BAB 49 💛

13.6K 615 1
                                    

Putri Qhaisara membuka matanya. Hari sudah terang. Dia melihat jam sudah pukul 7 pagi. Dia mencari kelibat suaminya tetapi tiada.

"Emm, mungkin abang Syah dah turun kot." gumamnya sendiri lalu dia mengambil tuala dan meloloskan diri kedalam bilik air.

Selepas beberapa minit, dia sudah habis membersihkan diri serta lengkap berpakaian, dia menuju ke meja solek lalu melihat dirinya pada cermin.

Dia tersenyum sebelum mengambil tudung dan disarungkan dikepalanya, dia tidak menggunakan bedak kerana dia sudah memang nuetral putih dan cantik.

Putri menuruni anak tangga satu persatu, sampai sahaja dibahagian bawah dia lihat susuk tubuh suaminya sedang berbual dengan anakbuahnya dengan wajah bengis dan tegang.

Putri menelan airliur bila mata dan mata suaminya bertembung. Dia lihat suaminya menghampirinya selepas sahaja habis berbual, dia menjadi tidak keruan, wajah ditundukkan daripada melihat wajah Irfan.

"Kenapa turun? Leher sayang tu boleh sembuh lagi tahu tak! Itulah, keluar bilik tak tunggu suami, kan diri sendiri yang terluka." katanya dingin kepada Putri, lantas isterinya mengangkat wajahnya.

"Putri turun jelah, lagipun bukan salah Putri tahu tak leher saya luka, lelaki gila tu yang lukakan leher Putri." belanya. Ishh, geram dengan encik suami, Irfan hanya mempamerkan wajah yang dingin sahaja.

"Siapa kata bukan salah sayang? Kalau sayang tunggu abang nak turun, semua ni takkan jadi dekat sayanglah!" tegas Irfan kepadanya, tajam anak matanya melihat isterinya yang hanya beriak biasa sahaja, langsung tidak takut terhadapnya.

"Ish yelah-yelah, semuanya salah Putri, semua yang Putri buat semuanya salah dimata Irfan. Lainkali Putri pindahlah dekat hidung abang Irfan, kalau dekat mata asyik salah terus je, lebih baik pindah dekat hidung pula," balasnya selamba kepada suaminya. Tercengang mulut Irfan mendengar bebelan isterinya, Ya Allah, kenapalah aku ada isteri macam ni.

"Tak payah nak pindah dekat hidung sangatlah, abang taknak marah sayang lama-lama. Tapi, lepas ni sayang kena janji dengan abang jangan lagi keluar sendiri tanpa abang, walaupun hanya dalam kawasan rumah." pesannya kepada Putri.

"Putri janji takkan buat lagi, kalau Putri buat lagi, Putri janji lagi dengan abang Syah eh?" jawabnya kepada Irfan. Suaminya berasa geram, haih budak ni lebih baik jangan janji lagi, ehh budak ni.

"Tak ada janji lagi, kalau dah janji mesti tunaikan. Sekarang sayang pergi sarapan , bibik dah siapkan makanan, abang dah nak gerak ni." ujarnya kepada Putri.

"Abang nak pergi mana?" soalnya kepada Irfan.

"Abang ada hal, sayang jangan risau, abang dah beritahu Atilia datang untuk temankan sayang." ujarnya, Putri mengganguk faham.

Irfan mencium kedua pipi dan berakhir di dahinya, lalu dia melangkah keluar meninggalkan Putri sendiran.

Putri tersenyum dan seketika dia terlupa mencium tangan suaminya, dia berlari anak mengejar suaminya.

"Abang Syah!"

Langkah Irfan terhenti bila mendengar jeritan sang isteri, dia mengerutkan keningnya apabila isterinya sudah berada dihadapannya.

"Kenapa?"soalnya kepada Putri.

"Nak salam," jawabnya lalu tangannya dihalakan kearah isterinya dan disambut oleh Putri, dicium tangan kasar itu dengan penuh kasihsayang.

Wajah diangkat setelah selesai mengucup tangan suaminya. Irfan tersenyum lebar lalu mengusap kepala isterinya sebelum melanjutkan langkahnya.

Putri tersenyum dan berjalan kembali menuju ke dapur untuk bersarapan dan selepas itu dia ingin menonton kartun kesayangannya sementara menunggu kedatangan Atilia kerumah mereka.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now