BAB 63💛

13K 575 9
                                    

Putri Qhaisara yang baru sahaja membersihkan diri terus mendekati suaminya yang sedang tidur.

"Abang Irfan bangunlah, busuk tahu tak! Pergilah mandi." kejutnya tetapi Irfan hanya menggeliat kecil sahaja.

Dia berasa geram, selepas itu idea jahat muncul dalam fikirannya.

"Abang Irfan sayang, bangunlah." ujarnya penuh romantik ditelinga Irfan. Mata suaminya terbuka luas lalu bibirnya mengukirkan senyuman senget.

Pantas tubuh itu ditarik dan dibaringkan. Putri tersenyum kerana akhirnya dia berjaya juga membuat suaminya bangun, tetapi senyuman penuh makna suaminya membuatkannya menjadi bingung.

"Kenapa abang Irfan tengok Putri macam tu sambil tersenyum sewel? Sewel ke apa? Atau otak abang dah mereng?" katanya selamba tetatpi suaminya tidak menghiraukannya.

Kepala disembamkan dileher milik isterinya dan menghidu bau wangian dari tempat tersebut, jantung Putri sudah berdegup laju.

"Wangi." puji Irfan dan mencium lembut lehernya, Putri hanya membiarkan sahaja suaminya mencium lehernya.

Wajah diangkat lalu memandang wajah cantik isterinya dengan senyuman dibibirnya, ditenung wajah itu dengan penuh minat.

"Abang----" belum sempat dia melanjutkan kata-katanya, bibirnya sudah ragut oleh Irfan.

Membulat matanya melihat tindakan Irfan, dirinya menjadi kaku, Irfan mencium bibir tersebut dengan penuh nafsu, dia mengukirkan senyuman disebalik senyuman itu.

Irfan melepaskan ciuman itu. Wajah isteri yang dia sayangi ditenung dengan penuh minat.

"Sayang..sayangkan abang ke? " tanyanya lalu dibalas anggukan dari isterinya, dia tersenyum lebar.

"Kalau macam tu, izinkan abang menjadi milik sayang sepenuhnya. Sayang hanya perlu jawan iya atau tidak." ujarnya.

"Iya," jawab Putri walaupun dia tidak faham apa yang berlaku, suaminya sudah tersenyum bahagia.

"Thank sayang." ucapnya lalu memeluk tubuh isterinya. Dan bermulalah malam itu, Putri sudah menjadi milik Irfan sepenuhnya.







Irfan menyelak rambut Putri ketelinga, dia tersenyum bahagia, akhirnya Putri sudah menjadi miliknya yang sepenuhnya dari segi luar dan dalam.

Wajah isterinya nampak keletihan sahaja, dia tergelak melihat tanda-tanda pada tubuh Putri.

Tubuh genit itu dipeluk dengan erat serta ubun-ubun isterinya dicium dengan lama sebelum dia menyambung semula tidurnya.





Pintu bilik Hande dibuka dan Raziq melangkah masuk, gadis itu sedang termenung jauh ke luar tingkap.

"Termenung jauh nampak." tegurnya. Tersentak lamunan gadis itu, lantas dia melihat kearah Raziq yang sedang tersenyum kepadanya.

"Tak jauh mana pun," jawabnya lalu tergelak kecil, Raziq tersenyum dan tangan gadis itu ditarik menuju ke katil.

Mereka duduk diatas katil milik Hande, gadis itu kebingungan dengan Raziq yang nampak sangat gelisah.

"Awak okey?" soalnya prihatin dengan lelaki itu.

'Sebenarnya aku ------" ayat digantungkan sehingga membuatkan Hande kebingungan.

"Sebenarnya awak apa?" tanya Hande lagi.

"Sebenarnya, aku cintakan kau Hande. Aku nak jadikan kau surihati aku, aku janji akan lindungi kau, aku janji akan menjadi suami yang baik dan aku janji takkan kau Hande," luahnya membuatkan gadis itu terdiam seribu bahasa.

"Kau nak tak jadi isteri aku?" Soalnya, namun gadis itu hanya berdiam diri sahaja.

Melihat respon dari Hande yang tidak bersuara membuatkan dia mengukir senyuman hambar, dia kecewa dan hatinya sakit kerana cintanya ditolak.

"Takpelah, aku tak paksa kau pun, aku minta maaf." selepas berkata begitu, dia melangkah keluar namun tangannya ditahan oleh Hande.

"Awak kata awak sayang saya, awak kata yang awak takkan tinggalkan saya. Tapi, kenapa sekarang awak nak tinggalkan saya tanpa menunggu jawapan saya?" ujar Hande laku menangis, Raziq terkejut melihat gadis itu mengeluarkan airmata, lantas airmatanya diseka lembut.

"Shhh! Janganlah nangis. Aku takkan tinggalkan kau, aku cuma nak tenangkan diri je, sebab aku tahu kau tak cintakan aku pun." ujarnya dengan senyuman hambar, lantas tubuhnya dipeluk oleh Hande.

"Siapa kata saya tak cintakan awak? Saya sangat mencintai awak, sejak awak selamatkan dan mengambil berat tentang saya, saya dah mula jatuh cinta dengan awak. Tapi, saya tak berani nak beritahu awak sebab saya takut yang awak tak cintakan saya. Jadi, tolong jangan tinggalkan saya, saya sayang awak," luah Hande tersendu-sendu. Raziq terkejut sebelum dia mengukirkan senyuman bahagia. Pelukan tersebut dia balas dengan senyuman lebar.

"Terima kasih sayang, aku janj takkan tinggalkan kau dear," balasnya lalu mencium ubun-ubun Hande. Pelukan dileraikan, senyumannya masih setia dibibirnya.

"Maknanya, kau setuju nak khawin dengan Mr.Mafia ni?" tanyanya lalu dibalas anggukan dari Hande sambil tersenyum manis. Tubuhnya terus dipeluk oleh Raziq dengan perasaan bahagia. Sebenarnya, Hande mengetahui Raziq seorang Mafia melalui Daniel.

"Terima kasih sayang,"

Hande tersenyum bahagia, akhirnya ada juga orang yang akan menjaganya sama seperti arwah ibunya.

'Ibu, Hande dah jumpa orang yang akan lindungi Hande dan sayangkan Hande sama seperti ibu sayang dan lindungi Hande, doakan kebahagia kami ye ibu.' desis hatinya sayu.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now