BAB 57 💛

12.4K 553 3
                                    

Mereka berdua telah sampai dihadapan sebuah rumah banglo yang sangat mewah, lalu Raziq dan Hande keluar dari kereta dan melangkah masuk kedalam.

Kesemua mata anak buahnya memandang kearah Hande dengan pelik sampaikan gadis tersebut menjadi takut serta wajahnya juga ditundukkan dari memandang wajah mereka.

Raziq menggengam erat tangannya, dapat dia rasakan tangan gadis itu terasa sejuk dan menggigil.

Tajam anak matanya memandang kearah anak buahnya semua, fikir dia tak tahu ke diorang tengok Hande macam nak terkam je.

"Kalau rasa nak hidup lagi, baik kamu semua alihkan pandangan kamu, jangan sampai riwayat kamu tamat bitch!" katanya dengan kuat dengan wajah yang bengis.

Laju sahaja anakbuahnya mengahlikan pandangan mereka, gerun melihat wajah Raziq yang sangat bengis.

Tangan Hande ditarik dan menuju ke tingkat atas lalu sebuah bilik kosong ditujui.

Mereka berdua berhenti dihadapan pintu tersebut, namun wajahnya masih kekal memandang ke lantai, dia malu dan tidak selsa bersama dengan lelaki.

"Hande."

Wajah diangkat untuk memandang wajah kacak milik Raziq, dia terpukau seketika sebelum kembali ke dunia nyata.

"Awak jangan takut eh, ini bilik awak. Sekarang awak pergi bersihkan diri dulu, Tentang pakaian awak, jangan risau, nanti saya suruh anakbuah saya belikan untuk awak okey?" ujarnya lalu Hande membalas dengan anggukan.

"Terima kasih awak." ucapnya lalu memberikan senyuman yang sangat manis kepada Raziq.

Raziq terpukau melihat senyuman itu, wajahnya sudah berona merah, dia berdehem untuk menghilangkan perasaan berdebarnya.

"Ehem! Awak pergilah mandi dulu, nanti saya bawakan awak makanan dan pakaian sekali." katanya.

Hande mengganguk faham dan melangkah masuk kedalam dan pintu ditutup rapat.

Dia terpegun melihat bilik tersebut, semuanya serba mewah lalu dia mengambil tuala dan bergegas masuk kedalam bilik air.

Manakala, Raziq pula sudah memegang dadanya yang berdegup dengan kencang, boleh sakit jantung macam ni kalau setiap hari tengok senyumannya.

"Hande kau buat aku gila sweetie!" katanya sambil tersenyum lebar.

"Bro, aku dah jumpa bidadari aku. Mak, Ziq nak khawin!" gumamnya sendiri dengan senyuman yang lebar.

Dia menuruni anaktangga, jika tadi wajahnya ceria dan tenang kini bertukar menjadi dingin dan serius, salah seorang anak buahnya dihampiri.

"Aku nak kau pergi ke shooping mall beli pakaian perempuan dan kalau boleh kau ambil je semua, pastikan semuanya tidak seksi." katanya dan dibalas anggukan dari anakbuahnya. Dia menuju pula ke dapur.

"Makcik Tipah, tolong masakkan makanan yang sedap boleh?" pintanya kepada pembantu rumahnya.

Dengan makcik Tipah sahaja dia akan menjadi peramah kerana dia sudah menganggap wanitu itu seperti ibunya sendiri.

"Em, baik tuan. Jangan risau," jawabnya lalu Raziq mengangguk dan tersenyum kecil sebelum melangkah naik keatas semula.

Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam dirinya, dia ingin mengetahui apa yang terjadi dengan gadis itu.

'Hande, apa sebenarnya yang jadi dengan awak?' desis hatinya.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now