29. Sesi membaca.

3K 347 9
                                    

"Ini huruf apa?"

Pok!

Satu ketukan diberikan ke kepala tu.

"Auw..asal?"

"Sakit tak?"

"Sakit la sengal...soalan apa yang kau tanyakan tu?"

"Tahu pun...kau pun sengal jugak sebab tanya aku soalan bebal tu sedangkan aku dah jelas-jelas aku cakap aku tak tahu baca apa lagi kenal huruf."

Farzin buat muka 'seriously' pada Hailey. Untung la Hailey ni sakit, jadi dia bertimbang rasa sikit untuk tidak sakiti anak orang ni.

"Fine...ini huruf 'a' kecik...okay. huruf vokal." tunjuk Farzin sambil tunjuk huruf pada skrin ipad. Disebabkan dekat rumah tak ada buku kanak-kanak terpaksa guna google sebagai rujukan.

Hailey angguk kepala. Dia buat muka tak berminat. "Ah!Aku tak nak tahu. Malas. Kau bacakan untuk aku aje la."ipad itu di turunkan ke bawah.

Farzin yang sedang duduk melunjur dekat katil dalam bilik Hailey itu melepaskan keluhan panjang. Kepalanya di samdar pada head rest katil."Cepat give up la kau ni.."keluhnya.

"Cepat la baca apa yang ada dekat sampul tu.." gesa Hailey sambil cengkam kain baju di dada Farzin dan digoncang. "Cepat-cepat!"

Dengan malas, Farzin capai sampul yang ada dekat atas almari sebelah katil tu lalu di keluarkan isinya di situ.

Hailey mengesot rapat ke Farzin. Kepalanya di dekatkan ke tepi kepala tu sebab nak tengok lebih dekat lagi.

"Janji dengan aku dulu.."kata Farzin bila dia mula nampak imej dan butiran di kertas sewaktu ia di keluarkan.

"Janji apa lagi.."getus Hailey dengan nada tak suka sebab dia dah tak sabar nak tahu siapa orang yang dah buang dia dan biarkan dia menderita dalam rehab tu tak terbela! Farzin pun banyak la ngelaknya. Letih dia menunggu. "Apa bendanya?Cepat beritahu..."

Kepalanya di paling, buatkan wajahnya bertemu muka dengan Hailey hanya berjarak sejengkal saja. "Jangan breakdown...okay? Aku still belajar macam mana nak handle kau. Banyak perkara yang aku tak tahu...so jangan naik hantu."pesannya dengan perlahan hampir berbisik pada Hailey.

Mata Hailey bertentangan dengan mata Farzin sebaik saja lelaki tu memandangnya. Tapi tak lama Farzin bercakap, perhatian dia turun ke bibir tu pulak. Teringat dia hal di dapur beberapa malam yang lepas.

"Okay."angguknya dengan patuh sebelum tersenyum nipis.

Farzin diam sekejap. Dia pandang muka tu buat beberapa saat. Tak sure idea ni baik atau tidak untuk Hailey tahu. "Dengar elok-elok kalau macam tu." dia rangkul bahu Hailey dan bawa kepala tu bersandar ke dadanya.

Hailey ikutkan saja akan Farzin dan rehatkan kepalanya ke dada itu dengan tangan sebelah berada di perut Farzin.

"Nama diberi Haelina Lennox, lahir pada 1972 oktober."baca Farzin semasa lihat butiran dalam kertas tu. "Bekerja sebagai seorang jurujual di sebuah supermarket selama lima tahun pada usia 25 tahun. Tapi berhenti tak lama kemudian."bila matanya terarah pada butiran terakhir, bibirnya berat hendak dibuka.

Hailey tunggu. Tapi bila Farzin ambil masa terlalu lama berhenti, dia tepuk perut tu. "Lagi?"

Giginya di ketap kuat. "Bercerai pada usia 32 tahun sebelum meninggal dunia setahun kemudian..."lafaz Farzin dengan perlahan dan berhati-hati.

