11. Target

3.2K 371 13
                                    

Dawson perhatikan dari jauh bila nampak pelajar perempuan berambut hitam dan bang rata menutup dahi keluar dari kawasan cafeteria untuk ke satu arah, Dia tanpa berlengah terus lari mengejar dari belakang. Sampai saja di situ, tangannya terus naik merangkul bahu tu.

"Hai pretty face.."sapa Dawson sejurus itu.

Dengan reaksi poker facenya, Hailey pandang tak berkedip ke lelaki kacak di sebelahnya. Lepas lihat abang handsome di sebelahnya tersenyum kepadanya, dia pun ikut tersenyum. "Hai jerk face.."sapanya dengan bersahaja.

Terus jatuh senyuman tu dari bibir Dawson. Dia turunkan tangannya dari bahu Hailey kerana taken back dengan komen tu. "Apa kau cakap?Ulang balik?"soalnya.

Hailey ketawa. "Apa ni?Gurau je pun dah terasa ke?Hahahaha...chill la."

"Gurau kepala kau!"getus Dawson. Hilang terus niat dia nak pikat Hailey. Perempuan mulut longkang ni mintak di cucuh dengan putung rokok agaknya. Biar serik nak cakap main lepas.

"Hahaha...ada apa-apa yang aku boleh tolong?Sampai kau tegur aku 'pretty face' walaupun aku tahu aku cantik." seloroh Hailey lagi.

Buat seketika Dawson perhatikan penampilan Hailey. Dari atas ke bawah. Boleh tahan jugak minah senget ni. "Ikut aku..ada orang nak jumpa dengan kau.."

Kening kanan Hailey terangkat tinggi."Ada orang nak jumpa dengan aku? Siapa?"tanya dia dengan teruja.

"Ikut je la..."Dawson tarik tangan berjam Hailey ke arah bertentangan.

Bersama senyuman di bibir, Hailey ikutkan saja Dawson sehingga la lelaki itu bawa mereka berdua di sebuah koridor dan berhenti di depan sebuah bilik yang terletak betul-betul di hujung. Dawson buka pintu terlebih dahulu lalu dorong Hailey masuk ke situ.

Bila Hailey jejak kaki dalam bilik yang seperti sebuah bilik simpanan cuma agak teratur sikit susunanya dia nampak tiga orang lelaki duduk di kerusi dan dua orang pelajar perempuan sedang duduk di atas riba dua dari mereka di situ.

KLIK!

Bunyi pintu bilik tertutup di belakang apabila Dawson kunci pintu itu dan gerak untuk sertai rakan-rakannya di situ.

Mata bulat Hailey tilik setiap tiga lelaki handsome di depannya sebelum tersenyum senang. "So siapa yang nak berjumpa dengan aku?"tanya dia sebelum terhenti pada lelaki yang tiada pelajar perempuan di atas riba. "Kau?"

Semua kepala terarah pada Fabian yang hanya bersandar malas pada kerusi dengan tangan bersilang di dada hanya pandang tak berminat ke Hailey.

Kiran yang sedang merokok itu baling putung rokoknya betul-betul mengenai kain skirt atas lutut Hailey. "Tak boleh pendek lagi ke skirt tu?" tanya dia.

Mata Hailey gerak ke lelaki yang meriba seorang pelajar perempuan pula. Lalu tunduk memandang skirt dia. Apa kena dengan skirt dia? "Kau ke yang nak jumpa aku?"tanya dia lagi. Agak-agaknya lelaki dekat sini memang handsome tapi otak tak ada. Nak dia ulang berapa kali soalan ni hah!?

"Ha'ah...aku."angguk Kiran yang kemudiannya tolak ke tepi pelajar perempuan tu bangun dari situ lalu dia bangun untuk dekati Hailey.

"Ada apa-apa yang kau perlukan dari aku ke?" tanya Hailey sambil perhatikan langkah Kiran yang mendekati dia. Okay...dekat sini dia boleh tahu siapa ketua, siapa kuli siapa penasihat siapa penumpang nama. And lelaki depannya ini adalah ketuanya.

Berdiri saja Kiran di depan Hailey dengan jarak yang rapat, tangannya naik hendak menyentuh muka tu.

Hailey tidak bergerak. Dia hanya termenung memandang Kiran.Menanti apa yang lelaki ni bakal lakukan.

"Kau tahu siapa aku?"tanya Kiran dengan kepala terlentok ke kanan sewaktu sentuh hujung jarinya pada pipi Hailey lalu di lurutkan ke rahang dengan perlahan-lahan.

Hailey biarkan sentuhan itu tanpa menghalang. Lalu dia tersenyum mesra dengan manis. "Tak."

Bila jari Kiran tiba di bawah dagu dia gerakkan tangannya ke leher Hailey lalu dipegang dengan kuat sebelum bawa muka itu mendekat ke depan hidungnya. "Kalau macam tu dengar dan ingat baik-baik...sebab aku cakap sekali je."

Hailey tenung kedua-dua mata di depannya dengan renungan tidak peduli. Malah tak terkesan dengan jarak mereka yang begitu rapat ketika itu.

"Aku tak tahu apa urusan kau ke sini...jangan cuba nak tunjuk hero...sekali lagi aku dengar cerita kau tunjuk bagus seakan kau boleh selamatkan semua orang dekat sini...dengan kau-kau sekali aku kerjakan..bukan dia orang je."pesan Kiran dengan nada berbisik di depan bibir Hailey.

Tersengih Hailey lepas dengar. Woah!Tengok siapa yang dia dah jumpa. Ketua segala taiko dalam akademi ni. Tak sangka yang muka handsome macam ni rupanya penyangak! "Kenapa?Bukan ke belasah dan tunjuk bagus kegemaran kau orang semua dekat sini?"tanya dia.

Rahang Kiran berketik bila dia dengar soalan tu. "Bukan semua orang..."dia eratkan cengkaman di leher Hailey.

Dawson, Fabian dan Ashton pandang akan dua orang yang saling bertentang muka antara satu sama lain dengan renungan tajam.

"Well..kau bukan bapak aku...so kata-kata kau bukan valid untuk aku dan aku tak dengar arahan dari sesiapa. Jadi simpan air liur kau dari dibazirkan pada orang macam aku ni.." ujar Hailey yang sebelum lagakan hujung hidung dengan manja ke hujung hidung Kiran dengan selamba.

Terkejut dengan tindakan itu, Kiran cepat-cepat tolak Hailey menjauh darinya. What the f*ck!

"Hahaha..."ketawa Hailey bila tengok reaksi Kiran. "Kau tahu...kau orangnya comel...tapi sayang kau bukan taste aku. Chaow dulu!Daaa!"lambainya semasa gerak hendak buka pintu di situ. Tetapi ia di kunci. Lantas dia berpaling memandang Dawson. "Hey jerk face...bukak pintu ni.."arahnya.

Dawson pandang ke Kiran. Nak dapatkan izin dari lelaki tu. "Bukak ke?"tanya dia.

Sambil mengetap gigi menahan sabarnya, Kiran pandang geram ke Hailey lalu juih dagu memberi izin. Lantas Dawson pun bangun dari kerusi dan gerak ke arah pintu itu. Dia masukkan kunci dalam tombol lalu buka pintu itu untuk Hailey.

"Thank you jerk face!"tepuk Hailey pada tepi lengan tu.

"Nama aku Dawson la!Bukan jerk face!" jerkahnya dengan bengang lepas hilang sabar asyik di gelar begitu sejak tadi.

Hailey hanya ketawa semasa keluar dari situ.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now