3. Rumah Baru.

3.7K 385 27
                                    

Jantungnya berdegup kencang. Dia tak tahu nak gambarkan apa perasaan yang dia sedang alami sekarang ini. Sebab semuanya jadi begitu seakan seperti mimpi saja. Buat pertama kali dalam usia 18 tahun dia dapat jejak kaki dan hirup Udara segar dan berada di tempat yang berbeza. 12 tahun dia terperuk dalam pusat rehab tu. Ini pertama kali dia jejak kaki dan temui manusia lain selain Sonia dan doctor sakit jiwanya.

"Ini rumah saya."ujar Lazaro di sebelahnya apabila mereka keluar saja dari kereta.

Bersama mata terbutang luas, Hailey pandang sekelilingnya dengan perasaan teruja yang amat. Dia rasa macam nak lari je dari sini. Nak jelajah apa aje yang ada dekat tempat asing ni. Sumpah!Dia tak sabar. Tangan dan kakinya sudah bergetar hendak hilang kawalan.

"Kata sekolah kenapa hantar aku ke sini?"soal Hailey.

"Kamu akan tinggal Bersama dengan saya. Arahan dari rehab sendiri."Lazaro dorong Hailey ke depan supaya terus bergerak ke arah pintu rumah agamnya itu.

Hailey berjalan ke depan dengan mata penuh menantinya. Dia nak tahu jugak macam mana keadaan rumah agam ni. Dengan sendiri pintu itu terbuka tepat sewaktu mereka berdua menghampirinya. Dia ingatkan ada mesin ke hantu ke apa yang tolong buka, rupanya ada maid yang berdiri dekat sebalik daun pintu itu.

Haih... Tak best betul la!

Bila Lazaro berjalan ke arah tangga, seseorang muncul dari puncak tingkat itu lalu terlihat akan gadis berkardigen dan rambut hitam bang menutupi kening berdiri dekat bawah tangga.

"Siapa yang ayah bawa ni?"tegur suara dalam milik orang itu.

Kepala Lazaro tersentak, lalu bertentang mata dengan anak lelakinya. Agak terkejut melihat kemunculan anaknya itu.

"Farzin..kamu ada di rumah ke?Ayah ingat kamu di akademi hari ni?" selorohnya sambil mendaki anak tangga.

Hailey yang ternampak akan lelaki lampai di atas anak tangga itu tarik senyuman lebar di bibir. Huish! Siapa abang handsome ni!?

"Hai handsome.."sapa dia dengan ceria kerana berasa gembira sebab dapat lihat abang handsome di sini. Tak sangka ya, orang tua ni ada anak lelaki setampan abang di depannya ini.

Farzin buat muka selepas dengar sapaan itu. Dia pandang sinis ke Hailey!

"Hari ni kelas tak ada. Malas nak duduk dekat akademi, itu yang Farzin balik rumah."jawab dia sambil memandang ayahnya semula.

"Kenalkan...ini adalah Hailey Power. Ingat tentang orang yang ayah ceritakan kepada kamu tu?"Lazaro beri renungan penuh maksud kepada anak lelakinya.

Buat sesaat,  dia terdiam. Cuba mentafsir maksud renungan ayahnya itu. Apabila realiti menyentaknya Farzin pandang terkejut ke Lazaro lepas dengar. Dia kemudiannya palingkan kepala. Memandang gadis di bawah tangga itu.

Ini ke Si Psiko yang ayah dia beritahu boleh bantu mereka pulihkan nama baik akademi keluarganya?

Perasan dirinya di pandang, Hailey lambai tangan dengan riang ke Farzin. Hihihi!Nampaknya ada yang telah berminat dengan kehadiran dia di sini la!

Tanpa beri sebarang komen, Farzin berlalu pergi dari situ dengan jelingan menyampah ke Hailey.

Ugh!Menyemak la!

Air muka ceria Hailey jatuh.

What the f*ck!Hailey buat muka tercengang bila Farzin pergi macam tu je. Iya-ya dia ingatkan Farzin akan senyum atau balas lambaian dia dengan mesra. Rupanya tak. What a jerk!

"Ikut saya Hailey...saya tunjuk bilik kamu."aju Lazaro yang berada di atas puncak tangga itu.

Sambil berlari anak, Hailey dekati Lazaro lalu berdiri di sisi lelaki itu. "Siapa abang handsome tadi tu? Siapa nama dia?Berapa umur dia?Boleh aku dekati dia?Jadi kawan aku?Kau tahu ini pertama kali aku jumpa lelaki handsome macam dia tu?"tanya Hailey dengan satu nafas.

Lazaro mendiamkan diri. Dia hanya pandang ke depan semasa mengiringi perjalanan untuk ke bilik Hailey. Pesanan dari doctor di rehab tadi terngiang-ngiang di dalam kepalanya sepanjang masa selepas keluar dari pusat pemulihan itu.

"Sekiranya tuan hendak menjaganya, saya beri pesanan awal kepada tuan. Sila bersiap sedia. Hailey mempunyai kecenderungan untuk mencederakan diri dengan kerap. Karakter dia boleh berubah bila-bila masa. Sama ada ceria kepada serius, dari gila kepada sedih. ianya tak menentu. Jadi pastikan pengambilan ubat penenang di beri ikut jadual. Saya sarankan simpan semua benda yang tajam jauh dari pandangan matanya. Tingkah laku dia ni tak boleh di agak. Ada masanya dia suka duduk sendiri termenung, ada masanya dia berkelakuan seperti anak yang normal, dan ada masanya  psiko dia akan keluar. Oleh kerana tuan sendiri yang menginginkan hal ini. saya harap tuan sudi menanggung risikonya dan lakukan langkah pemcegahan."

"Ada apa-apa yang saya boleh lakukan untuk menghalang tindakan liar Hailey dari menjadi-jadi?"

"Memandangkan dia sering mengadu dia kesunyian dan perlukan teman, mungkin seorang kawan di sisi boleh alihkan perhatian dia dari fikir untuk lakukan hal yang tak sepatutnya."

"Ini bilik kamu"aju Lazaro sebaik saja mereka tiba di depan pintu bilik dua muka.

Hailey dengan teruja berjalan masuk ke dalam ruangan itu. Dia fikirkan biliknya sama seperti bilik di pusat pemulihannya iaitu sebuah bilik kecil berdinding putih dengan tilam terhampar di lantai dan kosong tanpa perhiasan. Sekali lepas dia pandang sekeliling bilik tu, ianya tak ubah seperti sebuah bilik untuk princess. Indah, wangi dan di penuhi dengan perhiasan yang cantik lagikan mewah.

"Untuk aku?"tanya Hailey semasa memandang Lazaro di depan pintu tu dengan mata terbutang luas.

"Ya..kamu ambil la masa...kemudian rehat. Esok siang baru saya jelaskan apa yang kamu perlu lakukan."pesan Lazaro.

Oh yeah! Nice!

"Okay!"sambut Hailey yang terus berlari ke arah katil dan campak dirinya di atas tilam empuk itu.

Setelah itu Lazaro pun tutup pintu bilik itu dan berjalan pergi dari situ. Kini dia perlu uruskan anak lelakinya pula.

29. Hell SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang