24. Kelly

3.1K 345 16
                                    

Sambil tersedu sedan kerana menangisnya, Kelly pandang takut akan Gisle yang sedang berdiri menyelak hasil kerjanya lepas tampar dia beberapa kali hingga pecah bahagian dalam pipinya.

Semua ni gara-gara dia menolak akan permintaan Gisle menyuruh dia tuliskan nota rahsia untuk exam nanti. Dia tak nak buat kesalahan tu. Sebab ini la dia kena tampar.

"So?Kau nak buat ke tak?"tanya Gisle lagi sambil baca isi kandungan kerja milik Kelly tapi atas namanya.

"Tolong la...awak mintak apa saja pada saya...saya akan buat tapi menipu dalam peperiksaan...saya tak berani lakukannya. "tolak Kelly lagi.

"So kau tak nak la ni?"dengan kasar Gisle tutup portfolio tu kuat-kuat lalu dia tunjal dada Kelly dengan jari kuat-kuat. "Uh?Kau nak aku drop kau dari senarai pelajar biasiswa sangat ke?"

Kelly menggeleng kepala.

"Kalau tak nak, buat la apa yang aku suruh...susah sangat ke!?"jerkah Gisle sekuat hati.

Terduduk terus Kelly dekat lantai akibat tunjahan dari Gisle. Terlalu sedih dan takut dengan keadaan itu dia hanya mampu menangis tersedu-sedan. Oleh kerana terlalu terdesak dia merangkak mendekati kaki Gisle lalu di peluk. "Tolong la Gisle jangan buat macam ni...apa salah saya sampai awak sanggup lakukan hal ni? Saya bukan sesiapa...ibubapa saya orang susah. Izinkan saya belajar di sini dengan tenang...tolong la jangan paksa saya lakukan hal ni.."rayunya kemudian.

Gisle berdengus mengejek. Dia silang tangan ke dada kerana berasa bangga bila orang sanggup merayu kepada dia seperti ini.

"Sebab kau bukan sesiapa la aku buat semua ni...orang miskin macam kau ni tak patut tunjuk diri tu bagus. Kalau dah sedar diri tu orang susah buat apa datang ke akademi ni...belajar je dekat pusat komuniti sana." katanya dengan sinis sebelum tendang kaki yang dipeluk oleh Kelly sampai buatkan Kelly terlentang ke belakang.

"Ah!"jerit Kelly dengan perlahan kerana sakit dek tendangan itu, Sambil pegang dadanya dia gagahkan diri untuk bangun dari situ. Matanya terarah pada Gisle.

"Ingat tu...kalau masa aku datang jumpa kau, dan kau tak ada benda yang aku nak...tahu la apa aku nak buat."pesan Gisle buat kali terakhir sebelum keluar dari lorong belakang bangunan tu.

Kelly yang di tinggalkan dekat situ menyambung nangisnya sendirian.

Sementara Gisle jalan dengan langkah yakinnya. Yalah, kali ni dia pasti dapat skor untuk tugasan akhir yang mana orang lain ambik masa berminggu untuk siapkannya sementara dia hanya ambil masa sehari je nak settlekan.

Seronok punya pasal, Gisle jalan menuju ke arah selekoh yang sama sewaktu orang lain turut bergerak dari arah bertentangan dan mahu membelok ke arahnya.

Selang beberapa saat saja, bertembungan pun berlaku.

Perlanggaran itu buatkan portfolio yang berada di tangan Gisle terlepas pegang lalu dia terjatuh ke lantai konkrit itu setelah berlanggar dengan orang di depannya.

"What the f*ck!"sebut Gisle sebaik terduduk di situ.

Portfolio yang ada dekat depan sepasang kaki kurus itu kemudian di capai oleh tangan yang mengenakan jam. "Well...nampaknya ada yang jalan tak pakai mata la."ujar Hailey sewaktu selak muka surat portfolio itu. Ingin tahu apa isinya.

