26. Posting Facebook.

3K 363 20
                                    

Tiga hari kemudian.

Akibat kejadian itu, Gisle tidak hadir ke akademi untuk meluangkan masa pada hari pengebumian dan berkabung ayahnya. Siapa sangka, kematian lelaki itu hanya di sambut oleh sanak saudara dan sahabat handai yang terdekat. Tiada pihak media atau rakan business atau Menteri yang berkaitan. Pendek ceritanya pemergian lelaki itu tidak di tanggisi apalagi di raikan oleh orang mengenangkan ramai yang tahu bagaimana lelaki ini yang sebenarnya.

"Wei!Cuba tengok ni!"

"Awesome gila!"

"Tak sangka aku wei! Selama ni kita telah tertipu!!"

"Serius la!"

"Eh...bukan ke ini Gisle?"

"Dia la...dia sendiri mengaku selama ni result yang dia dapat atas usaha Akagi sendiri yang bantu dia dapatkan jawapan."

"Ohh..tengok!Dia la!"

"Berani kan dia tunjuk muka dekat sini?Sudahla ayahnya baru meninggal dunia...boleh pulak buat perangai memalukan ni.."

Bersama kepala tunduk memandang ke bawah dan rambut panjang menutupi wajah seperti langsir, Gisle jalan melewati koridor itu bersama dengan cemuhan demi cemuhan yang di lemparkan kepadanya semasa dia berjalan. Tangannya memeluk badan sendiri sebab tak tahu nak buat macam mana. Dia tak tahu apa yang mereka sedang katakan. Dia ingatkan dia akan disambut dengan sapaan takziah atau apa, tapi tidak. Malah bisikan dan jelingan tajam terarah pada dia.

Setibanya dia di depan lokar, dia melihat pintu lokar yang awalnya cantik dan di cat pink kini kotor dengan coretan marker serta lekatan gula-gula getah. Gisle berdiri dekat situ mata terbutang kaku hendak naik angin. Berasa tak percaya dengan apa yang baru saja di lihatnya. Kata-kata carut dan hinaan berconteng pada pintu lokarnya saja!

What the hell!

"Siapa!!?Siapa yang buat semua ni!"jerkah dia sekuat hati dekat situ sewaktu palingkan kepala ke kanan dan kiri. "SIAPA!!!!!!"berani-berani mereka kotorkan lokar dia.

Pelajar yang berlegar dekat kawasan koridor tu hanya berdengus sinis dan jeling tak peduli akan teriakan itu. Malah ada yang lintas saja Gisle macam Gisle tak wujud dekat situ.

"Tssk!Tssk!Suprise...surprise...tengok siapa yang dah kembali?Princess Copy and Paste..."

Clap!

Clap!

Tersentak dengan teguran itu, badan Gisle berpaling laju ke belakang lalu ternampak akan pelajar perempuan yang mengenakan skirt pendek atas lutut, kemeja lengan di lipat hingga ke siku, tidak bertali leher dan tidak butang tiga dari atas sengaja nak dedahkan dada tetapi blazer di ikat sekeliling pinggang. Rambut paras bahu di ikat senget ke kanan.

"Kau!!"tunding Gisle dengan berang. "Kau lagi!"kenapa perempuan ni tak apa-apa?Bukan ke dia dah cakar pipi tu tempoh hari?Tak mungkin parut itu boleh hilang macam tu je. "Siapa yang kau panggil copy paste hah?"

Hailey lentokkan kepala sedikit kanan lalu tersengih. "Kau betul-betul tak tahu?"tanya dia dengan nada tak percaya.

"Apa yang aku tak tahu?"kening Gisle berkerut tak faham.

"Omo..omo...macam mana ni?Orang yang sedang viral dengan posting facebook tak tahu yang dia dah viral?"tanya Hailey dengan dramatic. Dia keluarkan palingkan ke kanan lalu ternampak seorang pelajar perempuan dengan telefon di tangan. Hanya gerakkan jari memanggil, pelajar perempuan itu terus dekati Hailey.

Mata Gisle lirik akan Hailey bila Nampak Hailey ambil telefon dari pelajar perempuan tu dan sentuh itu dan ini di skrin. "Apa bendanya ni?Jangan nak buang masa aku boleh tak?"getusnya.

Bila Hailey jumpa, dia senyum sambil talakan skrin telefon itu ke depan muka Gisle. "Tengok la ni...video kau berborak dalam tandas lepas kejadian yang menimpa Akagi..pengakuan kau yang kau gunakan kepandaian orang untuk tuliskan jawapan peperiksaan dan siapkan tesis kau tu.."beritahu dia sambil tu.

Terbeliak mata Gisle masa dengar suaranya keluar dari video di telefon itu. Dari muka sampai la suaranya semuanya jelas dalam rakaman tu. "Tak!"gelengnya dengan tak percaya. "Tak mungkin!Semua ni tak mungkin berlaku!"please...jangan. Ayah dia sudah tiada. kalau imej dia terjejas. Siapa yang akan bantu dia untuk bersihkannya semula.

"Ahahahahaha.apa yang tak mungkin.satu akademi dah tahu siapa kau...pelajar contoh konon...pelajar hancur adalah!"ketawa Hailey dengan gembira. "Sekarang siapa musnahkan siapa?Mana imej kuat kau yang kau selalu gunakan untuk tindas orang lain Gisle?"Hailey dekati Gisle sedikit demi sedikit supaya Gisle sandar ke lokar yang penuh dengan gula-gula getah tu.

"Tak!TAKKKKK!!!!"jerit Gisle tidak semena dengan hysteria sebelum tolak Hailey menjauh darinya dan lari merentasi koridor dalam keadaan menjerit dan tangan memegang kepala,

Pemergian Gisle itu hanya di perhatikan oleh pelajar-pelajar di situ dengan renungan tidak kisah. Setelah itu mereka sambung semula perkerjaan dan perbualan mereka yang terhenti tadi seperti tiada apa-apa yang telah terjadi.

Sementara Hailey dekat situ pandang akan lokar Gisle dengan sengih mengejek buat seketika. Tak adalah susah mana. Setelah berpuas hati, dia berpaling hendak pergi dari situ. Baru saja dia berpaling dan mahu berjalan, dia bertembung dengan kumpulan F4 dari arah bertentangan.

"Hai handsome.."ngurat Hailey sambil kenyit mata ke Kiran dan mereka di situ.

Berasa benci dan tak suka, mereka berempat hanya balas dengan jelingan dan julingan mata kejengkelan dan jalan melepasi Hailey begitu saja.

Tidak kisah dengan sambutan yang diberikan oleh mereka, Hailey teruskan langkahnya untuk kelasnya. Ada kelas dia kena hadir walaupun sepanjang masa ni dia langsung tak faham atau ingat apa yang dia pelajari. Yalah...mana tidaknya, dengan jumlah ubat-ubatan yang dia ambil selama ni dah cukup untuk rosakkan banyak neuron dalam otaknya. So no matter what dia baca dan belajar, semua maklumat tu takkan tersimpan lama. Moral of stories...don't take drug okay?Never!

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now