45. Real Deal

2.7K 350 14
                                    

Pada masa waktu rehat antara kelas, Farzin gunakan masanya untuk ke kelas dimana Kiran berada. Ada perhitungan yang hendak di lakukannya. Dia tak boleh nak berlengah lagi.

Kes malam tadi buatkan Hailey terpaksa dibawa ke hospital untuk tranfusion darah memandangkan Hailey cederakan banyak kali dan berlakunya pengeluaran darah yang banyak. Yang mana sedang ditemani oleh Lazaro sendiri di hospital.

Berdiri saja di depan pintu kelas, mata Farzin mengerling sekitar kelas itu. Mencari kelibat Kiran. Tapi lelaki itu tiada.

"Hei...Nampak Kiran?"tegur pada pelajar yang berada hampir dengan pintu.

Pelajar-pelajar lelaki yang sedang duduk berkumpul berborak dekat situ tersentak lalu memandang ke Farzin dengan kening terangkat. "Rasanya dia keluar merokok dengan member baik dia."jawab mereka tak lama kemudian.

Farzin yang dengar mengangguk kepala faham lantas gerak untuk pergi dari situ.

Rasanya dia tahu mana anak mafia tu lepak sewaktu merokok.

Sambil menyinsing lengan baju naik ke siku, sambil tu Farzin jalan merentasi koridor sehingga tiba di sebuah laluan anak tangga yang menghala ke tingkat atas. Iaitu bumbung bangunan. Tak sampai lima minit berjalan, Farzin tiba di situ.

Dan kelihatan Kiran duduk bertenggek dekat tembok batu menghadap tiga lagi rakan lelaki tu. Mereka masing-masing hanya berbaju t-shirt. Kemeja dan kot tergantung dekat tempat yang jauh dari tempat dia orang merokok. Tidak mahu pakaian mereka berbau dek asap tersebut.

"Hoi!"sapa Farzin sambil jalan berarak mendekati kumpulan F4 itu.

Dengan serentak Kiran, Dawson, Ashton dan Fabian berpaling. Mereka semua perhatikan langkah luas Farzin sepertinya mahu naik angin.

"Dah kenapa?"tanya Ashton.

Dawson bangun dari cangkungnya.

Sementara Fabian campak puntung rokok ke atas lantai lalu di tenyeh dengan hujung kasut.

Kiran hanya duduk di situ gaya bos, kaki kiri tegak atas batu, tangan kiri yang mempunyai puntung rokok di celah jari.

"Kau orang bertiga blah..aku nak cakap dengan Kiran.."halau Farzin serta merta selepas berdiri di depan mereka.

"Asal?Kau nak buat something ke?Kita orang tak timbulkan masalah eh..kau sendiri tahu kita orang dah serik."beritahu Dawson.

Rahang Farzin berketik. Dia tengah marah ni, jangan di tambahkan lagi. "Better kau orang berhambus sementara aku cakap elok-elok...tak faham ke!"dia tinggikan suara di ayat yang terakhir kerana sudah merinding jengkel.

Kiran tersengih melihat wajah menakutkan Farzin.

"Kau orang blah la...aku okay..jangan risau."beritahu Kiran memastikan rakan-rakannya untuk tinggalkan dia Bersama Farzin.

"Tapi-"Fabian pandang tak pasti ke Kiran.

"Pergi je..jumpa dalam kelas nanti."gesa Kiran sebelum bawa punting rokok ke mulutnya lalu menyedut asap melalui rokok itu.

Nak tak nak mereka bertiga di situ pandang ke Farzin dengan renungan tak puas hati sebelum bergerak pergi mengutip pakaian masing-masing dan meninggalkan kawasan bumbung tersebut. Masih tak puas hati, Ashton asyik palingkan kepala ke belakang nak tengok, tapi Fabian dan Dawson dorong rakan mereka ke depan untuk keluar dari situ.

Bila mereka bertiga sudah tiada, baru la Farzin berdiri dekat depan Kiran dengan tangan bersilang di dada. Keningnya mencerlung serius. "Bawa aku jumpa ayah kau."mintanya.

Kiran yang baru nak sedut asap dari rokok tu terhenti. Dia turunkan tangannya ke bawah sambil buat muka tak faham. "Asal?Apa urusan kau dengan ayah aku?"

"Kau bawa aku jumpa dia atau aku sendiri yang beritahu lokasi rahsia penghasilan dadah dia orang pada pihak berkuasa...pilihan kau.."ugut Farzin yang malas nak bercakap banyak.

"Tak...kau beritahu dulu apa alasannya kau nak jumpa dengan dia..tak payah la libatkan perniagaan family aku pulak.."ujar Kiran sambil gerak turun dari tembok itu.

Mata Farzin mengekori pergerakkan Kiran sehingga la lelaki yang sama tinggi dengannya berdiri menghadap dia sambil pandang tak puas hati. "Bukan urusan kau untuk tahu sebab semua ini antara aku dengan ayah tak guna kau tu..."beritahunya dari balik ketapan gigi menahan sabar.

Berang dengan cemuhan itu, Kiran cekau kolar baju Farzin. "Cakap tu baik sikit eh..yang tak gunanya tu kau!Jangan kau suka hati nak cakap tentang ayah aku macam tu...apa hak kau nak gelar ayah aku macam tu. kau kenal ke dia tu macam mana!?"bentaknya sekuat hati sambil menggoncang kolar yang di cekaunya.

Farzin berdengus mengejek. Dengan kasar tangannya menolak dada Kiran sekuat hati hingga menyebabkan Kiran hilang ke seimbangan lantas jatuh terduduk ke belakang atas lantai konkrit di situ. "Lelaki yang kau panggil ayah dan agungkan tu tak ubah macam sampah sarap tak guna yang tak boleh nak di kitar semula sekalipun kau tahu...lelaki tu dah buat hidup orang lain menderita...lebih dari kau...aku tahu siapa dia..."tempiknya sambil tunding jari pada Kiran. Hatinya sedang sakit, marah yang berkumpul di dada selama ini semakin membuak-buak. "Bawa aku jumpa dia atau aku pergi huru harakan markas kau orang tu.."

Kening Kiran mencerun. Dia tak faham kenapa Farzin marahkan sangat tentang ayahnya "Apa yang ayah aku dah buat??Dia ganggu business family kau?Kalau ya cakap la..aku settle kan untuk kau.."

Dada Farzin naik turun ekoran terlalu berang. Dia kepal penumbuk sampai merah mata dia dibuatnya. "Kau tanya kenapa?Biar aku beritahu kau. So dengar elok-elok"ketapnya dengan marah.

Kiran pandang Farzin dengan mata tak berkedip. Apa yang ayah dia dah buat sampai Farzin marah begini.

"Ayah kau...adalah ayah Hailey....Kiran..."kata Farzin dengan nada hendak ketawa. "And yes....kau bukan anak dia seorang je. Hailey adalah anak dia jugak. Anak yang dia dah buang sebelum Hailey sempat di lahirkan...sebab apa?Sebab Ayah kau ada affair dengan mak kau dan ada kau...so dia buang Ibu Hailey dan Hailey. Aku nak jumpa dia...aku nak tanya dia kenapa dia buat macam ni dekat anak kandung dia sendiri..demi mistress dia...puas hati sekarang?"beritahunya Bersama perasaan sedih tapi ketawa.

Bungkam Kiran di situ apabila mendengarnya. Mulutnya terbuka sedikit kerana begitu terkejut sebaik mendengarnya.

29. Hell SchoolDonde viven las historias. Descúbrelo ahora