52. Past Bring the Future

2.8K 326 42
                                    

3 tahun kemudian.

Di halaman Kolej White Mountain,

Suasana musim sejuk pada masa itu buatkan seluruh kawasan itu basah kerana salji yang bersepah di sekitara kawasan itu, Para penuntut yang berlegar di sekitar kawasan itu masing-masing berjalan lekas dan sembunyikan wajah dari balik mafela dan tangan dalam poket nak cari kehangatan, Antara mereka yang mahukan kehangatan, seseorang duduk sendirian di sebuah bangku berdekatan dengan kawasan rumput yang turut di selimuti dengan salji.

Bersama mafela merah terlilit sekeliling leher dan dia tunduk membaca diari yang di buka atas ribanya ketika itu. Tulisan yang tercatat pada muka surat tersebut di baca dengan teliti. Sementara jari telunjuk melurut sepanjang tulisan itu.

'26/7/2017'

Hari ni seperti biasa aku akan datang menenmani dia untuk keluar ke rumah. Ajar dia untuk kenal pelbagai perkara walaupun kadang-kadang aku hampir hilang sabar sebab nak kawal otak Ribena dia. Tapi mengenangkan rasa sayang dan kasih aku pada dia, sikit pun aku tak bersungut. Aku harap dia akan faham satu hari nanti dan ingat akan semua memori yang aku berikan kepada dia. Aku nak tunjuk dekat dia, dalam dunia ni ada banyak perkara menarik dan indah untuk di teroka dari berfikir bunuh diri adalah penyelesaian segala masalah..

Aku harap dia akan faham betapa indahnya dunia sekiranya ada dia Bersama...dan aku nak beritahu dia, jika nanti bila dah tiada lagi, aku nak dia teruskan hidup dan teroka semuanya yang ada dekat dunia ni tanpa rasa putus asa

'28/7/2017'

Keadaan aku semakin merosot dan keadaan dia semakin membaik. Doktor beritahu dia boleh di rawat dan mendapat sokongan pembelajaran emosi dan kendiri. Serius beritahu aku happy sangat lepas dengar. Nanti bila aku pergi, dapat la dia jalani hidupnya dengan baik. Aku tak nak dia give up lagi.

Percaya atau tak perasaan sayang aku ni dah berubah jadi cinta. Tapi aku tak berani nak beritahu dia sebab tak nak buat dia sedih. Cukup la dia rasa sakit kehilangan orang yang dia perlukan..jangan aku tambahkan lagi.

Hailey Power..aku nak kau tahu...walaupun sekarang kau tak faham apa maksud cinta, aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau dan cinta kau sehingga hujung nafas aku. Maafkan aku sebab buat kau macam ni. Apa yang aku mahukan ialah aku nak tengok orang lain happy dan keluar dari penderitaan mereka supaya nanti bila aku mati, aku akan tenang di sana

'30/8/2017'

hai diari.lama dah tak catatkan?Hahah...sorry la..banyak hal dah berlaku. Hailey sibuk dengan sesi pemulihan dia. Dan sekarang dia dah pandai membaca serta kawal emosi tanpa menggunakan ubat-ubatan. Still power istimewa dia masih Bersama dengan dia. Yang mana cukup untuk aku lepaskan nafas lega sebab semuanya berjalan lancar.

Dan mungkin ini catatan terakhir aku dekat diari ni. Sebab aku tak sure berapa lama lagi masa yang aku ada. Dan aku harap nanti kalau Hailey baca diari ni...dia dah boleh faham setiap perkataan yang di bacanya. Serius aku takut...aku takut mati...aku tak nak mati. Aku masih muda. Tapi takdir lebih adil...aku terima dengan ikhlas.

Apa yang aku nak sampaikan dekat sini, terima kasih Hailey...ajar aku betapa pentingnya kehidupan yang diberikan ini. Dan maafkan aku sebab kecewakan kau...sumpah aku beritahu aku tak nak tinggalkan kau...tapi sakit aku yang selama ni aku tanggung paksa aku untuk tinggalkan kau..

Titipan akhir...jangan lupakan aku...dan jalani kehidan kau dengan baik ya.

Salam sayang.

Farzin

Titisan air mata jatuh menitik ke atas tulisan berpen hitam itu sebelum ia di tutup.

Entah sudah berapa kali dia baca tulisan ini pasti akan air matanya jatuh menitis. Sedih walaupun dia tahu semua itu takkan dapat ubah kenyataan yang dia takkan dapat putar balik masa supaya kembali ke masa lampau.

Tersedu-sedu sendiri, Hailey angkat kepalanya lalu memandang ke depan sambil menyeka air mata yang jatuh berjuraian di pipi. Pandanganya terarah ke depan mengenangkan saat-saat lampaunya. Saat dimana dia ditempat sebuah institute pemulihan yang menjaga dan mendidik dia dengan cara paling lemah lembut dan insentif. Saat dia luangkan masa di situ dan terpaksa berjauhan dengan Farzin tanpa mengetahui lelaki itu sebenarnya sakit.

Sehingga sekarang Hailey tak dapat nak lupakan Farzin yang selama perkenalan mereka lelaki itu sebenarnya menghidap kanser darah. Tapi berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Setiap lawat dia, Farzin selalu tunjuk yang lelaki itu tak apa-apa. Ada masanya Farzin tak nak beritahu dia sekiranya lelaki itu kelihatan pucat dan kurus.

Semakin di kenang semakin sendu dia dibuatnya.

Dah tiga tahun berlalu...banyak yang berubah.

Kiran dan kawan-kawan lelaki itu masih Bersama sehingga kini meneruskan legasi mafia keluarga Kiran. Dan Hailey turut tahu siapakah Kiran yang sebenarnya dua tahun lepas tidak lama selepas dia sembuh dan pulih sepenuhnya. Lelaki tu sendiri beritahu Hailey mengenai ayah mereka berdua dan hal sebenar yang menyebabkan Hailey berakhir di rehab.

Lazaro kini sudah bersara dari menjadi dekan akademi dan menghabiskan masa tuanya di rumah kampung halaman Bersama sanak saudaranya yang lain dengan harmoni.

Hailey kini sambung belajar untuk menjadi seorang pakar haiwan eksotik dan reptilia kerana kecenderungannya terhadap haiwan berbisa. Dan kini berada di tahun keduanya di kolej.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now