27. Salah Timing!

3.2K 375 54
                                    

Di tengah malam. Waktu masuk dua pagi. Suasana rumah agam pula gelap dan sunyi sepi. Tapi banyak-banyak jendela di situ, jendela dapur saja yang bercahaya. Dan dari jendela itu boleh di lihat kelibat seseorang sedang lakukan sesuatu.

Bersama pisau dan benda tajam yang sudah terpalit dengan darah, sendirian di dapur itu, Hailey duduk dekat atas kaunter dapur. Cuba membuka jam tangan pelik yang merimaskan tangan dia selama beberapa minggu ni. Habis kotor pyjama tidurnya dengan kesan darah akibat torehan dan kelaran yang dia peroleh masa cubaannya untuk leraikan jam tersebut dari pergelangannya.

Niat dia nak tanggalkan jam tangan ni sebab dia bencikan bunyi bising yang di hasilkan olehnya. Kemudian sebab dia rimas dikawal sepanjang masa. Gara-gara jam tangan ni dia tak boleh nak selinap keluar dari kediaman ni tanpa izin. Ikut kan hati mahu saja dia kerat sampai putus. Tapi tangan dia tak boleh tumbuh semula. Tak mahu dia kudung semata nak tanggalkan benda alah ni!

"Hish!Asal la tali ni tebal sangat?Kenapa tak putus-putus?"sungut Hailey sendirian semasa dia gunakan playar untuk ketip tanggal tali jam tersebut. Tapi yang jadi mangsa adalah kulit tangannya sendiri. Lain yang mahu di ketip lain pun yang terketip.

Tiba-tiba entah silap apa bunyi bip keluar dari jam itu diikuti dengan cahaya lampu merah.

Bip!

Bip!

Bip!

"F*ck!F*ck!"dengan kalut Hailey tekap jam tu dengan tangan nak sembunyikan bunyi tersebut. "Apahal pulak kau bunyi!Alah!Sengal betul!Senyap la!"dia tepuk jam tangan tu dengan marah guna tapak tangan berkali-kali..

Bip!

Bip!

Bip!

BIP~

Semakin lama ia semakin kuat hingga buatkan Hailey pucat lesi dekat situ sebab takut akan bangunkan orang lain. Kantoi la dia nanti! "Senyap la!Kenapa kau memekak pulak!!!!"desis Hailey yang capai hammer dekat sebelahnya kerana nekad nak pecahkan je jam tu. Paling teruk pun tulang dia patah. Tak ada hal punya!Bukannya dia boleh rasa sakit ke apa!

Dalam keadaan duduk di atas kaunter itu, dia letakkan tangan di permukaan seramik kaunter itu lalu hayun hammer dengan sebelah tangan.

Here we go!

Sambil gigit bawah bibir, Hailey pandang akan jam yang sedang bercahaya merah itu dan tujah sekuat tenaga pada hayunannya itu. Baru hammer itu hendak bergerak, pergelangan tangan dia di cengkam kuat dengan tiba-tiba sebelum hammer tadi di rentap kasar dari pegangannya.

"What the he-"baru dia nak marah, Hailey terdiam lepas Nampak muka berang Farzin dekat depannya. Sh*t!Sh*t!Sh*t!Habis la!"Hai.."sengihnya lepas tu.

Mata Farzin gerak memandang sekeliling kaunter dan keadaan Hailey. "Hai kepala otak kau!"deramnya menahan sabar. "Apa kau cuba buat ni?"desisnya dengan berang. Perempuan ni betul-betul dah melampau! Tengah-tengah malam macam ni jugak nak buat hal. Mujur la dia tadi ronda check bilik Hailey. Kalau tidak entah apa aje la yang minah senget ni dah lakukan.

"Ah..dengar. Aku boleh jelaskan..please jangan bising. Nanti Lazaro dengar...kalau dia Nampak dia akan bawak aku ke rehab semula.."minta Hailey sambil letak jari dekat mulutnya dan tangan berdarahnya mahu gerak menutup mulut Farzin pula.

Tangan berdarah itu di pegang oleh Farzin. Keningnya berkerut lepas lihat darah yang mengalir turun dari kesan luka yang ada di sekitar jam tangan pergelangan tangan tu. "Kenapa kau seksa diri kau macam ni?Kau suka sangat ke dengan darah?"tanya dia sambil meletakkan hammer yang di rampas tadi ke alatan lain yang sudah terpalit dengan darah.

Hailey buat muka. "Mana aku seksa diri...aku cuma nak tanggalkan jam tangan ni.."beritahunya sambil tunjuk tangan berdarahnya itu dengan jengkel ke depan muka Farzin.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now