19. Salah Patient

3.1K 352 3
                                    

"Duduk sini."arah Lazaro pada Hailey untuk dia ke kaunter admistration bagi beri nama untuk daftar masuk Hailey mengambil ubat dan medical check up.

Mengikut peruntukan yang diminta oleh pihak rehab mengenai kesihatan Hailey, dia perlu hadiri medical check up beberapa minggu dalam masa sebulan.Dan memandangkan Hailey dah terlepas dua minggu berturut-turut sejak keluar dari rehab baru la Lazaro sempat nak hantar .

Hailey duduk dekat kerusi di ruang menunggu tu. Tengah dia dengar lagu dari ipod melalui earfon di telinga dia dongak memandang siling di atasnya sambil menyanyi kecil. Kakinya di goyang-goyang riang ikut rentak lagu yang dimainkan.

"Black...blue..black...ooh...black...blue..black ooh..."nyanyi dia sambil hentak jari telunjuk ke lengan kerusi.  Dia hanya dongak ke siling tu tanpa berkedip sebab dia tak boleh nak rasa lenguh atau pedih di mata sebab tak berkedip. Malah dia hanya begitu sampai air mata mula berkumpul dalam mata tu dan mengalir turun dari tepi matanya.

Ketika itu juga la sekumpulan lelaki bersut hitam dan berwajah bengis berarak merentasi kawasan lobi hospital beramai-ramai. Sedang mengiringi seseorang di barisan depan.

Kehadiran kumpulan lelaki bersut itu buatkan para pesakit dan staff yang ada dekat situ cepat-cepat elak nak jauhkan diri dari berselisih dengan mereka di situ.

Perasan akan suasana sekelilingnya janggal, Hailey turunkan kepala dari dongaknya untuk perhatikan sekelilingnya. Dia pandang dan pandang sehingga la perhatiannya turut beralih pada sekumpulan manusia bersut hitam tidak jauh dari tempat dia duduk. Baru saja dia hendak alihkan pandangan, masa itu la kumpulan itu bergerak ke tepi seperti mahu beri laluan dan muncul la lelaki berwajah bengang di tengah-tengah kerumunan itu

Hailey kedipkan matanya nak pastikan dia tak salah pandang.

Sekali.

Dua kali.

"Ooh!Kiran la!"sebutnya tak kuat mana pun.

Tapi Kiran still manage untuk dengar lalu terpandang akan Hailey di situ. Mulanya Kiran tak pasti jugak sama ada dia pandang Hailey atau orang lain sampai perlu kecilkan mata nak jelaskan pandangannya.

Dan bila Hailey tersenyum dan lambai tangan ke arahnya. Serta merta terbutang luas mata Kiran bila dia yakin orang itu adalah Hailey.

What the f*ck!"KAU!" tundingnya dengan berang. Bersama perasaan amarah yang berombak-ombak di dada langkahnya di atur ke arah ruang menunggu dimana Hailey berada.

Bersama senyuman di bibir Hailey perhatikan Kiran dekatinya sambil diekori lelaki bersut dari belakang.

"Hai...dah okay luka kau tu?"tanya Hailey setelah itu.

Tidak peduli sama ada Hailey perempuan atau bukan, Kiran cekau kolar baju Hailey dan buatkan Hailey berdiri dekat situ menghadap dia.

"Berani kau tunjuk muka kau depan aku lepas apa yang berlaku!?Gembira sangat ke!?" deram Kiran di depan muka Hailey.

Hailey ketawa. Oopsy! Ada orang tengah period la!

"Hei... Kenapa nak marah? Kau yang cipta tradisi tu kan....kalau dah kalah buat la cara kalah...ke maruah kau dah tercalar sebab perempuan psiko macam aku ni dapat kalahkan anak kepada mafia paling menakutkan dalam bandar ni?"ejeknya.

Mata Kiran menjegil bulat. Dia cengkam kuat kolar baju Hailey berharap dapat koyakkannya di situ serta merta. Biar perempuan tak guna ni malu! "Jangan sampai peluru aku tembus dekat dalam tengkorak kau tu betina tak guna...better kau hati-hati next time."desisnya di depan muka tu.

Hailey hanya tersenyum senang. Bagus jugak kan. Kenapa la dia susah-susahkan diri dapatkan bantuan Lazaro sedangkan dia boleh mintak saja mamat perasan bagus ni bunuh dia. "Serius?Kalau macam tu kau ada bazooka?Atau bom? Hah?Aku prefer bom kalau macam tu...kau kerat aku lapan belas kemudian bom...amacam okay tak?"cadangnya.

Kiran buat muka pelik. Entah apa-apa la perempuan sewel ni. Teringin sangat nak mati ke!?

"Jangan tunjuk muka kau lagi depan aku!Ingat tu!"terus dia campak Hailey ke kerusi semula sebelum berarak pergi dari situ dengan berang. "Dasar si pelik!"

Hailey lirik akan langkah samseng tersebut dengan renungan kosong. Hujung bibir yang mengukir senyuman pun jatuh. Ugh! "Kan bagus kalau mamat tu mati terus. Buat sakit mata  je!" cebiknya dengan benci.

Dua puluh saat kemudian Lazaro muncul bersama helaian kertas dan pek plastik mungkin berisi ubat. Lelaki tu capai lengan Hailey dan bangunkan dia dari situ dengan perlahan.

"Ayuh...doktor sedang menunggu." beritahunya sambil tu. Sama sekali tak tahu apa yang baru saja berlaku sebentar tadi di situ.

Hailey ikutkan saja. Masa berjalan dekat sisi orang tua tu, dia termenung sendiri. Kalau dia ada ayah, mungkin begini agaknya lagak ayah dia sewaktu hantar dia dapatkan rawatan. Kelakar!?

"Ingat jangan buat perkara yang tak sepatutnya. Jawab bila di tanya. Bercakap bila perlu. Selain tu behave." pesan Lazaro sewaktu tunduk melihat isi ubat dalam pek itu. Nak pastikan tiada yang tertinggal.

"Okay."balas Hailey mahu tak mahu.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now