SPECIAL CHAPTER❤

12.4K 504 60
                                    

Putri memandang tajam kearah encik suami yang membuat wajah tidak bersalah. Kecil besar kecil besar je dia tengok.

"Abang buat apa?" soalnya tegas. Matanya dikecilkan lalu tangan disilangkan didada. Wajah tidak puashati dipamerkan.

"Buat apa? Abang mana ada buat apa-apa," jawab Irfan kepada isterinya. Dia tersengih bila melihat pandangan tajam dari Putri.

"Tiada buat apa abang kata? Abang tahu tak anak kita tu baru berumur 11 tahun abang. Dan abang biarkan dia je main pistol. Apa hal bengap sangat otak abang ni hah! Abang nak mati awal ke?" marah Putri kepada Irfan.

"Mana ada biar. Ikmal sendiri nak main, abang tak nak jadi ayah tak bertamadun. Sebagai ayah yang baik..abang benarkan dia main pistol." ujar Irfan selamba. Putri mengetap gigi, menahan rasa melayan sikap sewel encik suami.

"Abang!"

"Ish sayang ni, sikit-sikit abang, sikit-sikit abang. Penat tahu tak telinga abang ni dengar sayang asyik cakap abang je." bebel Irfan malas.

"Hah! Bagus sangatlah tu derhaka dengan isteri. Tak cium bau syurga abang nanti. Biar abang masuk neraka!" geram Putri. Irfan mengerutkan keningnya.

"Sayang merepek apa ni? Bila masa pula syurga abang dekat sayang? Setahu abang..syurga sayang dengan abang." ujar Irfan kepadanya.

"Hah! Melawan, melawan! Sekali abang menjawab, abang tidur luar malam ni." ugut Putri serius. Irfan menjulingkan matanya lalu mengunci mulutnya.

1 minit

2 minit

"Abang!"

Krik...Krikk

"Abang! Kenapa tak bercakap ni!" soal Putri bodoh. Irfan memandangnya dengan geram.

"Abang ni sampai hati palau sayang..tsk..tsk..abang memang tak sayangkan sayang." tangis Putri membuatkan Irfan tersentak.

'Adoi..bini aku ni, tadi dia sendiri ugut aku. Sekarang cakap aku tak sayang pula.'

"Eh,sayang. Abang sayanglah. Jangan nangis eh. Nak patung kitty?" soal Irfan memujuk isterinya yang menangis.

"Taknak!"

Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berusaha mencari akal untuk memujuk isterinya. Maklumlah orang mengandung emosinya tidak stabil.

"Sayang janganlah nangis. Jangan nangis eh? Nanti abang belikan sayang coklat. Dan abang janji abang takkan benarkan Ikmal pegang pistol lagi." janji Irfan lalu tersenyum.

"Abang janji?"

"Janji sayang," jawab Irfan lalu tersenyum penuh makna. Dalam hati sudah bersorak gembira kerana berjaya memujuk isterinya. Tentang janji dia tidak boleh nak cakap, anak dengan ayah sama sahaja, mungkir janji, degil.

"Jom, kita tidur eh. Sayang kena banyak berehat." ujar Irfan lembut. Putri menggangukkan kepalanya.

Perut diusap dengan senyuman kecil. Mereka dikurniakan lagi seorang cahaya mata. Kandungannya berusia 5 bulan. Irfan sangat gembira kerana dia akan mendapat seorang anak lagi.

"Selamat malam permaisuri abang.'' ucap Irfan lalu memgucup dahi isterinya sebelum dia melelapkan mata bersama Putri dalam pelukannya.














"Awak, tolong belikan saya makanan." pinta Hande kepada suaminya. Wajahnya dibuat comel.

"Sayang, esok jelah saya belikan eh. Hari dah malam sayang, lagi pula abang penat." ujar Raziq lembut.

"Awak penat apa? Sayang tak nampak pun awak bekerja. Awak ni banyak alasanlah." dengus Hande dengan wajah cemberut. Raziq tersengih kambing.

"Heheh, janganlah marah sayang. Nanti tak comel." ujar Raziq kepada isterinya.

