8. Craving

3.3K 347 11
                                    

Bip!

Bip!

Bip!

Fokusnya tersentak bila jam tangan dekat pergelangannya berbunyi. Bersama senyuman gembira di bibir dia bangun dari badan orang yang sudah berlumuran darah dekat atas tanah tu.

"Habis!Kan tak pasal-pasal baju aku kotor." keluh Hailey semasa tunduk memandang tangan yang kotor dek memegang batu yang dia gunakan untuk pukul kepala lelaki yang cuba sentuh dia lepas paksa dia ikut pensyarah lelaki miang ini ke dalam kawasan hutan dekat belakang akademi ni.

Lelaki tidak sedarkan diri itu pula hanya terbaring dekat atas tanah dengan kolam darahnya sendiri.

"Haih..."apa nak jadi. Dia dah cakap elok-elok yang dia tak nak, tapi lelaki ni berdegil hendak raba badan dan kiss dia. Nak tak nak terpaksa la dia hentak kepala tu berkali-kali dengan batu yang ada berdekatan dengan dia.

Bip!

Bip!

Bip!

Semakin lama semakin kuat pulak bunyi jam tangan khas dipakaikan kepadanya oleh Lazaro. Dia yang dengar merinding jengkel. Asal benda alah ni bising sangat? Diam sudah la! Hish!

Pak!

Pak!

Tangannya memukul permukaan jam yang dia tak boleh tanggalkan kecuali dia potong tangannya ini.

"Senyap!Senyap!Ugh!!"marah Hailey sambil tu.

"Seriously?"tegur satu suara dalam dari belakangnya.

Tersentak dengan suara tidak asing tu, Hailey pun berpaling dengan pantas. Ingatkan siapa. Sekali tu kesayangan dia rupanya. Sengih lebar terukir di bibir dia!"Abang handsome!"sapanya yang mendepa tangan sambil berlari hendak memeluk kawan kegemarannya itu.

Farzin yang berdiri dekat situ lepas kesan keberadaan Hailey menggunakan jam tracker di tangan itu pasang muka tak berminat. Tak pasal-pasal betullah!

Hailey semakin menghampiri Farzin.

"Stop!"arah Farzin dengan mendatar seinci sebelum Hailey yang kotor dengan darah itu dari sempat memeluk dia.

Dengan patuh Hailey pun berhenti kaku seperti patung dalam keadaan tangan berdepa mahu peluk Farzin. "Kenapa?"tanya dia terkebil-kebil bingung.

Mata Farzin kemudiannya lirik akan keadaan Hailey. Baju kemeja terkoyak mendedahkan bahu dan badan itu, ada kesan lebam dekat tepi tulang pipi dan darah di hujung bibir. Lalu ke pensyarah malang yang jadi mangsa Hailey pada hari pertama gadis ini. Darah jangan cakap la,habis lencun di baju dan tangan tu.

"Perlu ke kau belasah dia sampai macam tu?"keluh Farzin semasa tanggalkan kot dari badannya lalu di pakaikan ke badan Hailey.

Hailey tersenyum suka bila Farzin dekat pada dia. "Dia yang tak nak dengar. Aku dah cakap elok-elok yang aku tak nak. Tapi dia still tarik dan pegang aku...tampar aku. So..terpaksa la."beritahunya.

Mata Farzin naik memandang Hailey. Rasa serba salah sebab biarkan Hailey bahayakan diri demi membersihkan parasit yang ada dalam akademi ni. "Kau tak apa-apa?Sakit dekat mana-mana?"tanya dia.

"Hahaha...sakit? Aku sendiri tak tahu apa tu sakit?Ini kan lagi rasa...hahahaha..."ketawa Hailey dengan gembira. Tangan berdarahnya naik memegang muka semasa ketawa.

Membiarkan Hailey dengan dunianya, Farzin dekati pensyarah yang dikhabarkan sering memperkosa pelajar perempuan dalam akademi ini dengan alasan lelaki ini dapat berikan markah tambahan itu. Dia bercakung dekat tepi pensyarah tersebut lalu check sama ada lelaki itu bernafas lagi atau tidak. Jari telunjuknya menyentuh nadi di leher itu untuk beberapa saat pertama tiada respon. Setelah itu baru dia rasa denyutan di situ.

"Dia dah mati ke?"muncul kepala Hailey dari balik bahu Farzin.

"Tak..nyawa-nyawa ikan." ujar Farzin dengan mendatar. Dia kemudianya berdiri sebelum keluarkan telefon dari dalam poketnya.

"Hah?Tak mati?Alah..."rajuk Hailey. "Sini...biar aku tamatkan terus riwayat dia.."dia tunduk nak kutip batu yang sama sekali lagi.

Farzin cepat-cepat pegang kolar baju Hailey dengan sebelah tangan sewaktu dia tekap telefon ke telinga kanannya pula. "Enough for today."arahnya sewaktu menunggu panggilannya di jawab.

Tergantung Hailey dekat situ lepas kolarnya di pegang. Niat dia nak capai batu di batalkan sebelum berdiri tegak memandang Farzin. "But why?He deserve this...Lazaro cakap lelaki ni kena di hapuskan."rengeknya.

Mata Farzin menjeling tajam ke Hailey bila gadis itu tidak mahu patuh dengannya. Menjawab je tahunya. Dan pada masa yang sama panggilan dia di sambut.

"Hello?"sapa suara dari panggilan tu.

Hailey tarik muncung tak puas hati lalu silangkan tangan ke dada.

"Tolong bersihkan kawasan hutan dekat belakang akademi ni...saya tinggalkan tracker dekat sini jejak ia. Macam biasa ya." beritahu Farzin. Dia ada pasukan pembersihnya sendiri. Yang mana bertugas untuk kemas semula sepah sekiranya pelajar-pelajar akademi buat hal. Dan kali ni pasukan dia akan jadi khas untuk bersihkan 'sepah' yang Hailey lakukan pulak.

"Baik."sambut orang dalam panggilan tu.

Setelah itu panggilan tersebut di putuskan. Dan Farzin beralih ke Hailey. Dia tarik Hailey dengan kolar kot yang di pegangnya."Jom balik." ajaknya.

Tersandung hendak jatuh, Hailey ikut saja langkah tu terkedek-kedek. Ugh. Kalau ya tak payah tarik dia macam lembu. Tahu la dia nak jalan sendiri. "Kenapa kau marah...aku buat apa yang di suruh je.."rajuknya lagi. Dia tak suka bila Farzin serius dan garang macam ni. Dia suka Farzin yang peramah dan baik.

Muka Farzin dingin tiada perasaan.

"Bukan secepat ni...kau baru je masuk akademi, hari pertama lagi tu...kau rasa!?"kata Farzin dengan nada hendak marah. "Kalau kau nak aku kawan dengan kau, kawal sikit diri tu." pesannya.

"Tahu la...jangan la marah."minta Hailey lagi.

"Dah cepat jalan. Nanti orang nampak kau berlumuran darah macam ni...satu hal lagi.." gesa Farzin sambil pegang kolar tu. Tak nak biarkan Hailey sentuh dia kerana takut ikut terpalit dengan darah.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now