4. Teman Untuk Si Psiko

3.6K 377 12
                                    

Knock!

Knock!

"Masuk.."arahnya sambil bangun dari baring di katil kepada bersila sebelah kaki dengan malas. Apa lagi yang ayah dia mahukan dari dia ni.

"Kamu dah makan?"tanya Lazaro sambil jalan masuk ke dalam bilik tidur anak tunggalnya itu dengan tangan berseluk dalam poket seluar.

"Hm."jeda Farzin dengan nada tidak berminat. Dia lirik akan ayahnya yang perlahan-lahan gerak mengambil tempat di birai katil menghadap pintu bilik. "Ada sesuatu yang ayah perlu kan ke?"tanya dia dengan perlahan.

Lazaro terdiam buat seketika. Dia termenung memandang ke depan dengan wajah berbelah bahagi. Sebolehnya la kan, dia tak nak mintak tolong dari Farzin lagi sebab anak lelakinya ini telah lakukan banyak perkara untuk dia malah telah berkorban demi dirinya ini. Apakan daya, dia hanya seorang lelaki tua yang tidak mampu hendak lakukan semua hal dengan sendiri. Dan hanya anak tunggal dia saja la tempat dia bergantung harap.

"Ayah tahu mungkin kamu sudah penat hadap permintaan ayah yang tak ada habisnya ni"keluh Lazaro dengan wajah sugul dan bahu jatuh hilang semasa semasa tunduk memandang lantai. Kalau bukan sebab Farzin bantu dia kawal pelajar bermasalah yang suka tunjuk samseng dan bantu pensyarah untuk tidak berhenti kerja dari mengajar di akademinya, pasti sudah tunggang terbalik keadaan akademinya sekarang ini. Dia tahu dia hutang waktu remaja seusia Farzin yang normal dekat luar sana. Gara-gara dia mintak bantuan supaya Farzin jangan sambung belajar dekat mana-mana kecuali akademinya, pasti Farzin sedang gembira dekat luar sana.

Farzin melepaskan hela nafas mengalahnya. Ini la yang lemah ni kalau hadap ayah dia. "Ayah...just beritahu je apa yang ayah perlukan. Tak payah rasa serba salah...Farzin tahu..tanpa ayah Farzin sendiri tak ke mana. Lagipun memang tanggungjawab seorang anak lelaki tu berbakti pada orang tuanya. Lagipun ayah mintak tolong bukannya saja-saja nak susahkan Farzin.."ujarnya buat kali ke berapa dia sendiri tak tahu. Kalau boleh setiap kali ayah dia salahkan diri sendiri, dia akan ulang ayat yang sama. Memang la dia kesal dan penat. Tapi nak buat macam mana. Dia hanya ada ayahnya yang seorang. Sejak ibunya meninggal dunia kerana kanser rahim tiga tahun lepas, dia dah janji yang dia akan jaga dan berbakti pada ayahnya ni pada ibu dia.

Baru la Lazaro palingkan kepala. Dia pandang tersentuh hati kepada Farzin.

"Kamu Nampak tadi bukan Budak perempuan yang ayah bawa pulang?"tanya Lazaro setelah itu.

Kening Farzin terangkat sebelah kiri. "Kenapa dengan dia?"

"Ayah dah janjikan sesuatu kepada dia sebagai balasan sekiranya dia sudi tolong ayah untuk selamatkan akademi ibu kamu tu."mula Lazaro dengan teragak-agak memandang muka tu untuk dapatkan reaksi.

Farzin tak cakap apa-apa. Dia hanya diam memandang tepat ke muka ayahnya dengan wajah serius dinginnya.

"Untuk itu, ayah perlukan kamu supaya ayah dapat tunaikan janji ayah kepada dia dan dia dapat selesaikan semua masalah kita dengan jayanya."sambung Lazaro lagi bila dia dapat isyarat yang anak dia sedang beri pertimbangan terhadap apa yang dia sampaikan.

Buat seketika dia hanya pandang ke muka ayahnya. Lepas beberapa saat berlalu ayah dia diam tak cakap apa-apa masa ni la dia bersuara. "Janji apa?Dan apa kaitan Farzin dengan perjanjian ayah dengan Budak perempuan tu."

Lazaro telan air liur gemuruhnya. Berasa serba tak kena hendak sampaikan permintaannya.

"Ayah mahu kamu jadi teman untuk Hailey..."beritahunya. Namun bila dia Nampak Farzin bukak mulut nak bersuara, dia cepat-cepat menyambung. "Sebelum kamu katakan apa-apa tolong dengar penjelasan ayah dulu."baru la Farzin tutup mulut dan mengalah untuk beri ruang dia bercakap terlebih dahulu. "Hailey...dia ada masalah psikologi yang serius. Dia mempunyai kecenderungan untuk cederakan diri sendiri. Sama ada dia calarkan badan, makan ubat, minum racun. gantung diri atau kelar pergelangan tangan..bakar diri..kamu senaraikan saja la perkara yang boleh cederakan diri dan bawa maut pada seseorang...dia dah lakukan semua tu. Sebab itu dia di hantar ke pusat pemulihan untuk selamatkan diri dia dari terus cuba sakiti diri."jelasnya dengan satu persatu dan berhati-hati.

Self injured?Jadi Budak yang ayah dia bawak balik adalah pesakit mental?Memangnya dah tak ada orang lain apa yang mahu di jadikan sebagai penyelamat akademi ni? "Apa yang Farzin kena lakukan?"tanya dia dengan mendatar.

"Kamu berkawan la dengan dia, jadi teman dan jugak rakan di sisi sama ada di rumah atau di akademi. Mana tahu dengan kehadiran kamu boleh alihkan tumpuan dia dari cuba hendak sakiti diri. Lagipun dia sudah lama tidak bergaul dengan orang yang seusia dengannya selain doctor dan warden dia di situ. Kamu mahukan lakukannya?"Lazaro jungkit kening penuh berharap pada anaknya.

"Kenapa ayah pilih dia?"tanya Farzin lagi. Jadi kawan?Dekat akademi sendiri dia tak nak berkawan atau dekati sesiapa. Ini kan lagi jadi teman untuk si psiko?Lagi la. "Kenapa tak pilih orang yang lebih waras dan normal untuk bantu kita?"

Lazaro berdengus kecil.

"Kalau macam tu biar ayah tanya kamu pula, dekat akademi tu ada ke yang lebih waras dan lebih normal?"tanya dia.

Terdiam Farzin dibuat soalan tu. Logik jugak pertanyaan ayahnya ini.

Sengih mengejek terukir di hujung bibirnya."Nak lawan dengan api kena guna api, nak lawan buku kena la bertemu dengan ruasnya."ujar Lazaro.

Setelah itu Farzin larikan pandangannya ke bingkai gambar lama dia Bersama ibunya. Dia pandang wajah cantik yang tersenyum indah memeluk bahunya yang memegang plak penghargaan kerana menjadi pelajar contoh di akademi lamanya. Oleh kerana sayang pada anak-anak, ibu dia telah bina akademi untuk didik anak muda supaya berjaya. Takkan la dia nak sia-siakan semua usaha ibunya begitu saja.

"Kalau itu yang ayah mahukan...Farzin turutkan."akurnya setelah itu.

Dengar saja perkataan itu, Lazaro Tarik senyuman senang di bibir. "Terima kasih Farzin."ucap dia dengan lega.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now