36. Cancel

2.9K 335 12
                                    

Pulang saja ke rumah, Farzin uruskan Hailey terlebih dahulu. Hubungi doktor khas Hailey yang biasa rawat dan bekalkan ubat-ubatan ke rumah untuk periksa keadaan Hailey. Setelah itu maid di arahkan untuk bersihkan Hailey.

Sementara itu, Farzin gerak ke pejabat Lazaro untuk menemui ayahnya. Sampai saja di depan pintu pejabat, dia tak ketuk tapi terus meluru masuk ke dalam dengan marah.

Dia tak boleh nak sabar lagi.

"Ayah!"panggilnya tak pandang-pandang.

Pada masa itu dua kepala berpaling memandang ke arah Farzin.

Bila Farzin menyedari bahawa Lazaro ada meeting dengan seseorang, dia kejung di situ.

"Oh..Farzin. Kamu dah balik. Hailey ada bersama dengan kamu ke?"tanya Lazaro.

Farzin tak hiraukan pertanyaan itu kerana perhatiannya terarah pada lelaki yang sedang duduk berhadapan dengan ayahnya. "Sorry...tak tahu ayah ada tetamu."ucapnya dengan perlahan.

"Tak mengapa. Saya sudah memang hendak beredar. Kalian boleh berborak."ujar lelaki bersut itu sebelum bangun dari situ. "Saya minta diri dulu Tuan Lazaro."pamitnya sebelum tu.

"Baik. terima kasih Doktor Evans."angguk Lazaro Bersama senyuman nipis di bibir.

Setelah itu lelaki bersut yang digelar sebagai Doktor Evans bergerak keluar dari situ sambil di perhatikan oleh Farzin. Pintu pejabat tertutup. Lantas Farzin gerak mendekati depan meja kerja ayahnya dan duduk di kerusi yang sama menghadap Lazaro.

"Kenapa kamu ke sini?Hailey Bersama dengan kamu ke?"tanya Lazaro semula memandangkan Farzin tak jawab soalannya sebentar tadi.

"Apa yang berlaku?Siapa Doktor tadi?"tanya Farzin. "Ayah tak sihat ke?"

Lazaro tersenyum nipis. "Apa kamu katakan ni. Ayah tak apa-apa. Doktor itu merupakan doctor yang menguruskan rehab pemulihan dimana Hailey terima rawatan. Dia datang hendak sampaikan laporan mengenai kaedah rawatan yang boleh sembuhkan Hailey.."

Farzin terus lupa niatkan ke sini sebaik mendengar kenyataan itu. "Iya??Apa kata doctor?Dia boleh sembuhkan Hailey?"tanya dia dengan perasaan lega.

"Unfortunately not. Doktor Evans beritahu, keadaan Hailey sama seperti yang dialami oleh ibu kandung Hailey. Oleh kerana ibu Hailey mempunyai satu keistimewaan menyembuh dengan sendiri dan tidak merasai sakit ianya di turunkan ke Hailey sewaktu dia dalam kandungan."jelas Lazaro.

Kening Farzin berkerut-kerut sebaik mendengarnya.

"Ayah panggil dia ke sini untuk bertanyakan alasan kenapa Hailey di tempatkan di rehab itu bukan bersama dengan ayah kandungnya sendiri."beritahu Lazaro.

"Apa yang Doktor Evans beritahu?"tanya Farzin dengan perlahan.

Air muka mendung dan sugul terpancar di wajah tua Lazaro sewaktu dia memandang sedih ke Farzin. Tak sepatutnya dia libatkan Farzin dalam hal ni. Taoi nak buat macam mana, terlajak perahu boleh di undur terlajak perbuatan tak dapat nak buat apa.

"Sama seperti apa yang Hailey alami, itu la yang di tanggung oleh Ibu Hailey. Oleh kerana terlalu tertekan dengan keadaan itu. Dan dengan alasan itu mereka tahan Hailey di rehab tersebut bersama-sama dengan Ibu Hailey kerana sejak kecil lagi Hailey dah tunjukkan karakter yang sama. Doktor Evna jugak beritahu macam mana Ibu Hailey boleh meninggal dunia sedangkan dia tak lut dek pisau mahupun sebarang racun yang ada."

Masa ini la Farzin menahan nafas takutnya. Please...jangan beritahu dia!

"Ibu Hailey ambil keputusan untuk robek jantungnya sendiri dari badan dan dengan cara itu dia dapat mati sepenuhnya. Dan Doktor Evan beritahu, sekiranya Hailey nekad untuk tidak mahu hidup lagi di dunia ini, hanya itu saja caranya dia dapat matikan diri sendiri."jelas Lazaro dengan perlahan dan lemah. "keluarkan jantung dari badannya."dia pandang serba salah ke Farzin.

Bungkam Farzin di buatnya. Bukan ini yang dia mahu dengar. Robek jantung?Hailey nekad nak bunuh diri? Matanya terbutang kaku tidak berkedip. Tak mungkin!"Ayah.."panggilnya dengan tergamam.

"Ya...ayah tahu Farzin...ayah sendiri tak mahu lakukan semua ni"

"Jadi berhenti...berhenti suruh Hailey lakukan semua ni...Farzin tak nak Hailey pergi. Ayah...Farzin dah sayangkan dia.."lafaznya dengan terdesak. Ya...dia dah tersayangkan Cik Psiko ni tanpa sengaja. Tak mungkin dia akan biarkan semua ni macam tu je. "Please ayah...tolong Hailey...dia tak layak terima semua nasib ni.."rayunya.

Lazaro tatap wajah Farzin dengan renungan serba salah. Dia sendiri tak tahu nak apakan lagi. Dah kehendak Hailey sendiri. "Kalau begitu kamu la yang kena pujuk dia sampai dia batalkan semua niat n..."ujarnya.

Bersama renungan kecewanya, Farzin pandang ayah dia buat seketika sebelum bangun dan keluar dari pejabat tersebut. Kenapa?Kenapa Hailey masih tekad nak mati?

Dia jalan dan jalan sehinggala dia tiba dibilik tidur Hailey. Sampai saja di situ, dia Nampak Hailey masih terlantar dekat atas katil tapi sudah bersih dan bersalin pakaian. Melihatkan wajah itu, dia dekati katil dan ambil tempat di sisi Hailey sebelum baring di situ menggulung diri. Kepalanya di rehatkan pada bahu tu. Tangannya naik memeluk sekeliling atas dada Hailey.

Tak...dia tak boleh biarkan Hailey pergi.

Dia akan pujuk Hailey tak kira apa sekali pun cara dan berapa lama masa yang dia perlu ambil.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now