44. Kebenaran Kedua.

2.8K 332 7
                                    

Knock!

Knock!

"Masuk.."arah Lazaro sambil kemas kertas yang dia keluarkan dari sampul semula.

Farzin berjalan masuk ke dalam ruangan itu. "Ayah nak jumpa Farzin ke?"tanya dia semasa tutup pintu bilik bacaan itu.

"Ha'ah...duduk la dulu."pelawa Lazaro mengaju tangan ke kerusi yang ada di depan mejanya.

"Okay.."balas Farzin yang kelihatan teragak-agak. Setelah dia selesakan diri di kerusi, pandanganya terarah pada ayahnya. "Ada apa ni?"entah kenapa dia dapat rasakan ada yang tak kena bakal berlaku.

Lazaro tolak sampul yang diisi dengan kertas yang dia telitikan tadi ke depan Farzin. "Janji kedua ayah kepada Hailey. Atas jasa baik dia, akademi kita semakin membaik dan minggu keindahan akademi telah berjalan dengan baik dan mencapai target sebenar. Buat pertama kalinya ayah dapat lihat keadaan akademi hidup kembali seperti sedia kala selama tiga tahun ini."

Air muka Farzin jatuh.

Matanya turun memandang sampul di depannya dengan perasaan tak sedap. "Maklumat ayah kandung Hailey ke?"tanya dia.

Lazaro mengangguk kepala sambil mengetap bibir."Um.Dan ayah fikir mungkin kamu patut tahu terlebih dahulu sebelum Hailey. Lepas kes hari tu, ayah jadi tak berani nak serahkan kepada dia terus tanpa penilaian kamu."

"Is it bad or good?"tanya Farzin..

"Half-half.."jawab Lazaro yang kelihatan tidak gembira sama sekali selepas mengetahui laporan identity sebenar ayah kandung Hailey.

"Hidup atau mati?"Farzin dah mula risau.

"Hidup.."

Baru la Farzin capai sampul itu dan di keluarkan isi kandungannya. Di dalam sampul itu terdapat beberapa helai kertas. Bila dia nampak gambar saiz passport yang terlekat pada penjuru kertas, matanya terbuka luas.

"Oh my god.."lafaz Farzin serta merta kerana terkejut. Bersama nafas tertahan-tahan, dia pandang ke ayahnya semula. "Betul ke?"tanya dia.

"Menurut daftar perkahwinan ianya benar. Malah siap dengan pengesahan mahkamah. Jadi betul la tu."angguk Lazaro.

Farzin kembali membaca isi kandungan kertas itu dengan muka tak percayanya. Jadi selama ni ayah Hailey...adalah lelaki ni? "Tapi atas alasan apa mereka berpisah?" tanya dia semasa tunduk membaca laporan keputusan DNA yang tertera di bawah helaian kertas di situ.

"Alasan yang sama kenapa Ibu Hailey dimasukkan ke dalam rehab pemulihan tu. Dan ketika itu ibu Hailey sedang sarat hamil. Dan pada masa yang sama waktu itu ayah Hailey sudahpun mempunyai anak bersama dengan wanita lain sewaktu Ibu Hailey masih bersama dengannya." jawab Lazaro. "Kebenaran selebihnya ada bersama dengan ayah kandung Hailey."

Seperti kertas itu berbahaya, Farzin cepat-cepat letakkan ia semula di meja tersebut dan menggeleng kepala. "No...Hailey tak boleh tahu tentang hal ni...dia akan lebih breakdown...Farzin tak boleh ambil risiko dengan dedahkan hal ni kepada dia."

"Sebab itu ayah serahkan kepada kamu terlebih dahulu. Lagipula ayah sudah berjanji pada dia..."jelas Lazaro sewaktu pandang ke Farzin dengan kening berkerut.

Bip!

Bip!

Bip!

Tidak semena jam tangan yang dipakai oleh Farzin berbunyi. Menyentak akan dua orang itu serta merta.

"Ada apa tu?"tanya Lazaro sambil jengah kepala hendak lihat jam tangan tu.

