22. Pasang Telinga.

3.1K 340 12
                                    

"hei...apa kes Akagi..aku dengar dia koma tak sedar-sedar lagi?"

"Lantak la...dia koma ke mati ke bukan urusan kita...kan Gisle."

Gisle yang sedang mengenakan mascara pada bulu mata berdengus mengejek. "Dia yang nak terjun sendiri dari bangunan...bukan aku yang suruh. Lagipun elok jugak dia buat macam tu. Tak payah la aku susahkan diri nak hapuskan dia."komennya.

"Hahaha..."

"Habis tu macam mana sekarang...kita perlukan sidekick baru untuk jadi 'tutor' kita. Exam nak dekat. Kalau kita tak cari orang baru. masak kita nanti."

Setelah yakin dengan solekannya, mascara tadi di letakkan dalam porch dan capai lip tint pula. "Aku dah jumpa...nama dia..siapa ya. Dia Budak pandai jugak...hmm...Kelly?Rasanya tu nama dia. Pelajar dari kelas atas B-Class. Budak biasiswa.Aku ugut dia sekali je pasal drop, dia terus setuju. So settle la."beritahu Gisle lagi semasa dia pandang ke cermin untuk palitkan lip tint ke bibirnya.

"Woah...memang terbaik la kau Gisle. Kau jangan risau eh..aku akan pastikan papa aku tahu tentang hal ni dan support ayah kau untuk jadi ahli parlmen daerah ni.."

"Aku pun...selagi kau sanggup tolong, kita orang akan balas balik pada kau.."

"Aku simpan janji kau orang tu ya.."pesan Gisle semasa jeling akan rakannya melalui pantulan cermin tandas itu.

Mereka berborak buat seketika sebelum keluar dari situ beberapa minit kemudian. Tidak lama lepas bilik air itu penuh dengan bau haruman minyak wangi mahal, pintu cubicles tandas yang ada dekat situ pun terbuka.

Muncul Hailey Si Berambut Bang dekat dahi. Dia pandang ke arah sinki itu sebelum berjalan keluar dari tandas tu dan berdiri dekat situ buat seketika. Pandangannya terarah pada pintu yang tertutup rapat sebelum dia palingkan kepala saja ke cermin besar di depan sinki itu.

Tak sangka yang dia akan dengar semua perbualan tu. Dia nak 'membuang' pun tak jadi sebab takut bunyi kentut dia kedengaran. Tahan punya tahan,m terus tak keluar akhirnya. Tapi mujur la dia sempat rakam akan perbualan tiga orang perempuan tu tadi.

Hailey pandang bayangnya di pantulan cermin dengan muka terkejut.

"Dasyat betul la akademi ni?Macam mana tempat yang sepatutnya cipta manusia di duduki dengan setan?Ini sekolah atau neraka?"tanya Hailey sendiri pada bayang di cermin depannya. "Beritahu...dia yang gila ni pun tak adalah kejam sangat sampai nak buat hidup orang sengsara.."boraknya.

Lalu bayang dekat cermin tu mengangguk kepala.Membalas renungan Hailey. "Kan?"

Hailey geleng kepala kesal. "Tak boleh jadi ni...kita tak boleh biarkan setan-setan ni berkeliaran bebas. Kau rasa kita kena buat apa?"tanya dia pada bayangnya di cermin.

Bayang Hailey dekat cermin tu pegang dagu sendiri. Dia tunjuk ekpresi nakal. "Betul kata kau. Aku setuju. Kita tak boleh biarkan dia orang terlepas dengan kesalahan dia orang dan biarkan dia orang hidup happy atas kesengsaaran orang lain...maybe kalau kau bunuh seorang dua, tak ada siapa kisah...yalah kita kan gila...sekalipun kau di sabitkan kesalahan dia orang tak boleh nak jatuhkan hukuman pada kita...kan. Orang gila tempatnya dekat hospital mental..bukan penjara.."bicara bayang Hailey.

Hailey yang dengar Tarik sengih meleret. "Yalah..pandai kau kan...aku pun rasa macam tu...so siapa dulu kita nak bunuh?Aku tak sabar?Perempuan suka make up tebal tu ke?"

Bayang Hailey ketawa. "Hihi...mana best...main actress kenala stay sampai akhir cerita. Firstly kita buat dia rasa apa itu sakit bila kehilangan orang tersayang, kemudian Malukan dia depan seluruh dunia, kemudian biarkan dia menderita dan baru la bunuh.."cadang dia.

Berasa gembira dengan idea itu, Hailey angguk kepala. Dia pandang akan pantulan dirinya. "Hahahahaha."ketawanya dengan mengilai dekat situ. Yalah...dah macam orang gila pulak cakap sendiri dekat depan cermin macam ni. Kalau orang lain tengok ni mahunya dia orang fikir dia dah hilang kewarasan. Nak buat macam mana, dah dia memang gila. "AHAHAHAAHAHAHA!!!!"ketawanya lagi dengan besar sebelum berjalan keluar dari tandas tu.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now