Kening Hailey terangkat tinggi sebaik mendengarnya. "Meninggal?"ulangnya dengan hairan.

"Pada tahun yang sama  kau dihantar ke pusat rehab..."sambung Farzin yang berasa begitu devastated membaca laporan ni. Apa semua ni!?

Hailey kedipkan mata beberapa kali. "Apa punca kematian dia?"tanya dia yang entah kenapa rasa terkilan. Ingatkan dia boleh jumpa orang tuanya satu hari nanti sebelum dia matikan dirinya sendiri.

"Hailey...aku rasa baik kita berhenti."beritahu Farzin. Dia tak nak teruskan semua ni. Tak nak buatkan Hailey emosi.

"Beritahu aku.."arah Hailey yang bangun dari sandarannya di dada itu. Keningnya mencerlung marah.

Farzin ikut duduk tegak dari sandarnya. Dia cuba pegang lengan Hailey dengan reaksi simpati di wajah. "Hailey...please..."

"AKU KATA BERITAHU SEKARANG!BERITAHU JE LA!"jerkah Hailey dengan berang. Mata itu sudah kemerahan, air mata mulai bergenangan di empangannya. Dada dia naik turun hendak hilang sabar.

Berkedip mata Farzin dibuat bentakan tu. Dia tak nak beritahu sebab ianya akan buat Hailey semakin sedih. "Hailey.."

"Arghhhhh!!!!!!!!!"jerit Hailey yang hilang kawalan sebab dia terlalu marah. Kenapa! Kenapa ibu dia mati dulu sebelum dia? Dia tak sempat nak balas dendam! Dia tak sempat nak bagi sakit pada orang yang lahir dia tapi letak dia dekat tempat menakutkan tu!  "CAKAP!CAKAP!!!!!!"jeritnya sambil tumbuk katil tu dengan marah.

Farzin berkerut kening. Dia jadi risau. "Aku beritahu...aku beritahu..please. Hailey...bawak bertenang.."

Hailey berhenti. Dia pandang Farzin dengan nafas naik turun marahnya. Bibir mencebik mahu menangis.

Farzin telan air liur serba salahnya.

"Ianya disebabkan suicide.."lafaz Farzin dengan mengalah. "Dia bunuh diri sebab kemurungan dan tekanan perasaan yang dialami. Dan dia meninggal dekat rehab yang sama tempat kau menginap."

Jatuh menitis air matanya ke bawah. "Apa?Bunuh diri?"tanya Hailey dengan lemah. Tak mungkin! Ibu dia tak mungkin bunuh diri! Siapa ayahnya? Biar dia cari lelaki tu dan akan dia cekik sampai mati! Kenapa orang tuanya biarkan dia dibesarkan dekat tempat macam tu! Sampai gila dia dibuatnya!?

"Hailey please...kau dah janji dengan aku.." Farzin dapatkan Hailey dan tarik badan tu ke dalam pelukannya. "Jangan salahkan diri kau lagi.."belakang badan Hailey di gosok dengan lembut.

Berasa tak percaya dengan apa yang dengar, Hailey meraung dekat dalam pelukan tu. Mukanya disembam ke dada Farzin. Dengan terdesak dia cuba lepaskan pelukan tu.

"Tak!Kau tipu!Arghhhh!Lepaskan aku!!!Arghhh!Lepas!LEPAS!!!Lepaskan aku!!!!Arghhhhhhh!!!!!"suara teriakan dan raungan itu menghuni seluruh pelosok rumah agam itu.

Buatkan suasana malam yang hening itu semakin menyeramkan.

Sampaikan Lazaro yang ada dekat dalam bilik bacaan boleh dengar suara jeritan tu. Dia yang sedang meneliti dokumen di meja kerja berhenti sebab terganggu dengan teriakan tu. Kalau bukan kerana dia telah berjanji. Dia tak boleh nak rahsiakannya dari Hailey mengenainya. Dia harap Farzin dapat selamatkan Hailey sebelum masa itu tiba.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now