"Oh..jadi awak nak cakap yang sayang ni tak cantiklah?"

"Mana ada, saya cakap sayang selalu cantiklah,"

"Abang jangan nak tipu eh, abang cakap sayang tak comel dah."

"Bila masa pula?"

"Tadi,"

"Tadi apa"

"Tadi appa omiga, erghh! Bencilah dengan abang ni. Menyampah, shuh! Jangan nak dekat-dekat dengan sayang. Kredit abang telah tamat. Kalau abang nak dekat dengan sayang, abang kena isi semula 'kredit' abang tu." kata Hande membuatkan Raziq terbuntang.

'Apa benda bini aku merepek ni? Selalu je cakap macam tu dekat aku. Elley, macam je aku tak tahu maksud kredit tu'

"Sayang, janganlah macam ni. Kedai tutup kot. Esok jelah eh." ujar Raziq.

"So, ingat sayang kisah ke? Keputusan sayang muktamad! Abang tak boleh dekat dengan sayang walau seinci. Faham tak?" ujar Hande lalu tersenyum senget.

"Tak apalah abang keluar dulu, abang nak cari calon isteri baru." ujar Raziq selamba. Terbeliak mata Hande mendengarnya.

"Amboi! Hah bagus sangatlah tu. Pergilah keluar. Jangan pulang! Jangan nak jumpa sayang lagi dengan anak-anak abang." geram Hande lalu kaki dihentakkan sebelum dia bergegas naik kedalam bilik. Hilang moodnya terus menonton movie. Mereka berdua menonton movie di ruangtamu.

"Eh, sayang. Abang gurau jelah." jerit Raziq lalu mengejar langkah isterinya dengan laju. Belum sempat dia masuk kedalam bilik, pintu sudah dihempas dengan kuat.

Bam!

"Matilanak!"

Raziq mengeluh. Alamatnya isterinya akan merajuk lagi dengan dia. Argh! Menyesal pula dia cakap macam tu. Dahlah kalau malam dia tak boleh tidur tanpa isteri disamping.

"Huhuuhuh...terciduk aku."







"Abang, kawan-kawan abang tak datang ke?" soal Putri kepada suaminya. Mereka membuat kenduri kesyukuran untuk Putri yang mengandungkan anak kedua mereka.

"Mereka akan datang sayang. Abang dah beritahu mereka semalam," jawab Irfan lalu dibalas anggukan dari Putri.

"Assalamualaikum." laung Aiman dengan isterinya Rina, diikuti dengan Daniel, Raziq, Iskandar, Atilia Hande dan Merlyn.

"Waalaikumsalam, sampai pun." kata Putri lalu tersenyum lebar. Mereka berpelukan antara satu sama lain.

"Beb, makin berseri kau eh?" puji Hande lalu Putri tergelak kecil mendengar pujian dari rakannya.

"Akak Putri, rindulah," luah Atilia lalu memeluk tubuh kakak iparnya dengan erat.

"Adik, janganlah peluk isteri abang kuat sangat." tegur Irfan lalu Atilia hanya tersengih sahaja.

Kaum lelaki bersembang diruang hadapan, manakala kaum perempuan pula sibuk berada didapur buat apa yang patut.

Setelah selesai masak dan sebagainya. Majilis dimulakan dengan bacaan doa dari imam. Selesai semuanya, mereka menjamu selera dengan gelak tawa.

"Tak lama lagi puasa kan?" soal Atilia lalu dibalas anggukan dari mereka semua.

"Haah, nanti bila bulan puasa dah tiba, korang semua tidur rumah mummy dan daddy eh." ujar Tengku Khaisarah lalu dibalas anggukan dari mereka semua, termasuk Puan Nurhuda dan suaminya.

Kehidupan mereka semakin hari semakin bahagia. Walaupun terkadang mereka sering bergaduh dengan pasangan, namun itulah yang membuatkan hubungan mereka semakin erat. Biasalah gaduh manjalah katakan.



Happy reading semua❤ jumpa lagi dari kami semua. Terima kasih kerana sudi membaca. And Happy 80K💜❤. Jumpa lagi. Jangan lupa vote dan komen pada chapter ni.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now