30. Rafael Maddeath

3K 340 12
                                    

Skrin telefon yang memaparkan imej Gisle yang begitu kasihan dan ayat cemuhan yang ada dekat situ di baca dengan sepasang mata bercontact lens biru. Mata itu gerak naik turun meneliti setiap komen yang ada pada video di situ.

Menurut posting di laman facebook akademi, Gisle telah pun berhenti dari akademi dan keluar dari sini sebab dah tak tahan nak tanggung malu dengan kes meniru dan penipuan. Ditambahkan lagi selepas kematian ayah gadis itu. Ramai orang telah komen yang mereka berterima kasih pada orang ni sebab telah Berjaya membongkarkan rahsia jahat Gisle yang selama ini salah guna kuasa untuk ugut pelajar pandai dari orang bawahan untuk siapkan kerja mereka.

"Kau tahu siapa orang bernama Si Psiko ni?"tanya Rafael pada rakannya yang bercangkung sedut dadah di tepi longkang belakang bangunan akademi.

Rakan Rafael yang sedut serbuk guna straw kecil itu palingkan kepala. memandang Rafael yang bersandar di dinding dengan kening berkerut. "Siapa?"tanya Kareem.

"Si Psiko?Orang yang post video dekat Fb pasal Gisle ni...haish..kau boleh tak berhenti ambik barang tu?Ni akademi...kalau pensyarah tahu masak kau.."keluh Rafael yang pandang muak akan ketagihan rakannya itu.

"Heheh...alah..apa la yang dia orang boleh buat...ramai lagi yang menagih. bukan aku sorang.."sengih Kareem sebelum campak straw dan tepuk tangan untuk hilangkan kotoran serbuk putih dari tangan.

"Si Psiko tu Budak kelas dua A-class..kau tahu Jack dengan kawan-kawan dia?Situ la minah tu duduk." sampuk rakan Rafael yang ada dekat tepi sewaktu hembuskan asap rokok keluar dari mulut. "Lagipun aku dengar sejak dia masuk ke kelas tu, Budak-Budak dalam kelas tu dah slow down dan tak timbulkan masalah."sambung Jude.

Rafael tersengih. Dia pandang penuh muslihat ke skrin telefonnya. "Oh Budak baru rambut hitam tu..aku dengar jugak pasal dia. Katanya dia comel. Hailey Power..itu rasanya nama dia. Jadi dia la orang yang dah hancurkan Gisle. Ratu buli kita?"selorohnya.

Jude ketawa mengejek. "Ratu?Please la...kalau dia sendiri boleh kalah dekat tangan Budak baru Si Psiko dia tak layak sandang gelaran tu.."ujarnya.

Kareem berdengus. Matanya kuyu dan kemerahan kerana khayal akan dadah yang diambil."Asal?Kau berminat dengan dia ke?"

Rafael diam buat seketika. Dia cuba fahamkan balik semua situasi ni. Hampir sebulan sejak kehadiran Hailey ke akademi. Dan sejak itu keadaan akademi tak sama macam dulu. Kumpulan F4 pun dah low profile. Anak ketua mafia, si Kiran yang biasa ke hulu dan hilir akademi jual barang dan kacau pelajar perempuan dah tak Nampak dengan geng lelaki tu. Gisle pulak dah tak ada. Pengarah yang boleh cover kesalahan mereka pulak mati mengejut sebab kemalangan. Dan Kelas paling bermasalah dalam akademi dah mula sembunyikan tanduk dan ekor mereka.

Rasa-rasanya kenapa ya?

"Kau orang nak main tak?"ajak Rafael yang menyeluk telefon ke dalam poket seluarnya lalu pandang akan Jude dan Kareem silih ganti.

"Game apa?"tanya Kareem.

"Kalau ada untung, aku on?Apa taruhannya?"

Rafeal tersengih meleret dengan jahat. "Aku sure kau orang pasti suka. Nama game ni Maddeath Chess. Okay. peraturannya, kau orang adalah buah catur hitam, dan target kau orang adalah buah catur putih."

"Heh?"Kareem buat muka tak faham.

"Siapa buah catur putih tu?"tanya Jude sambil berkerut kening.

"Hailey Power dan Budak-Budak dari kelas bermasalah la siapa lagi. Hapuskan dia orang seramai yang boleh. Dan ramai kau orang hapuskan banyak ganjaran yang kau orang dapat. Satu kepala 100$. Okay?"cadang Rafael lagi.

"Kau termasuk sekali ke?"tanya Kareem. '

"Of course...game aku..mesti la aku join."balas Rafael.

"Hahaha..okay..siapa yang paling banyak rosakkan Budak-budak dalam kelas tu dan tumpaskan si hailey ni dia akan di bayar oleh dia orang yang gagal."setuju Jude dengan senyuman lebar di bibir.

Rafael tarik sengih sukanya lepas Berjaya buatkan rakan-rakan dia menyokong dirinya untuk hapuskan saja perempuan pelik yang tiba-tiba je masuk akademi ni dan buatkan Budak-Budak dalam akademi ni jadi baik!

Nak bersihkan akademi ni ya?

Kalau macam tu biar dia tolong kotorkan sekali.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now