38. Perubahan yang Positif

3K 333 24
                                    

Di suatu pagi yang indah. Dengan cuaca yang cerah, suasana yang seperti biasa dimana para-para pelajarnya yang ada di situ tayang muka 'I don't give a f*ck' dan 'kenapa aku ada dekat sini'. Ketika semua pelajar pakai pakaian yang tak ikut dress code akademi, rambut perang dan tidak tertib.Semasa semua di situ berlagak macam dunia ini mereka yang punya. Menjadikan pelajar paling bermasalah sebagai contoh mereka. Pintu Utama akademi terbuka apabila empat pelajar lelaki berjalan masuk dalam satu barisan.

Biasanya mereka tak peduli untuk pandang, tapi kali ini seperti ada cahaya terang masuk melalui pintu masuk itu lalu menyinari pandangan mereka buatkan semua yang ada di situ berpaling. Hendak pandang siapa pulak jejaka kacak yang berjalan masuk menyertai mereka di situ.

Sekali bila mereka menyedari orang yang mereka pandang adalah kumpulan F4, mulut dan rahang masing-masing jatuh ke bawah kerana tergamam. Mana tidaknya, biasanya mereka Nampak akan empat sekawan ini sentiasa berpakaian selekeh dan rambut berwarna ikut suka. Kini segalanya berubah.

Pakaian uniform rasmi akademi tersemat rapi di badan mereka, rambut berwarna warni kini menjadi hitam malah di sisir rapi. Membuatkan penampilan mereka kelihatan lebih segak dari biasa.

Kiran di tengah. Ashton di sisi kiri, Dawson di sisi kanan dan Fabian berada di kiri Ashton berdiri dekat tengah kawasan lobi yang sibuk dengan para pelajar di situ. Bersama lagak yakin dan penuh dengan aura sebagai ketua mata mereka lirik akan pelajar yang tergamam memandang mereka.

"Well nampaknya pelan kita boleh tahan?"ujar Ashton.

"Kau tak rasa ke kita Nampak pelik macam ni?"tanya Dawson yang berasa kekok bila berpakaian lengkap dan ikut peraturan seperti ini.

Kiran seluk tangan ke dalam poket seluarnya. "Aku rasa okay...kalau bukan disebabkan idea Hailey, aku tak rasa yang dia orang akan kata-kata kita."ujarnya semasa gerak ke arah anak tangga untuk naik ke tingkat atas..

"Sekarang apa kau nak buat?"tanya Fabian.

Mereka berempat sama-sama mendaki tangga dalam satu barisan. menarik perhatian para pelajar yang kagum dan melongo dengan visual yang di pamerkan oleh mereka berempat.

"Masa untuk sampaikan propaganda kita.."beritahu Kiran sambil pandang akan langkahnya ketika mendakit tangga itu.

Tak lama selepas itu, mereka tiba di puncak paling atas di tangga itu. Menggunakannya sebagai pentas ucapan mereka sebentar lagi. Mereka berempat berdiri di situ menghadap pemandangan lobi dan kawasan sekitar tingkat satu itu. Bila semua mata terarah pada mereka, Kiran ambil peluang untuk teruskan langkah yang seterusnya.

"Mic."minta Kiran yang hulurkan tangan ke Dawson.

Dawson pun selak kot akademi yang di pakai lalu mengeluarkan mikrofon Bluetooth golden dari situ lalu di letakkan atas tapak tangan Kiran. "Nah."suanya.

Kiran genggam mic itu lalu tekan butang 'ON' sebelum di test untuk pastikan ia berfungsi. "Mic test 1...2...3."sebutnya di depan mic itu.

Suara gema dari mic itu telah buatkan para pelajar mula bergerak mendekat ke arah tangga. Ingin tahu apa pulak anak kepada mafia ini mahu lakukan?

Seperti semut gerak mengerumuni gula. jumlah pelajar akademi berkumpulan perlahan-lahan menjadi ramai kuantitinya tidak sampai 20 saat Kiran pegang mic. Bila Kiran pandang ke depan mahu hendak bersuara setelah bergelut macam mana nak kuatkan volume pada mic tersebut, matanya terbutang luas kerana kagum,

"Wow!Belum apa-apa lagi kau orang dah berkumpul?"tanya Kiran melalui mic itu. "Okay tak payah buang masa. Memandangkan kau orang semua dah tahu siapa aku, dan apa yang aku mampu lakukan hanya satu malam saja, better kau orang pasang telinga betul-betul untuk apa yang bakal aku sampaikan sebentar lagi."

Ashton. Dawson dan Fabian kerling setiap wajah di situ sambil buat jari dekat mata lalu di tujukan kepada mereka. Seakan beri amaran 'kita orang Nampak kau orang' kepada mereka semua di situ.

"Memandangkan aku dah ubah peraturan penampilan, kau orang pun kena buat perkara yang sama...you see this....?"tunjuk Kiran pada pakaian yang dikenakan. "Aku nak kau orang follow. Siapa yang aku dapat tahu tak buat lelaki atau perempuan, aku akan pastikan malamnya dia orang tidur dekat tepi jalan."

Fabian, Dawson dan Ashton tayang pakaian mereka seperti model contoh untuk pemakaian yang betul di akademi. Dari rambut, blazer, necktie, pass pelajar, kemeja dan vest.

Para pelajar di situ diam tak bercakap. Tak bernai sebab siapa berani lawan kata anak kepada mafia berbahaya di Oakwood ni..kalau nak mati awal. Boleh. Dipersilakan.

"Seterusnya."pada masa Kiran mahu menyampaikan akan perintah seterusnya. Ketika itu la Hailey muncul dengan penampilan biasanya. Berambut ikat satu ke belakang bang menutupi dahi sepenuhnya dan uniform tak lengkap dari pintu masuk yang sama. Sambil termenung memandang Hailey yang turut memandangnya, dia meneruskan ucapanya. "Minggu hadapan adalah minggu keindahan akademi. Kalau pensyarah buat pengumuman, setiap pelajar perlu ikut dan jalani aktiviti yang di arahkan. Siapa yang di dapati tak join aktiviti tu, hari tu jugak semua seisi keluarga termasuk diri mereka sendiri akan di bogelkan dan lari sekeliling bandar selama satu hari satu malam."

Hailey yang sedang kunyah gula-gula getah itu dengar apa yang di sampaikan oleh Kiran. Dia tak berkedip pun masa pandang Kiran yang sedang merenungnya.

"Semua faham?"tanya Kiran sewaktu larikan pandangannya ke arah lain. Tiba-tiba dia rasa semacam pandang Hailey lama-lama macam tu.

Buat seketika semua di situ terdiam tak membalas.

Sekali bila Fabian rampas mic dari Kiran dia membentak. "FAHAM KE PEKAK?"

Melompat terkejut semua orang disitu termasuk Kiran sendiri kerana berdiri rapat dengan Fabian. Dia beri muka 'what the f*ck' pada rakannya itu.

"FAHAM!"sambut mereka semua di situ dengan serta merta tanpa berlengah. Tak nak fikir dua kali sebab hukumannya severe sangat. Siapa mahu duduk di luar bermalam dan lari keliling bandar dalam keadaan berbogel.

Setelah itu Ashton dan Dawson beri isyarat kepada mereka semua untuk berbubar. Buatkan semua di situ bergerak ke tempat asal dan sambung apa saja pekerjaan yang mereka lakukan tadi. Membenarkan Hailey untuk dekati mereka berempat apabila laluan telah clear.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now