34. Farzin Hell

3K 353 43
                                    

"Bagi pisau tu dekat aku.."arah Farzin sambil hulur tangan.

Hailey ketap bibir bila Farzin pandang dia macam tu. "Dengar...saya tak bunuh mereka. Saya cuma-"

"Beri.Kan.Pisau.Tu.Dekat.Aku."arah Farzin lagi sambil menekankan setiap perkataan yang di sebut olehnya.

Hailey tarik muncung lalu jalan dekati Farzin sebelum serahkan pisau tu dengan tak rela pada Farzin. "Itupun nak marah.."cebiknya sambil tu.

Farzin capai pisau tersebut dengan tangan kiri terlebih dahulu sebelum pegang bawah dagu Hailey dengan tangan kanannya. "Siapa kelar kau?"tanya dia menyedari ada kesan darah di bawah leher. Tapi tiada luka. Licin seperti tiada apa-apa. Mujur dia tiada masalah jantung. Kalau ada lama dah kena heart attack gara-gara Hailey.

"Ini orangnya.."Hailey tunding jari ke Kareem.

Farzin pandang ke Kareem dengan kening mencerlung. Berani betul lelaki ni sentuh Hailey!Kelar leher?Ingat Hailey ni ayam ke!Suka hati betul!Memang cari pasal betul.

Kareem ikut balas renungan menakutkan dari Farzin. Habis la dia!Habis la dia!Matanya terbutang kaku.

"Dah pergi sana..cuci semua darah ni sebelum ada yang nampak."Farzin suakan kotnya kepada Hailey untuk tutup badan yang kotor dengan kesan darah tu.

"Okay boss!"sambut Hailey dengan ceria lalu jalan melompat-lompat riang pergi dari situ.

Sementara Kareem dan yang lain dan mula mengesot nak jauhkan diri bila tengok Farzin berdiri di situ.

"Farzin...dengar..aku boleh jelaskan.." ujar Kareem terketar-ketar.

Farzin buat muka bengangnya. Pisau yang berdarah dekat tangannya di gengam dengan erat. "Aku dah pesan kan dekat kau orang?'tanya dia.

"Tak..Rafael...Rafael yang suruh..aku buat apa dia suruh.."beritahu Kareem.

Ingat lagi situasi di koridor tak lama dulu masa Rafael and the geng paksa pelajar perempuan ikut mereka dan Rafael bertembung dengan seseorang. Ya...orang itu adalah Farzin. Satu-satunya pelajar yang Maddeath tak berani nak sentuh.

Ramai-ramai samseng dan kepala hantu dalam akademi ini, Farzin juga sebahagian dari mereka. Cuma Farzin tak tunjukkan. Lelaki ni kalau baik, memang baik. Tapi kalau kejam, memang tak ada bincang. Farzin boleh atasi mereka macam tu je. Sebab Rafael pernah putus jari kerana Farzin sewaktu bertarung dengan lelaki ini suatu masa dahulu. Dengan cara ni la Farzin control akademi dan buatkan pelajar akademi behave buat sementara waktu. Dia tak bunuh sesiapa. Cuba beri sedikit 'touch up' pada mereka yang susah sangat nak faham Bahasa.

Ditambahkan Hailey sebagai perasa, memang hancur Budak-Budak bermasalah dalam akademi ni!

"Aku tak peduli sama ada Rafael yang suruh atau bukan..yang aku peduli sekarang, bukan ke aku suruh kau orang jangan jual dadah dan timbulkan masalah dengan sesiapa dalam akademi ni termasuk pelajar perempuan kan?Berapa kali aku nak pesan?"Farzin bercangkung dekat Kareem.

Oleh kerana dia tak boleh guna tangan, hanya kepala saja di gelengkan."Please Farzin...jangan."minta Kareem lagi dengan muka terdesaknya.

Tak peduli dengan permintaan itu, Farzin pegang cuping telinga Kareem dan letakkan pisau tu pada telinga tu. "Apa gunanya telinga kalau tak di pakai dengan betul kan?"tanya dia sebelum mengerat putus cuping tu.

"ARGHH!!!!!!!"teriak Kareem sekuat hati kerana kesakitan sampai kaki tu meronta-ronta bagai nak apa sewaktu keratan di lakukan.

Tanpa tunjuk sikit pun reaksi di wajahnya, Farzin buang pisau tu ke tepi dan cuping telinga Kareem. tangannya yang berdarah itu di kesat pada pakaian Kareem. "Leceh betul la..kau suka sangat rumitkan keadaan." keluhnya semasa keluarkan telefon dari poket untuk hubungi pasukan pembersihannya supaya angkut keluar semua jasad ni keluar.

Kareem menangis dekat situ menahan sakit. Sakitnya macam nak mati je rasanya. Sebab kenapa mereka tak boleh sentuh Farzin adalah kerana Farzin adalah anak dekan. Mereka tak boleh macam-macam dengan anak dekan sebab tak nak keluar dari akademi ni. Hanya akademi sumber kewangan mereka. Kalau mereka berhenti, mereka tak boleh dapatkan pelanggan dan gadis cantik. Nak cover kerja jahat mereka sentiasa low profile kalau nak buat sesuatu. Tapi Rafael pernah tertangkap sekali. Itu yang hilang jari. Sekarang giliran dia pula. Nak balas dendam , tapi tak pernah menjadi sebab Farzin sendiri boleh atasi mereka macam tu je.

"Ingat...hal ni tak ada siapa boleh tahu. Kau sebut nama Hailey pada Rafael atau sesiapa. silap masa lidah kau yang aku kerat...faham tu?"pesan Farzin sewaktu tunduk memandang skrin telefon menaip sesuatu.

Tak cakap banyak Kareem mengangguk kepala di balik esak tanggisnya.

"Dan kawan-kawan kau ni...suruh dia orang keluar akademi. Jangan masuk ke sini. Dia orang bukan Budak-Budak lagi.."tambah Farzin yang perasan tiga lelaki di situ adalah orang dewasa bukannya remaja lagi. Bersama muka menyampah dia berpaling dari situ.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now