7. The F4

3.3K 329 17
                                    

Selain anak director dan counselor...Akademi Oakwood turut mempunyao kumpulan anak orang kaya yang terdiri daripada 4 orang flowerboy yang terkenal dengan rupa paras kacak dan latar belakang luar biasa mereka. Seorang dari mereka merupakan anak kepada ahli kongsi gelap. dua darinya merupakan anak orang kaya dan seorang lagi merupakan anak kepada datuk bandar Oakwood sendiri. Kumpulan ini terkenal dengan kegiatan memperdayakan pelajar perempuan akademi atau gadis luar untuk ikuti game istimewa mereka.

Game Hide and Seek.

Cara bermainnya senang je. Mereka pilih gadis bertuah. Kemudian dadahkan gadis atau target mereka itu. Lalu di bawa ke dalam sebuah hutan pada waktu malam. Selepas itu mereka akan arahkan gadis tu larikan diri terlebih dahulu dan jangan sampai tertangkap. Kalau tertangkap dengan salah seorang dari mereka, gadis tu akan menerima nasib yang tidak terduga.

Kegiatan ni sering terjadi dalam jangka masa dua bulan sekali. Atau sebulan tiga kali. Dan kebanyakan mangsa tak dapat pulang dalam keadaan hidup atau dalam keadaan trauma yang sampai bawa ke tahap bunuh diri.

Kenapa masih ada jugak yang belajar dekat akademi ni walaupun mereka sudah tahu akademi ini mempunyai latar belakang dan imej yang teruk?

Pertama why not?

Kedua, sebab siapa yang dah masuk tak boleh keluar atau berhenti macam tu je melainkan diarahkan untuk keluar dari situ dengan kepala-kepala hantu dan samseng dekat Oakwood High. Siapa yang berdegil jugak, memang nahas la jawabnya.

Ketiga, untuk anak orang miskin hanya akademi ini saja yang boleh bantu mereka dapatkan Pendidikan.

Keempat akademi ni je yang boleh terima pelajar-pelajar bermasalah yang mana kalua dia orang buat salah dia orang takkan di hukum atau dikenakan tindakan apa lagi di salahkan!

"Aku dengar ada Budak baru masuk?"tanya Dawson, lelaki berambut merah merun yang duduk di kerusi dengan kaki berada di atas meja.

"Perempuan?"tanya Fabian, berambut pacak seperti landak tak cukup duri Bersama puntung rokok dekat celah jari.

Lalu Ashton si bercermin mata dengan pakaian uniform yang lengkap bersuara."Aku ada dengar...katanya comel...ada sesiapa tahu nama dia?"

Ketua mereka yang duduk bersandar pada tembok jendela kelas memerhatikan suasana di luar bangunan dimana pelajar-pelajar lelaki sedang bermain campak-campak beg ke udara milik seorang pelajar kemudiannya bersuara. "Hailey Power...aku dengar dia Budak dari hospital sakit jiwa yang baru di pindahkan ke sini.."sebutnya tanpa alihkan perhatian dari pemerhatiannya itu.

"Hah?"Dawson membutang mata terkejut sebaik mendengarnya. "Serius la?"

"Hospital sakit jiwa?Kau biar betul?"tanya Ashton dengan dengusan kecil mengejeknya.

Fabian Tarik sengih meleret masa dengar. Dia tak beri komen mengenainya. "So kau nak teruskan tradisi kita denga Budak baru tu ke Kiran?"dia palingkan kepala ke ketuanya, anak kepada ketua gangster dalam bandar ni. Orang paling berkuasa, sampaikan pihak berkuasa mahupun polis tak berani nak masuk campur dengan urusan yang berlaku dekat dalam akademi ni.

Kiran termenung memandang ke Budak yang kini jatuh melungkup dekat tanah lepas terjatuh di tolak oleh si pembulinya. Dia kedipkan mata dua kali sebelum bersuara dengan mendatar. "Buat apa di tanya kalau dah tahu"ujarnya.

Ashton dan Dawson tarik sengih jahat mereka lepas dengar.

"Assa!Lama dah aku tunggu saat ni.hahaha!Rindu nak 'memburu'."kata Dawson sambil gosok kedua-dua telapak tangan dengan tidak sabar.

"Hahaha...kan. Rasanya last kita buat pun tiga bulan lepas. Itu pun tak lama 15 minit je dah tamat...ugh. Lembab betul Budak perempuan tu. Tak seronok langsung."getus Ashton yang teringat akan gadis perempuan yang dia kutip dari kelab malam.

Fabian pandang ke Kiran sewaktu dua orang rakannya itu sedang berborak. "Kau fikirkan apa?Asal aku tengok kau macam terganggu ke?"

Kiran tak jawab. Dia diam termenung tanpa sebab. Dia sendiri tak tahu kenapa dia macam ni. Mungkin sebab lepas dia dengan yang ayah dia akan berkahwin dengan bekas tutor a.k.a teman wanita tiga tahun dia sendiri agaknya. Orang tua tu!Tak sedar diri betul.

"Kalau macam tu siapa yang nak pancing anak ikan kita ni?"ujar Dawson dengan renungan nakal jahat ke Ashton dan Fabian.

Fabian palingkan kepala ke dua orang rakannya pula lepas Kiran tak hiraukan dirinya. Dia silangkan tangan ke dada. "Biar aku je yang try...muka aku baik sikit kalau nak di bandingkan kau orang berdua ni.anak dugong pun tak terpikat."

"Hei!"dengan serentak Ashton dan Dawson berseru tak puas hati.

Kiran mengetap gigi menahan sabar sebelum lemparkan pandangan dengan bengang ke perkara lain.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now