Sambil menggosok punggungnya yang sakit, Gisle dongak memandang orang di depannya dengan kening berkerut tak puas hati. Grr! Nak mati betul la!

"Kau cari pasal ke?Siapa yang jalan tak pakai mata sekarang ni!" marahnya.

"Haahaha...sorry...nak aku tolong?" aju Hailey menghulurkan tangan ke Gisle untuk di sambut.

Walaupun tak berpuas hati, Gisle tetap mahu menyambut tangan tu.

"Aha!Gotcha!"Hailey tarik semula tangan dia sebelum Gisle sempat sambut. Padan muka! "Ahahahah...so stupid. Kau fikir aku nak buat macam tu ke?Ahahahaha!!"ketawanya dengan girang.

Kening Gisle mencerlung geram. Dia cepat-cepat bangun dari situ mahu menampar Hailey. "Kau apahal ha! Siapa kau!Tahu tak dengan siapa kau tengah cari pasal sekarang?" soalnya dengan berang sambil mahu mencapai kolar kemeja tu.

Tanpa susahkan diri untuk bergerak, Hailey gulung portfolio tadi jadi rod yang tebal lalu gunakan ia untuk pukul tangan Gisle. SPAK!!!

"Auw!"aduh Gisle serta merta sambil pegang tangan kanannya.

"Sakit?"tanya Hailey dengan muka acah-acah kesian.

"Grrrr!Kau memang nak mati!"terus Gisle gerak mahu menerkam Hailey. Menggunakan tangannya yang berkuku tajam dan edisi terbaru itu, sekuat hati dia mencakar tepat ke pipi kiri tu.

SRAP!

Kepala Hailey berpaling ke kanan sebaik saja pipinya di tampar.

"Heh!Sekarang rasakan!Biar hodoh muka kau tu!"Gisle tarik sengih senang hati lepas nampak empat garisan dengan darah mengalir turun dari pipi tu. "Kau fikir kau siapa nak kenakan aku hah perempuan?Aku Gisle la. pelajar berpengaruh dekat sini...anak kepada bakal wakil parlimen bandar ni...sekali petik jari je aku boleh buat hidup kau tunggang langgang!"

Sama sekali tidak terkesan dengan tamparan itu, Hailey bawa tangan untuk sentuh pipinya. Bila dia bawa tangannya semula ke depan muka, dia nampak akan kesan darah di jarinya. "Ahahahah...serius?Ini je kau boleh buat?"tanya dia semasa pandang sinis ke Gisle. Kesian!

"Lebih dari tu.."getus Gisle.

Bersama renungan psikonya, Hailey jilat darah dekat tangannya sewaktu pandang ke Gisle lantas tersengih.

Melihatkan tingkah menjijikan Hailey, Gisle buat muka. "Dasar si pelik!Serahkan semula kertas tu pada aku."mintanya.

"Ini?"tunjuk Hailey akan gulungan kertas yang ada di tangan dia. Apa kertas ni?

"Ya...berikan semulanya pada aku sebekum biji mata kau yang aku cungkil keluar."deram Gisle sambil hendak rampas kertas tu.

"Ahahaha...ganas betul la...okay-okay..ambil ni.."Hailey nak serahkan kertas tu.

Gisle pun angkat la tangan nak capai kertas tu.

"Ambik la kalau kau nak!"sorak Hailey sebelum campak helaian kertas itu ke udara dengan gembira.

Menjegil bulat mata Gisle bila dia palingkan kepala ke arah helaian kertas yang berterbangan ke serata tempat di depan matanya ketika itu. Habis berterabur semuanya.

"Muhahahahahah!!!!"ketawa Hailey dengan jahat sebelum berjalan pergi dari situ dan tak lupa untuk pijak kertas yang berterabur di situ.

"PEREMPUAN TAK GUNA!!!!!!"jerit Gisle sekuat hati. "Tunggu kau nanti!Akan aku balas!!!!"

Hailey dengar yang mana buatkan dia semakin galak hendak ketawa.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now