41. Confession

3K 346 31
                                    

Tak sampai tiga hari para pensyarah dan staff akademi gemparkan dengan perubahan mendadak yang menakutkan mereka semua sewaktu masuk ke kelas masing-masing. Yalah biasanya mereka akan di sapa dengan pemandangan dimana kelas akan bersepah dan para pelajar dalam keadaan huru hara yang tidak tenteram.

Namun sejak ke belakangan ini mereka dapati para pelajar Akademi Oakwood High mula mengenakan pemakaian uniform yang tertib dan tidak mewarnakan rambut. Bukan setakat itu saja, para pelajar mula belajar.

Yup.

Mereka belajar.

Yang betul-betul belajar.

Pegang buku, pegang pen dan tanya soalan untuk topik yang di syarahkan pada hari itu.

Ianya benar-benar buatkan kebanyakan pensyarah menangis dalam senyap kerana berasa begitu syukur dan lega kerana para pelajar mulai berubah ke arah yang lebih baik. Malah kes disiplin turut semakin berkurangan. Para pelajarnya pula semakin ceria dan tidak kelihatan murung seperti biasa.

Di dewan makan biasanya akan kecoh dengan suara para pelajar bercakap atau baling makanan dan bergaduh kini tenang dan senyap memandangkan para pelajar mula makan dengan tertib di kerusi bukan atas meja. Buatkan pekerja di dewan makan sendiri terkejut dengan kejadian itu.

Di sebuah meja, duduknya Hailey menikmati makan tengah harinya Bersama rakan sekelasnya. Baru dia nak suap sandwich ke dalam mulutnya, seseorang muncul dari tepi lalu ambil tempat di sebelahnya lalu menopang kepala dengan tangan yang di siku atas meja memandang dia. Perasan melalui ekor matanya sambil suap makanan dalam mulut, sambil tu dia pandang.

Kiran pandang akan Hailey tanpa berkedip.

Makanan yang di suap dalam mulut di kunyah-kunyah. "Kenapa?"tanya Hailey.

"Beritahu aku...kau dengan si Farzin ada apa-apa ke?"tanya Kiran.

Hailey telan makanannya. "Kami tinggal Bersama."jawabnya dengan bersahaja setelah itu.

"Apa?"Kiran duduk tegak dan jatuhkan tangan ke bawah. Dia dekatkan lagi muka dia ke Hailey. Tinggal Bersama?Apa maksudnya?

Secara automatic Hailey pun kebelakangkan sikit kepala."Dah kenapa?"tanya dia sambil berkerut kening tak faham.

"Tak adalah..maksud kau..kau dengan Farzin..duduk Bersama. Maknanya kau dengan dia pun Bersama la?"

Hailey ketawa. "Boleh dikatakan macam tu..."suka dia bila teringatkan wajah Farzin. Mana agaknya lelaki tu ya?Kenapa tak ada dekat sini.

"Tak boleh..aku sukakan kau so kau kena Bersama dengan a-"

SLAP!

Tak pasal-pasal kepala Kiran tertunduk ke bawah apabila seseorang muncul dari belakang lalu menampar belakang kepalanya.

Hailey pandang terkejut akan tindakan itu sebelum dongak memandang ke si pelaku lantas tersengih angau lepas sedar siapakah orang itu.

Kiran apa lagi, dia yang berasa marah dek tamparan itu angkat kepala dengan laju lalu gerak hendak memandang siapakah orang itu. "Siapa yang-"sekali tu mulut dia tertutup bila sedar yang orang itu adalah Farzin sendiri.

"Apa kau buat dekat sini dengan Hailey aku hah?"tanya Farzin sambil ambil tempat di sisi Hailey yang kosong lalu kucup pipi tu sebelum rangkul bahu itu memandang Kiran dengan penuh amaran.

Mulut Kiran terjatuh ke bawah. So memang betul la dia orang serious. Cis!Potong steam betul. "Suka hati aku la...."

Farzin mengecilkan mata. Dia pandang curiga ke Kiran sambil lingkarkan tangan ke sekeliling pinggang Hailey. "Kau sukakan Hailey eh?"tanya dia. "Well sorry but not sorry..she mine now.."beritahu dia sambil beri isyarat pada Hailey supaya suapkan dia makanan.

Hailey hanya turutkan, Dia suapkan potongan buah tembikai susu yang dia ambil di meja buffet tadi ke mulut Farzin.

Kiran buat muka.

"What ever...aku datang sini nak jumpa dia bukan kau. So shut the f*cked up.."balas Kiran yang tunding jari tak suka ke Farzin.

Farzin buat muka menyampah. Suka hati je!Bagi kasut jugak nanti baru tahu!

Hailey hulurkan potongan buah tembikai kepada Kiran pula. "Aaaa.."nganga dia kepada Kiran supaya buka mulut.

Terkejut plus suka dengan gesture itu Kiran tersenyum lebar.

Farzin yang nampak terus pegang tangan Hailey dan dibawa buah tembikai susu itu ke mulutnya serta merta.

Kiran yang baru nak buka mulut tak jadi, dia malah beri renungan mahu mencarut pada Farzin. "Kau apahal! Dia nak suapkan aku kan."marahnya.

"Well then...you lose..sebab aku lagi cepat.."kata Farzin.

"Kau siapa hah?Teman lelaki dia ke nak overprotective sangat ni."

"Ha'ah..aku teman lelaki dia. Ada masalah?Dan Hailey ni aku dah dapat dulu. So f*ck off!"

"Teman lelaki je bukan suami..so aku boleh sailang bila-bila masa."bidas Kiran.

Hailey pandang dua orang yang duduk rapat di kanan dan kirinya silih ganti. Tidak tahu kenapa dua orang ini berbalah dekat sebelah dia. Buah tembikai je pun. Takkan la nak bergaduh. Pelik."Hei...jangan gaduh. Ada banyak lagi ni"kata dia tapi tidak di hiraukan oleh mereka berdua di situ. Last-lasti Hailey buat tak endah akan pertengkaran itu dan sibukkan dirinya dengan makanan. Makan lagi kenyang..!

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now