BAB 62💛

12.8K 587 9
                                    

Hari itu merupakan hari bahagia Iskandar dan Tengku Atilia. Ramai tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Tengku Atilia sangat cantik dengan gaun yang berwarna merah jambu, manakala Iskandar sangat kacak dengan taxedo bewarna hitam . Sama cantik sama padan gitu.

Mereka berdua duduk diatas pelamin, pengapit mereka adalah Raziq dan Hande. Sepadan sangatlah Raziq dan Hande.

Majlis mereka berjalan dengan lancar. Dari rakan niaga, rakan Mafia dan lain-lain. Irfan dan Putri Qhaisara duduk pada bahagian depan yang sangat dekat dengan raja sehari.

"Abang Irfan, cantiklah lia tu kan? Ish, cemburu pula Putri. Putri pun nak macam tu juga, abang Irfan boleh buat macam tu ke?'' soalnya kepada suaminya lalu Irfan memandangnya dengan senyuman yang lebar.

"Mestilah boleh sayang. Sayang cakap je abang akan tunaikan untuk sayang," jawab Irfan, Putri teruja mendengarnya lantas tubuh suaminya dipeluk.

"Sayang abang Irfan, sayang ketat-ketat tau bukan longgar-longgar." katanya disebalik pelukan dan Irfan membalas pelukan tersebut.

"Abang pun sayang dengan sayang juga, sampai ke hujung hayat abang," balas Irfan lalu isterinya tersenyum lebar dan pelukan mereka dileraikan.

"Abang? " serunya dengan Irfan.

"Ye, sayang." sahut suaminya sambil memandang wajahnya.

"Kalau dalam bahasa melayu i love you apa?" soalnya dengan senyuman dibibirnya.

"Aku cinta kamu."

"Aww! Putri pun cinta abang Irfan juga," katanya sambil tesipu-sipu malu, tercengang mulut Irfan, mak ai sejak bila isteri aku ni pandai pinkupline.

Dia tergelak kecil lalu mengusap pipi Putri, dia sangat bahagia dengan isterinya dan tidak sanggup untuk kehilangannya.

Raja sehari tersenyum bahagia melihat mereka berdua, mereka juga berdoa agar hubungan mereka sama seperti itu.

"Sweet je kan diorang tu awak." kata Atilia kepadanya.

"Alah setakat itu, saya pun boleh tahu tak," balas Iskandar lalu sebelah matanya dikenytikan.

Gadis itu membuat muka menyampah, hah mulalah tu keluar perangai gedik dia, menyampah tahu tak!

"Gila!"

"Gilakan awak,"

"Merepek!"

"Saya tak merepek,"

"Sudah!"

"Saya sudah jatuh cinta dengan awak,"

"Tolong berhenti Is"

"Saya takkan berhenti mencintai awak sayang,"

Wajahnya sudah membahang, dia jadi malu bila Iskandar menggelarkan dirinya 'sayang', Iskandar tergelak kecil melihat wajahnya.

Raziq dan Hande tersenyum sahaja melihat pasangan pengantin tersebut, seketika mata mereka bertembung.

1 saat

2 saat

3 saat

4 saat

Terus mata diahlikan daripada bertembung dengan mata antara satu sama lain, Raziq menggosok belakang lehernya, manakala Hande pula sudah membahang malu.

Iskandar tersenyum senget melihat mereka berdua, elley malu konon, malu tapi mahu.

"Kalau dah suka tu, janganlah buangmasa lagi. Nanti kena kebas oleh orang lain, kau juga yang merana." sakat Iskandar, Atilia sudah tergelak manakala Hande hanya menunduk malu dan Raziq pula hanya tersengih.

Tetapi, mereka tidak tahu ada orang yang melihat hari bahagia itu dari jauh, bibirnya mengukirkan senyuman bahagia melihat keluarga tersebut.

'Along, angah rindu along, angah happy tengok along bahagia.'

'Adik selamat pengantin baru, maafkan angah sebab tak ada dalam majlis adik. Mungkin bagi adik, angah dah tak ada, tapi sebenarnya angah sentiasa ada dengan adik sayang.'

'Mummy, daddy, maafkan angah sebab tipu korang, angah buat semua ni demi keluarga kita, angah tak nak kehilangan orang yang angah sayang, maafkan angah eh.'
kata Aiman dari jauh, airmata sedikit demi sedikit mengalir. Bibirnya mengukirkan senyuman hambar.

Dia mesti kuat, hanya beberapa langkah sahaja lagi, selepas itu semuanya akan berakhir dan dia boleh bersatu semula dengan keluarganya.

Enjin kereta ferarri milik dihidupkan, gear dimasukkan dan dia meninggalkan kawasan tersebut dengan hati yang sedih.






Majlis Perkhawinan mereka telah pun selesai, semua tetamu undangan sudah beransur pulang. Irfan dan Putri juga sudah pulang kerumah mereka diikuti dengan Raziq, Hande dan Daniel.

Yang hanya tinggal adalah Tengku Khaisarah dan suaminya sahaja kerana keluarga Iskandar sudah pulang.

Atilia menaiki anaktangga dan bilik ditujui, sampai sahaja disana, badan terus direbahkan pada katil dengan pakaian yang masih belum ditukar dan tudung yang masih elok sahaja dikepalanya.

Iskandar tersenyum bila dia sudah berada dalam bilik mereka, isterinya terlihat sangat penat, kaki melangkah tubuh Atilia.

"Awak pergilah mandi dulu, lepastu kita solat and then awak tidur eh." tuturnya dengan lembut kepada Atilia.

Isterinya mengganguk dan akur dengan arahan suaminya. Tudung ditanggalkan dan tuala diambil sebelum bergegas masuk ke bilik air.

Iskandar merehatkan badannya diatas katil sementara menunggu isterinya, dia tersenyum bahagia.

"Now you're mine and only my Queen Mrs. Iskandar."

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now