Farzin angkat tangannya lalu memandang skrin jam tangannya. Dia berkerut kening setelah melihat simbol '!'. Ianya untuk cukup beri dia jawapan. Tanda yang selalu keluar kalau Hailey didapati mencederakan diri sendiri. Jam ni ada banyak simbol. Dan satu daripadanya ini la. Kepalanya di angkat semula."Tak ada apa-apa"beritahu dia semasa memandang ayahnya. "Kalau dah tak ada apa-apa. Farzin keluar dulu. Cari Hailey.." pamitnya.

"Ahh...yalah."angguk Lazaro sambil perhatikan langkah anaknya bangun dari depannya dan gerak keluar dari bilik itu. Lepas pintu tertutup baru la dia kembali memandang kertas dan sampul tadi. Macam mana agaknya Farzin beritahu Hailey mengenai kebenaran kedua ini?Agaknya dapat ke Hailey menerima kenyataan tu nanti?

Apabila Farzin keluar dari bilik itu, dia terus berlari merentasi koridor itu dengan langkah yang luas. Sambil berlari tu sempat dia kerling ke jam tangannya. Nak tahu dimana keberadaan Hailey. Dan sepanjang perjalanan itu fikirannya asyik mainkan imej dan butiran yang dia baca melalui kertas yang di berikan oleh ayahnya sebentar tadi.

Bagaimana semua ni boleh terjadi?Kenapa dunia ni kecil sangat. Pusing-pusing orang yang sama jugak!

10 minit kemudian, Farzin tiba di depan sebuah bilik dimana kebanyakan barang rumah di simpan sekiranya tidak di gunakan untuk masa yang lama.

Dalam keadaan tercungap-cungap mencari nafas pintu itu di tolak ke dalam tanpa berlengah. Dan taktala ia terbuka, pandangan mata Farzin terus di sapa dengan pemandangan yang sadis.

Di almari, bersandarnya Hailey dengan pisau dekat lantai dan kedua-dua pergelangan tangan berlumuran darah. Lantai kayu disekitar tempat Hailey duduk bersimpuh basah dengan cecair merah pekat itu. Pijama tidur warna putih sudahpun kotor.

Oh my goodness!

Oleh kerana penat dengan semua ini, Farzin tersandar pada pintu hilang semangat sebelum melurut turun ke bawah dan terduduk di situ.

Kenapa semua ni terjadi!?

Dia pandang tepi muka Hailey yang waktu itu sedang termenung kosong memandang luar jendela bilik. Ianya buatkan hati dia berdenyut sakit kerana kecewa dan remuk redam dibuat situasi itu.

"Kenapa Hailey...kenapa!"Farzin cengkam rambut kerana frustrated sambil membawa kedua-dua kaki tegak untuk rehatkan dahi di atas lututnya. Dia tak kuat!

Wajah Hailey kosong tiada perasaan. Dia dah tak ingat berapa kali dia kelar pergelangan tangannya tu. Tapi tetap tak rasa sakit dan ianya sembuh semula seakan tiada luka langsung."Aku tertanya-tanya apa rasanya perasaan okay tu?"tanya dia dengan nada berbisik.

Bila Farzin angkat kepalanya, dia pandang ke Hailey dengan mata kemerahan hendak menangis bercampur marahnya. Sampai bila nak macam ni Hailey?Hampir putus asa dia sekarang ni!

Tolonglah berhenti!

Perlahan-lahan Hailey palingkan kepala ke Farzin lalu bertentang mata dengan mata itu. Senyuman nipis terukir di bibirnya sebelum air mata turun dari tepi matanya. Sesiapa tolonglah dirinya ini. Dia penat."Aku cuba Farzin..still..ianya tak boleh dihentikan...aku tak tahu nak buat macam mana..."luah dia dengan lemah.

Bila Farzin nampak air mata turun dari tepi mata Hailey, dia pejam mata lalu sandarkan kepala ke bingkai pintu itu. Dan dihentak beberapa kali kerana marah akan dirinya kerana biarkan Hailey sendirian sekali lagi.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now