14. Arnab buru Helang.

3.1K 356 7
                                    

"Hailey!Mana kamu!Keluar sekarang!!"

"Kami tak ada masa nak main sorok-sorok!Baik kamu keluar secepat mungkin!"

Dia yang dengar laungan suara mereka hanya ketawa dengan perlahan dekat bawah tangga.

"Hailey...please...bukan lama pun sekejap je."

"Kau cari dekat atas biar aku cari dekat bawah.."

"Okay!"

Telinganya di tekap pada permukaan pintu bawah tangga tu untuk pastikan mereka sudahpun menjauh dari situ. Sayup-sayup bunyi tapak kaki menjauh pergi dari situ dan keadaan di luar jadi senyap. Dia hitung selama beberapa saat sebelum gerak keluar dari ruang rahsia bawah tangga itu.

Tanpa berlengah langkahnya kemudian di atur ke anak tangga yang menghala ke tingkat atas.

"hah!Jumpa pun!"sergah seseorang yang ada dekat atas puncak tangga dengan tiba-tiba.

Terkejut dengan sergahan itu, dia terus berpaling hendak turun tangga semula. Tapi dekat bawah tangga tu ada seorang lagi siap menunggu.

"Nak ke mana kamu!"

Sh*t!Dia dah tertangkap!

"Hei kitty...kitty...mana menyorok hah?"kata Dawson semasa pandang sekeliling hutan itu dengan telinganya peka menangkap sebarang bunyi. Tangan dia memegang tazer sebagai alat untuk mengenakan Hailey sekiranya tertangkap.

Sementara dekat belakang pokok tersembunyi dalam kegelapan bersembunyinya Hailey. Dia perhatikan belakang Dawson dengan jelingan menakutkan.

"Hei"sambut Hailey dengan suara gemersiknya. Tak kuat tapi cukup jelas untuk Dawson dengar.

Kejung membantu Dawson di buat sapaan itu. Apa yang berlaku?Hailey ada dekat sini?Kenapa perempuan tu tak lari?Adakah dia sedang di intip?

Hailey sandar di batang pokok itu dengan tangan bersilang di dada. "Seronok ke menakut-nakutkan orang ni?"tanya dia tanpa tunjukkan dirinya.

Dawson tersentak, dia menahan nafas terkejut bila suara tu menyapa. Dengan pantas kepalanya di paling kanan kiri dan belakang dengan cemas. Cuba mencari kelibat empunya suara. "Mana kau hah?"tanya dia. "Siapa orany yang kau maksudkan hah?"

Lalu Hailey selinap ke pokok yang lain. Berdiri dekat situ senyap-senyap.

"Siapa lagi kalau bukan gadis-gadis yang kau orang gunakan sebagai permaian dan hiburan kau orang selama ni?Aku dengar ada yang mati sebab trauma yang dia orang alami?"

Suara itu benar-benar menyeramkan. Lagi-lagi bila tak Nampak orang yang bercakap tu. "Dia orang yang nak...kita orang hanya tunaikan permintaan dia orang je.."beritahu Dawson hampir hendak gagap-gagap.

"Seronok dengar dia orang menangis dan merintih mintak tolong bila kau kejar dia orang?"tanya Hailey lagi.

Mata Dawson membulat. Dia jadi seram sejuk tiba-tiba. Yakin ke dia sedang bercakap dengan Hailey sekarang ni?Entah-entah hantu ke penunggu ke yang tegur dia. "Mana kau hah?Kalau berani sangat mari la keluar. Main sorok-sorok buat apa!"cabar dia yang mengeratkan cengkaman pada taser di tangan.

"Haih...mana seronok kalau muncul macam tu je. Cepat habis la game ni nanti.."ketawa Hailey dengan jahat.

Dengan susah payah, Dawson telan air liur takutnya. Sh*t! Dah kenapa keadaan boleh terbalik macam ni. "F*ck this!Keluar la sini!Jangan cakap je lebih. Kau takutkan!Sini tunjuk diri kau. lawan depan-depan!"marahnya yang sudah merinding geram dengan semua ni.

Hailey tarik sengih meleretnya. Fine. Dia keluar.

Pada masa Dawson focus pada depannya, dia gerak hendak pandang ke belakang pula. Bersama mata terbutang luas dan jantung berdegup kencang bagai nak apa, dia boleh rasakan ada yang mendekati dia. Sekali lepas dia toleh ke belakang, dia hanya lihat kegelapan saja. Jadi dia gerakkan kepalanya semula ke depan.

Masa itu la, Hailey munculkan diri dan sergah Dawson dari depan. "BOO!"

"Argh!"sentak Dawson yang hayun tangan hendak taser Hailey.

Hanya elak sikit saja, tangan Dawson tersasar dari mengenai leher Hailey. Malah dengan bersahaja dia hayun penumbuk dekat tulang rusuk sebelah kanan lelaki dengan padu.

Ledakan penumbuk itu Berjaya buatkan Dawson hilang keseimbangan lantas terlepas pegang taser tersebut kerana nak pegang bahagian yang sakit.

Menggunakan peluang itu, Hailey tunduk mengutip taser itu lantas di gunakan tepat ke belakang tengkuk Dawson sesaat kemudian.

Seperti terkena renjatan eletrik, badan Dawson menggeletar kuat di situ tidak dapat melawan lantas rebah ke atas tanah beberapa saat kemudian. Walaupun taser sudah menjauh, badannya masih tersentak-sentak di serang sawan.

Hailey dekat situ hanya tersenyum nipis melihat keadaan Dawson. "Hahaha...macam mana?Suka tak?"tanya dia.

Oleh kerana terkejutnya, Dawson jatuh pengsan tidak sedarkan diri sejurus itu.

Hanya menggunakan satu tangan saja, Hailey capai pergelangan kaki Dawson dan heret lelaki tu Bersama dengan dia untuk masuk ke dalam kegelapan malam hutan itu.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now