bangun dari situ.

Seperti orang yang baru hilang darah, Farzin berdiri dekat situ dengan muka pucat lesi takut dia sewaktu memandang wajah selamba Hailey. "Kau...aku tahu kau nak sangat mati...tapi please...jangan bawak aku sekali.." katanya dalam keadaan terketar-ketar.

"Hahahha....kau yang suruh kan tadi..?"ketawa Hailey sewaktu belek Farzin. Nak pastikan Farzin tak apa-apa.

"Asal tak cakap awal-awal!Apahal la mangkuk ayun sangat perangai kau ni!"ketap Farzin dengan geram.

Hailey selak bang rambut yang menutupi dahinya dengan sengih lebar menayang gigi. Wah!Best gila!Sumpah! "Kau tak tanya."

"Ugh!"ngerang Farzin dengan jengkel sebelum seluk tangan ke dalam poket belakang seluar. Nak keluarkan phone. Pegang je telefon tu dekat depan muka, dia hanya di sapa skrin retak seribu seperti maruahnya sekarang ini.

"Oh man...takkan la phone aku sekali?" keluh Farzin dengan kesal.

"Kenapa?Rosak ke?"Hailey jengah kepala nak tengok.

Sekali tu Farzin turunkan telefonnya ke bawah. Dia pandang geram ke muka innocent Hailey. Nak marah pun tak sampai hati. "Nasib baik comel...kalau tak lama dah aku hamun."dia tunjal perlahan tepi kepala tu.

Hailey pegang tepi kepalanya dengan sengih serba salah. "Jadi tak nak ke pekan ni?"tanya dia.

Tak tahu nak cakap apa lagi, Farzin tepuk dahi dan lepaskan hela nafas kesalnya. Apa la dia nak buat dengan Si Psiko ni. Elok dia nak tolong sembuhkan, last-last dia pulak yang jadi psiko gara-gara menghadap Hailey ni.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now