37. Baby Please don't go

3.1K 344 7
                                    

"Kenapa aku ada dekat sini?"

"Kamu sakit..."

"Tipu...doktor tahu aku tak sakit."

"Kamu sakit."

"Berhenti cakap perkara yang sama pada aku macam tu...aku bukan budak-budak lagi!"deramnya yang terikat pada kerusi di tangan dan kaki.

"Kamu sakit...kamu cenderung untuk lukakan diri kamu..."

"Sebab kau tahu aku tak rasa sakit sebab tu aku cederakan sendiri...dan luka tu pulih sendiri.."

"Sebab itu saya beritahu kamu sakit."

"Tolong la...lepaskan aku...!Aku tak tahan."

"Saya tahu itu Hailey....penjaga kamu minta kamu terus di rawat di sini. Ianya demi kebaikan kamu sendiri."

"Sampai bila?Hah?Sampai aku tua?mengerepot dekat sini?Itu maksud doktor?"

"Saya tak tahu Hailey...dekat luar sana terlalu ramai orang jahat...ianya tak selamat untuk kamu. Duduk la di sini..."

"Tapi kenapa?Salah apa yang aku dah buat sampai kau kurung aku macam ni?Huh?Kenapa!!!!"

"Kamu tak salah...yang salahnya adalah mereka yang meletakkan kamu di sini. Kami tak pernah menyakiti kamu...kami hanya mahu kamu selamat. Bila masanya tiba kamu akan keluar dari sini..."

"Bila?"

"Bila masanya tiba. Dan saya janji kamu akan bebas setelah itu."

Mata dia pandang jarum yang tertusuk di urat nadinya. Dia tertanya-tanya bila agaknya rasa sakit tu muncul?

"Kau menungkan apa?"tanya Farzin sambil kesat darah dari kesan suntikan.

Hailey pandang muka Farzin. Kakinya sedang tergantung atas peha Farzin semasa duduk dekat katil menerima ubat-ubatannya. Agaknya kalau dia beritahu Farzin apa reaksinya ya?

"Cuma terfikir...dia orang ada dadah untuk control aku...tapi tak ada racun yang boleh bunuh aku...still dia orang kata boleh 'bebaskan' aku? Tak ke pelik tu?"tanya Hailey sambil goyangkan kakinya dengan riang.

Farzin letakkan picagari yang telah kosong ke dalam belas khas sebelum pandang ke Hailey. "Apa yang kau merepekkan ni?"keningnya berkerut tak suka.

Hailey tersenyum. "Mana ada aku merepek. Listen okay...ayah kau janji dengan aku..kalau aku tolong dia selesaikan masalah akademi ni dia akan bantu bebaskan aku sebagai bayarannya. Kau tahu macam mana cara dia bebaskan aku?"keningnya di nari-narikan dengan goofy.

"Macam mana?"tanya Farzin walaupun dia tahu. Ibaratnya macam dicarik-carik je dada dia sekarang ni.

"Mati. BAAM!Just like that. Kau bayangkan." kata Hailey sambil tepuk tangan depan muka Farzin satu kali. Kemudian tersenyum senang.

Farzin buat muka sedih. Macam mana Hailey boleh cakap dengan bersahaja macam ni?

"Kau masih fikirkan hal tu?Aku ingat aku dah buat kau ubah fikiran dari lakukan hal tu?"tanya Farzin dengan kecewa. Dia pandang tak percaya ke Hailey. Giginya di ketap kuat.

"Hahaha...apa maksud kau? Ubah fikiran?Dari apa?Dari keputusan aku untuk mati atau sembuh?"tanya Hailey yang ketawa sampai matanya ikut tersenyum.

Sambil mengetap gigi menahan sabarnya. Mata Farzin mula kemerahan. Dia sedih sebab Hailey masih pertimbangkan keputusan tu. Nafasnya tertahan-tahan.

"Aku tak boleh sembuh Farzin. I already broken like glasses. They already shattered into pieces. Even you try to glue each of them..it still can't be fix..."beritahu Hailey dengan perlahan. "Dalam ni...dalam ni..semuanya...rosak. 12 tahun dia orang cuba fixed...inikan dua bulan.." katanya sambil tunjuk dahi dada dan seluruh anggota badannya.

Kepala Farzin tertunduk ke bawah. Dia tak boleh nak handle Hailey sekarang ni.

"Kau tahu...betapa sesaknya rasa dekat dada dan kepala ni bila kau tak boleh nak rasa apa-apa?Tak kira apa kau buat still tak rasa sakit? Aku rasa macam nak meletup. Kepala aku serabut. Hati aku degup senak sepanjang masa...dan aku rimas nak tanggung semua tu..sebab tu aku nak mati supaya bebas dari perasaan sesak ni."tambah Hailey lagi sewaktu cuba mencari wajah Farzin.

Farzin angkat kepala. Dia capai tangan Hailey lalu diramas-ramas jari tu. Bersama renungan redup dia pandang tepat ke mata Hailey.Hanya Tuhan saja yang tahu betapa patahnya hati dia sekarang ini. "Please Hailey...bagi peluang dekat diri kau. Aku tolong kau. Aku yakin kau boleh sembuh. Jangan give up. Aku janji kau akan dapat life yang lebih baik dari sebelum ni..."minta dia dengan nada memujuk.

Hailey tersenyum senang.

"Aku penat Farzin. Penat sangat...sampaikan aku dah terbayang sekarang dalam kepala macam mana nak matikan diri aku sekarang. Kalau bukan sebab kau ada dekat sini lama dah aku buat."tangan Farzin yang sedang memegang tangannya di tepuk-tepuk.

"Hailey tolong la.."tangan Hailey di bawa ke dahinya. Farzin pejam mata sambil mengetap gigi kuat-kuat. Ayah dia tahu. Ayah dia tahu semua ni. Dia diminta jadi teman Hailey bukan untuk ubah fikiran tapi hanya sebagai alat untuk lengahkan masa saja. Ayah dia tahu yang keputusan Hailey tak dapat lagi di ubah.

Hailey gerak memeluk bahu Farzin dan rehatkan kepalanya ke ceruk leher tu. "Tapi jangan risau. Kau memang jadi kawan yang baik. Aku happy ada kau dekat dengan aku..."ucapnya.

Tak tahu nak cakap macam mana, Farzin dengan lemah semangat rehatkan pipinya ke kepala Hailey dan lingkarkan tangan ke sekeliling badan tu. Dia tak tahu nak kata apa lagi. Semangatnya hampir pudar.

"Jangan pergi Hailey...tolong la stay."mintak Farzin dengan mata terpejam perlahan-lahan. Dia tak larat nak bercakap lagi sebab kalau dia bercakap lebih, dia takut dia akan mengalirkan air mata.

"Shhh...it okay. Kau akan okay. Semua orang akan okay. Aku janji semuanya akan kembali kepada sedia kala."dodoi Hailey sewaktu menepuk badan Farzin. Hanya ini saja cara terbaik untuk dia dan semua orang. Kalau dia hidup dia tak tahu sampai bila dia boleh elak dari sakiti diri sendiri dan orang lain.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now